Ibu Ini Kongsi Cara Packing Beg Sebelum Masuk Hospital Untuk Lahirkan Anak. Bagus Ideanya!

Share

Bagus dan bersistematik sekali seorang ibu ini kongsi cara packing beg sebelum masuk ke hospital untuk lahirkan anak.

Panduan ini sangat berguna kepada yang baru pertama kali bergelar ibu atau boleh juga kalau ia kelahiran yang kedua dan seterusnya.

Bila semua persiapan dibuat dengan teratur dan sistematik ia dapat mengurangkan masalah tertinggal barang atau tercicir dokumen yang penting sewaktu kecemasan masa melahirkan sudah tiba nanti.

Idea yang dikongsi oleh Puan Izdihar Mohd Noor ini bagus untuk dicontohi.

Rasa nak sharing sebab kebetulan nampak ramai pregnant mommies around Iz yang tengah tunggu masa nak bersalin.

Ada yang pregnant anak ke-2, 3 mungkin dah expert, tapi untuk first time mommy bolehlah guna ni as guide.

CHECKLIST KEPERLUAN BABY & MOMMY

 

Kalau first time mom, advisable to start prepare & pack your hospital bag masa 7 months lagi (just in case “terearly” delivery, and u dont know what to expect).

Orang tua-tua pesan jangan beli barang baby awal sangat, start beli bila 6-7 bulan ke atas.

Boleh beli sikit-sikit, phase by phase ikut kegunaan dan budget ya mommies. 

Its a long sharing session thread yang panjang tak ingat dunia for mommies out there.

Good luck to all mommies and daddies 

Hope this helps. Early preparation is very good because the struggle is real. 

HOSPITAL BAG

Buat 2 bags: 1 for Labour Room & 1 for Ward Room usage after delivery
REGISTRATION/ DOCUMENTS

Wajib bawak ke mana-mana sahaja bila dah almost due date. Bak kata nurse buku pink tue dh mcm IC awak, bawak kemana sahaja anda berada. 

1. Buku Pink Check-up
2. IC: Isteri & Suami
3. Kad Nikah/ Sijil Nikah
4. Duit Deposit Hospital/ Cash in Hand (jika perlu): suruhla hubby spare siap-siap dalam wallet kot-kot nak gi atm machine tak sempat time kalut-kalut.

HOSPITAL BAG

[Buat 2 bags: 1 for Labour Room & 1 for Ward Room usage after delivery]

Boleh asing siap-asing baju baby utk en. hubby bagi pada nurse bila mommies dh masuk labour room. (1 pc each item je).

Utk mommies keperluan masa contraction, sementara nak tunggu bukaan 6cm ke atas dan ditolak ke Labour Room. Different people different experience, so always be prepared.

[LABOUR ROOM – MOMMY]
1. Maternity/Overnight Pad (2-3 pcs): Iz biasa xbeli yg maternity, dah biasa beli overnight 32-35cm.
2. Baju + Kain Batik/Skirt (1 set)
3. Sweater (1 pc): Kot2 sejuk
4. Panties/ Disposable Panties (1-2 pcs)
5. Nursing Bra/ Nursing Pad (1 pair)
6. Face Towel/ Towel
7. Toiletries Mini Kit (1 set): To freshen up
8. Energy Bars (3-5 pcs): I usually bought Snickers/ Mars/ Kurma sng nak makan and sugar bagi energy
9. Selusuh (VCO): I start taking VCO 1-2 spoon/day masa 33 weeks pregnancy 
and sapu pd bhgn perineum

10. 3-in-1 (1-2 sachets): Milo/ Horlicks Cereal, ikutla apa yang mommies suka
11. Selipar (1 pair): yg waterproof but comfy; sng masuk keluar toilet
12. Socks (1 pair): kot2 sejuk
13. Minyak Panas
14. Tissue (1 pack)
15. Al-Quran/ Doa-doa mudahkan bersalin
16. Telekung
17. HP/ Charger/ Powerbank

[LABOUR ROOM – BABY]
1. Baju Lengan Panjang (1 pc): For Newborn prefer yg ada button depan sbb baby ada tali pusat, sng utk pakaikan
2. Seluar Panjang (1 pc)
3. Mitten & Booties (1 pair): Kalau baju & seluar takde attached Mitten & Booties
4. Newborn Diapers (1 pc)
5. Towel
6. Blanket/ Napkin: Iz prefer blanket ada hoodies siap2, kalau x prepare baby hat
7. Toiletries (Mini Kit): Biasanya hospital x guna pun, so i just prepare travel sachet Head to Toe tue je

And preparation utk brg lepas dah deliver, for 1-2 nights at hospital ward at least.

[WARD ROOM]
Prepare extra set same as checklist for Labour Room. Cuma additional:
1. Baby Wipes
2. Baby Pillow
3. Toiletries (Shampoo/ Body Wash/ Minyak Telon/ etc.)
4. Cotton Balls
5. Cotton Buds
6. Nursing Butter
7. Pinggan/ Gelas/ Sudu/ Garfu
8. Thermos
9. Laundry Bags (2 unit): Letak baju kotor

Semoga dengan panduan yang sistematik dikongsi oleh ibu ini dapat membantu para ibu terutama yang baru pertama kali nak bersalin buat persiapan rapi supaya tidak kelam kabut.

 

Published by
Hasnita Sawal