Mengajar anak kecil bukan perlumbaan, tapi satu peluang yang harus dilakukan dengan baik kerana waktu kecil hanya sekali sahaja. Dalam tempoh ini otak bayi mudah belajar walaupun kita nampak dia hanya merenung.
Salah satu teknik yang boleh membantu perkembangan anak adalah menggunakan buku atau flashcard yang ada tiga warna iaitu, merah, hitam, putih. Tak perlu lama atau paksa pun anak. Sekejap pun otak bayi dah boleh serap.
Seperti perkongsian ibu kepada tiga cahaya mata dan penulis ilmu keibubapaan, Puan Wan Nur Syakira, tekniknya menggunak buku yang ada tiga warna buat bayinya memang nampak keberkesanannya.
Sofiyyah baru saja masuk usia 3 bulan, jadi kami dah start gunakan buku yang ada 3 warna pula untuk dia. Sambil tummy time, letakkan buku di depan Sofiyyah untuk dia lihat.
Umur 3 -6 bulan pula adalah red sensitive period.
Ketika umur ini, mata anak akan mudah melihat warna merah. Gabungan merah , putih dan hitam akan bantu tingkatkan perhatian dan visual anak.
3 bulan pertama kami gunakan flash card high contrast ( hitam dan putih ) untuk dia.
Kenapa ?
Sebab umur 0-3 bulan adalah black and white vision stage. Umur ini elok guna buku high contrast ( buku hitam putih ) sebab mata bayi belum develop elok lagi, mata diaorang boleh detect high contrast je.
Apa respon Sofiyyah selepas konsisten tunjukkan flash card high contrast dan bercerita pada dia?
Sangat responsif bila ditunjukkan flash card. Suami pun perasan, dia cakap nampak sangat Sofiyyah tengok dan macam minat pada gambar tu. Mata jadi membesar bila tengok gambar, kaki dan tangan bergerak-gerak ,macam teruja sangat. Siap ajak abang-abang dia tunjukkan flash card.
Ketika anak pertama dan kedua, tiada ilmu berkenaan high contrast book atau flash card ni, jadi tak praktikkan.
Eh, seronok pula tengok respon dia. Rasa macam masyaAllah, betullah kalau kita pilih buku yang sesuai pada umur dan perkembangan anak, memang anak akan minat dan berikan respon yang baik.
Sofiyyah dah melepasi usia 2 bulan, jadi saya periksa juga milestone umur 2 bulan.
Apa milestone untuk anak 2 bulan ?
Kemahiran sosial : Bayi senyum kembali apabila kita senyum atau bercakap dengannya
Fizikal : Bayi angkat kepala bila diletakkan meniarap.
Kemahiran bahasa : Bayi mengeluarkan bunyi lain selain menangis.
Emosi : Bayi tenang apabila diangkat atau bila kita berbual dengannya.
Kemahiran kognitif : Bayi perhatikan kita bergerak dan matanya mengikut pergerakan kita.
Kemahiran belajar : Bayi dah boleh beri perhatian kepada mainan yang ditunjukkan sekurang-kurangnya beberapa saat.
Alhamdulillah, dah capai semuanya. Seronok bila tahu milestone ikut umur. Sekurang-kurangnya kita tahu nak bagi anak aktiviti apa kan.
Untuk milestone anak-anak, saya ikut modul Baby Step yang saya dapatkan di sini
https://gymcademy.onpay.my/order/form/BSGC/45
Saya juga follow instagram mereka yang kongsikan ilmu perkembangan kanak-kanak. Banyak juga tahu ilmu dari sana.
Suka betul bila ramai kongsikan ilmu bermanfaat dan sediakan modul best untuk ibu seperti saya.
Sangat membantu!
Kredit: Wan Nur Syakira
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)