Bukan mudah nak bagi si kecil tak mengamuk duduk di car seat bagi membolehkan ibu memandu dengan tenang. Bagi ibu yang biasa membawa anak sendirian di dalam kereta tentu sudah biasa dengan situasi anak kecil buat hal bila didudukkan dalam car seat.

Tapi memikirkan keselamatan anak lebih utama, ibu terpaksa membiarkan sahaja anak ‘berdrama’ air mata. Selalunya anak yang dah biasa dari kecil didudukkan dalam car seat ketika ibunya memandu kereta jarang mengamuk atau menangis. Bagi yang baru nak ajar anak duduk di car seat bolehlah ikut tips dikongsi oleh ibu ini.

Tips yang pertama ialah memastikan  anak kita dalam keadaan kenyang terutama yang breast feeding kan. Anak yang besar boleh pastikan sudah breakfast atau makan terlebih dahulu. Apabila dah kenyang anak akan rasa selesa dan  mudah untuk tidur.

Ibu Ini Kongsi Cara Nak Bagi Si Kecil Tak Mengamuk Duduk Di Car Seat. Bolehlah Memandu Dengan Tenang

Tips yang kedua ialah pilihan dan penggunaan  car seat juga faktor penting dalam keselesaan dan keselamatan anak kita. Maka kita as a parents kena la pastikan car seat yang kita hendak dibeli itu selesa dan sesuai tak kedudukan ketika anak berada dalam car seat tersebut. Sebab ada car seat yang ada dua posisi iaitu posisi duduk atau posisi untuk baring. Kedudukan ini kena ikut saiz berat badan anak anda. Tak boleh suka hati letak ikut posisi yang anda suka.

Tips yang ketiga ialah didik anak  dengan bacaan doa perjalanan. Walaupun mreka masih kecil didikan dan amalan yang baik perlu ditunjukkan dan kita sebagai mama as a good role model. Memulakan sesuatu dengan berdoa kepada Maha Pencipta.

Ibu Ini Kongsi Cara Nak Bagi Si Kecil Tak Mengamuk Duduk Di Car Seat. Bolehlah Memandu Dengan Tenang

Tips keempat ialah mendengar tangisan anak. Bila sudah bergelar ibu kenalah faham jenis-jenis tangisan anak. Bagi yang pertama kali nak ajar anak duduk di dalam car seat, dalam kurang setengah jam atau lima belas minit perjalanan menggunakan car seat. ini untuk membiasakan anak dengan keadaan baru.

Tangisan itu adalah biasa sebab bayi tidak biasa dalam keadaan baru kerana si kecil rasa tidak selamat duduk di dalam car seat.

Anda kenalah bagi dorongan dan galakan seperti nyanyian atau zikir. Lagi satu bila nangis, biarkan sahaja sebab bila kita angkat dia ketika dalam kereta, maka anak kecil akan ingat bahawa ok bila dia nangis pasti mak ayah akan angkat. itu sebab saya cadangkan cuba dalam perjalanan yang dekat dahulu atau dalam jangka masa 15 minit. Buat rutin ini setiap hari untuk membiasakan si kecil duduk dalam car seat.

Tips terakhir ialah kalau ada muzik yang bayi suka bolehlah dipasang. Contohnya baby shark ke baby song ke atau zikir yang menenangkan juga boleh dipasang. Si kecil akan rasa lebih tenang dan kurang menangis. Lama-kelamaan dia akan tertidur.

Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada semua ibu bapa di luar sana.

Sumber: Neesa Aishah Halim

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI