Kebanyakan wanita dan ibu, tak kiralah yang bekerjaya atau surirumah tentu akan menghadapi masalah kesuntukan masa atau tak tahu nak masak apa. Sebab masalah macam nilah buat kita rasa kurang bersemangat dan ‘malas’ memasak kerana fikirkan leceh dan susah.
Tambah lagi bila ada anak kecil, semua nak kena cepat kan. Sebenarnya, kalau anda bijak menguruskan bahan dapur, ia boleh dilakukan dengan begitu cepat sekali. Ambil masa sehari pada hari minggu dah memadai untuk anda menyediakan beberapa jenis pes sebelum disejukbeku untuk kegunaan harian.
Tip yang dikongsikan oleh Puan Sitinorokiah Omar boleh dicuba oleh semua ibu-ibu yang nak jimat masa tanpa perlu duduk lama di dapur.
Ramai yang tanya bahan-bahan untuk buat pes ni, jadi dah ada masa ni,saya share terus. Senang, nak masak nanti, cuma masukkan air atau santan, dan kentang, tomato ke apa sebagai tambahan.
Pes tomyam Bahan-bahan Tomato 5 biji Bawang besar 5 biji Cili api 3 bijik Cili kering 5 bijik Lada besar 5,6 biji Serai 10 batang Lengkuas 2 inci Daun limau purut 5,6 helai Belacan seinci pastu bakar Udang kering dalam 10-15 ekor
Cara masak 1. Blend je semua sekali pastu tumis dalam minyak ( letak lebih sikit untuk pes tahan lama) 2. Tumis sampai naik minyak lagi lama lagi sedap 3. Masukkan dalam bekas kecil-kecil dan bekukan 4. Nak masak nanti masukkan je pes dan air, ayam atau daging, serai, daun limau purut, air perahan limau nipis, garam ,gula, bunga kobis, carrot. 5. Perasakan dengan garam dan gula
Pes gulai Bahan- bahan Bunga lawang 5 kuntum Buah pelaga 10-15 biji Kayu manis 2,3 batang Cengkih 7,8 biji Halia 2 inci Kunyit 2 inci Lengkuas 2 inci Bawang besar 5 biji Bawang putih setengah labu Lada giling satu plastik Rempah gulai 10 sudu Kerisik Kisar semua sekali kecuali lada giling dan kerisik
Ads
Cara memasak 1. Panas minyak,tumiskan lada giling 2. Masukkan bahan kisar tumis sampai pecah minyak 3. Masukkan kerisik. Masukan bekas kecik dan bekukan 4. Nak masak nanti , masukkan pes, bagi mati air (bahasa ganu,tak tahu bahasa baku ape..haha)ayam or daging tu baru masukkan santan, kentang, gula melaka,garam ,gula, asam gelugur
Pes kari Bahan-bahan Bawang besar 5 biji Bawang putih setengah labu Halia 3 inci Bunga lawang 5 biji Buah pelaga 10 biji Kayu manis 2,3 batang Rempah kari 10 sudu Kisar semua kecuali rempah 3 beradik tu
Cara masak 1. Tumis rempah 3 beradik 2 . Masukkan bahan kisar dan tumis sampai pecah minyak 3. Beku kan 4. Nak masak nanti masukkan pes, ayam, santan, kentang, lada besar, daun kari, air asam jawa, garam,gula
Ads
Pes kurma Bahan-bahan Buah pelaga 10 biji Bunga lawang 5 kuntum Kayu manis 2, 3 batang Bawang besar 5 biji Bawang putih setengah labu Halia 2 inci Rempah kurma 10 sudu Kisar semua sekali kecuali rempah 3 beradik
Cara masak 1. Tumiskan rempah 3 beradik 2. Masukkan bahan kisar. Tumis sampai pecah minyak 3. Bekukan 4. Nak masak nanti, masukkan pes, ayam , santan , kentang,tomato, garam,gula, asam keping.
Pes sup Bunga lawang 5 biji Cengkih 7 kuntum Kayu manis 2,3 batang Buah pelaga 10 biji Lada hitam Bawang besar 5 bijik Bawang putih setengah labu Halia 3 inci Rempah sup 10 sudu Kisar semua sekali kecuali rempah 4 beradik
Cara masak 1. Tumus rempah 4 beradik 2. Masukkan bahan kisar. Tumis sampai naik minyak 3. Bekukan 4. Nak masak nanti, masukkan pes, air, ayam atau daging, asam keping, garam, gula, kentang
Ads
Pes masak merah Bahan-bahan Bawang besar 5 biji Bawang putih setengah labu Halia 2 inci Lada giling sebungkus Kisar semua sekali kecuali lada giling
Cara masak 1. Tumiskan lada giling 2. Masukkan bahan kisar, tumis sampai pecah minyak 3. Bekukan 4. Nak masak nanti, masukkan pes, garam,gula,asam keping, sos tiram, sos tomato, hirisan bawang, ayam or daging, serai, daun ketumbar.
*Pes tu terpulang nak masuk berapa bekas sekali masak bergantung pada kuantiti yg nk dimasak. Saya biasa masukkan 2 atau 3. Kalau semangkuk kecik je nak makan,masukkan satu bekas pes pun dah cukup.
Dah ada pes macam ni, jimat sangat masa kt dapur. Tambah lagi kalau ayam ,daging dan bersihkan siap-siap, simpan dalam peti untuk sekali masak, sayur dah siap basuh dan potong. Setengah jam boleh siap masak kalau tak ada si kecil kacau.
Boleh dikatakan sekarang ini, ibu yang mempunyai anak usia 4 hingga 6 tahun, mula risau anak tak pandai lagi membaca, menulis atau mengira. Memandangkan asas 3M ini perlu dikuasai oleh anak sebelum masuk Tahun 1, ibu mulalah rasa stres.
Betul setiap anak perkembangannya berbeza. Cuma dalam masa sekarang, nak mengharapkan guru 100 peratus ajar anak tak boleh kerana kekangan masa tambah lagi konsep pembelajaran bersemuka sebelum ini banyak tertangguh disebabkan virus Covid-19.
Jadi sebagai salah satu usaha, ibu bapa perlu ambil inisiatif sendiri untuk ajar anak di rumah dengan cara menyeronokkan. Nak tahu bagaimana cara tersebut, perkongsian Alina Mohan boleh dijadikan panduan.
Hi everyone…..lately ada banyak ibu yang stress kan? Anak tak pandai nak baca, tulis atau mengira.
Backstory:
Anak saya tahun 2017-2019 masuk tadika swasta. tadika die main je la. Ada aktiviti akedemik tapi cara mereka lebih kepada play school. Jadi pembelajaran dan kemahiran membaca dia saya aturkan sendiri.
Untuk anak-anak umur 4-6 tahun:
1. Beli buku kamus bergambar. Hari2 kena rajin baca dengan anak. Tak perlu lama dalam 30 minit cukup. Minggu pertama start, suruh anak ikut bacaan parent. Next week, suruh anak sebut perkataan. Takpe kalau salah. Tak perlu beli yang mahal2. Kedai eco pun banyak kamus bergambar.
2. Jangan emosi atau marah. Budak2 umur ni masih belajar mengenal dunia. So parents kena buang pemikiran ‘takkan ni pun tak tau’.
3. Youtube learning. Cari channel pembelajaran yang ada lagu kanak2.
4. Jangan suruh anak hafal perkataan.
5. Untuk penulisan dan pengiraan. Boleh buat cam gambar saya ni. Buku latihan ni saya beli kat eco shop je. Everyday, saya berikan anak saya homework. Tulis je…tak perlu print. Tuliskan pengiraan yang simple dulu. Untuk ayat, guna ayat pendek dan senang dibaca.
6. Waktu belajar anak 4-6 tahun hanya 1 – 2 jam. Boleh terapkan sesi membaca, mengira dan menyanyi lagu atau mewarna.
Kalau ada yang beminat nanti saya kongsi lagi untuk anak-anak yang sekolah rendah.
*saya bukan expert atau nak show off ye. Saya pun dulu blur sotong tak tau nak mula macam mana. Saya kongsi cara saya je..
Kredit: Alina Mohan
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!! Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam rumah tangga, komunikasi antara pasangan sangat penting. Dari situlah apa saja perbincangan boleh mendapat kata sepakat. Suami boleh tahu masalah isteri, isteri pun boleh faham keadaan isteri.
Ini kerana setiap masalah yang hadir dalam rumah tangga boleh diselesaikan dengan baik dan menjadikan pasangan lebih ikhlas mencintai antara satu sama lain.
Seperti perkongsian Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah, tanpa komunikasi, sifat hormat dan kepercayaan boleh menyebabkan rumah tangga dalam bahaya.
Inilah hal yang bahaya dalam rumahtangga:
1. Tanpa berkomunikasi, tiadalah perhubungan.
2. Tanpa sifat hormat, tiadalah percintaan.
3. Tanpa kepercayaan, tiada lagi sebab untuk diteruskan.
Anak cucu dan sahabat Tok Abah, kita kena selalu semak, hari ini kita dah bercakap tak dengan pasangan. Dah tegur, berborak dan berbincang tak untuk apa sahaja perkara.
Kalau tak, letaklah handphone ke tepi sekarang dan fokus mengadap pasangan. Mungkin ada perbuatan seharian kita yang dah kecilkan hatinya. Kena selalu semak ye.
Kemudian lihat pula nada kita bercakap, adakah bercakap dengan nada yang penuh penghormatan dan penghargaan.
Kadang mereka ini inginkan kita beri perhatian dan tunjukkan rasa penghargaan dengan membantu, membelai dan menyantuni mereka sesungguhnya. Itupun sudah cukup melegakan mereka.
Kredit Gambar: Shutterstock
Kita ini hidup bukan sehari dua tetapi sampai hujung nyawa. Bahagia kita bukan untuk diri sendiri sahaja tetapi ia untuk dikongsi.
Moga rumahtangga kalian sentiasa harmoni sampai syurga nanti ya. Semarakkan cinta sepanjang masa.
Anak perempuan pemalu itu mungkin biasa kita dengar, jika anak lelaki pemalu risau si ibu dibuatnya. Begitulah dilema si ibu bila anak lelakinya pemalu. Ini penjelasan dari ibu rose berkenaan situasi tersebut.
Salam ibu, anak saya 6 thn sangat pemalu & kurang bercakap di sekolah sehinggakan sukar berkomunikasi dengan guru. Tetapi di rumah karakternya berbeza. Adakah biasa bagi kanak2 lelaki seusianya berperangai begini?
Jawapan:
Waalaikumsalam.
Kurang bercakap dan mungkin dikategorikan sebagai pemalu ini adalah perkara biasa. Namun, jika anak itu sukar bercakap itu bukan dalam kategori pemalu, itu lebih kepada dia kurang berkeyakinan untuk bercakap.
Kerana anak yang memang tidak banyak mulut ni, jika mereka perlu bercakap, mereka akan bercakap.
Namun, janganlah puan risau terlebih pula ya. Bina sahaja keyakinan dia untuk bercakap dan bergaul dengan kawan-kawan. Bermula dengan seorang dua. Selalunya kanak-kanak begini lebih suka small crowd dan agak tidak selesa terlalu ramai orang dan tidak suka bising-bising. Oleh itu bermula dengan beberapa orang kawan-kawan sahaja.
Setiap kali dia bercakap dengan puan, berilah perhatian supaya dia semakin confident mengeluarkan pendapatnya. Jangan sibuk hendak menghabiskan ayatnya kerana susahnya dia hendak bercakap. Biar dia habiskan sendiri. Sabar.
Bina keyakinan diri yang positif ke dalam dirinya dengan menghargai perkara yang bagus mengenainya dan apa yang berjaya dia lakukan. Jika dia gagal, ajak dia belajar dari kesilapan dan buat semula.
Sesuatu yang sangat penting juga adalah biarkan dia melakukan kerja-kerjanya sendiri. Jangan sibuk melakukan apa yang ditugaskan kepadanya. Biar dia berusaha sendiri.
Lagi banyak dia berdikari, lagi kuat keyakinan dirinya terhadap kebolehan dirinya.
Gently, gently help him to believe in his abilities.
Adakah posting Ibu ini membantu kefahaman anda dalam parenting? If yes, cer saya ‘Yes Ibu’
Julung-julung kali di adakan, sempena bulan Ramadan penuh mulia ini Pa&Ma dan Bintang Kecil tampil mencari kelainan yang mengadakan pertandingan Khalifah Cilik yang berlangsung pada Sabtu lalu.