Banyak sangat cabaran dalam mendidik anak-anak zaman ini. Banyak sekali ancaman yang terpaksa dihadapi oleh anak-anak. Baik dari segi pemikiran, pembentukan akhlak bahkan keselamatan jasad mereka.
Menerusi perkongsian Puan Wan Nur Syakira, ada beberapa doa yang boleh diamalkan untuk melindungi diri dan keluarga.
Menurutnya, doa ini dia jadikan ikhtiar dan doa peribadi. Doa ini ada dalam al Mathurat.
Mindset saya untuk menenangkan hati saya sebagai ibu, setelah apa yang kita telah usahakan dan didik anak,
Berdoalah. Bertawakallah. Memang jagaan kita tak sempurna. Jagaan siapa paling sempurna ? Allah yang Maha Menjaga. Ya Hafiz.
Siapa boleh jamin keselamatan anak bila kita tiada di sisi ?
Siapa boleh jamin anak boleh jaga diri bila kita tiada ?
Siapa boleh jamin anak tak lakukan benda pelik bila kita berada jauh dari anak ?
Hanya Allahlah, sebaik-baik penjaga. Yang jauh dari kemampuan kita, kita serah dan tawakal. Hasbunallah wa ni’mal wakil.
Begitulah, jadi ibu ayah, memang banyakkan doa. Doa ibu lagilah, kan mustajab. Guna keistimewaan yang ada.
Saya kongsikan ikhtiar dan amalan Ustazah Asma’ Harun dalam menjaga anak-anak beliau
Letakkan tapak tangan kita atas kepala anak kita dan baca 3 ayat-ayat ni sebelum tidur atau masa lain pun tak apa ;
Ads
1️⃣ Ya ALLAH Ya Hafiz Ya Muhaimin 3x
(Yang menjaga, Yang Memelihara)
(Dalam hati, kita doa; Ya ALLAH yang menjaga, jagalah anakku ini Ya ALLAH. Aku serahkan anakku dalam jagaan dan pengawasan-MU.
2️⃣ Baca Ar-Rahman ayat 1-4.
اَلرَّحۡمٰنُۙ
Tuhan Yang Maha Pemurah
عَلَّمَ الۡقُرۡاٰنَؕ
Yang mengajarkan Al-Quran.
خَلَقَ الۡاِنۡسَانَۙ
Dia mencipta kan manusia
(Dalam hati kita doa, Yang menjadikan anakku ini insan, jadikan dia insan)
عَلَّمَهُ الۡبَيَانَ
Mengajarnya pandai berbicara
(Dalam hati, kita doa; Ajarkanlah anakku ini ilmu Al-Bayan, ilmu yang jelas, kemahiran untuk bercakap, kemahiran untuk mendapatkan ilmu, beramal dengan ilmu)
Ads
4️⃣Akhir sekali kita pesan pada anak kita,
احْفَظِ اللهَ يَحْفَظْكَ
“Jagalah Allah, Allah akan menjagamu”.
5️⃣ Amalkan surah al Ghafir, ayat 44.
وَأُفَوِّضُ أَمري إِلَى اللهِ ۚ إِنَّ اللهَ بَصيرٌ بِالعِبادِ
Maksudnya : Dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah (untuk memeliharaku); sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba-hambaNya”.
Jangan terlalu bimbang, terlalu rasa tak berdaya. Allah ada bukan? Kunci tenang ketika berusaha,
Ads
Adalah BERDOA SENTIASA. Kunci tenang selepas usaha, adalah TAWAKAL.
Kita yakin Allah ada.
Allah berkuasa. Untuk menjaga anak kita di kala pancaindera kita tak mampu nak melihat anak kita. Ajarkan doa-doa ini kepada anak juga. Amalkanlah al Mathurat.
Jadi, jangan lupa ketika berusaha melindungi anak dengan ilmu pendidikan seksualiti yang kita bekalkan, berdoalah dan bertawakallah.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Kebanyakan harga barangan si kecil yang dijual di pasaran bukanlah murah. Bagi golongan ibu bapa yang berpendapatan sederhana dan rendah pasti berkira-kira untuk membeli sesuatu barangan untuk anak masing-masing.
Jika mahu berjimat, ada alternatif untuk anda mendapatkan barangan yang diidamkan. Caranya ialah dengan membeli barangan second hand atau lebih senang dipanggil preloved. Menerusinya, anda boleh mendapatkan barangan yang berkualiti dan berjenama dengan harga yang jauh lebih murah.
Selain daripada membeli barangan preloved, anda sendiri pun boleh menjual semula barangan anak-anak yang tidak diperlukan. Jadi, anda boleh mendapat pulangan wang daripadanya. Malah, anda dapat mengelakkan pembaziran dengan menjual barang yang masih elok itu tetapi sudah tidak diperlukan.
Berikut adalah antara laman web atau grup maya yang boleh memberi laluan kepada anda untuk membeli mahupun menjual semua barangan preloved anak-anak.
mudah.my
Laman web memang popular dengan barangan preloved. Ada banyak kategori barangan yang telah disediakan di dalam laman web ini untuk anda pilih.
mybabysell.com
Laman web ini pun sama. Namun ia mempunyai pengkhususan barangan jualan. Ia hanya menjual barangan preloved bayi dan kanak-kanak. Di dalam web ini, terdapat banyak pilihan stroller, car seat, playmat dan lain-lain untuk anda beli.
Grup Facebook Preloved Baby Items
Di dalam kumpulan yang diwujudkan di dalam Facebook ini, group ini, anda juga boleh menjual dan membeli barangan bayi dan kanak-kanak dengan mudah. Ramai yang menjual pakaian bayi, stroller dan permainan yang berjenama pada harga yang murah. Malah anda juga boleh melakukan aktiviti tawar-menawar harga dengan penjual. Untuk menjadi ahli di dalam kumpulan ini, anda perlu membaca terlebih dahulu peraturan yang ditetapkan oleh pihak admin kumpulan ini.
Grup Facebook Preloved Baby Item In Malaysia
Ini pun salah satu kumpulan di Facebook yang dipercayai ramai. Walau bagaimanapun kes penipuan tetap ada. Jadi, anda perlu berhati-hati semasa membuat urusan jual dan beli.
Shopee ada buat sale hari ini, apa kata mama papa grab barangan untuk anak anda. Guna promo kod ini ya..
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap ibu bapa harapkan yang terbaik untuk anak-anak. Bila anak dah semakin besar, harapan ini akan bertukar kepada apa yang kita mahu anak buat pula sebagai bukti mereka dapat balas jasa kita.
Semua niat ini dah ada seawal ibu bapa dapat tahu ada bayi yang menghuni rahim ibu. Betul kan? Tapi sejauh mana tindakan kita untuk memastikan hasrat dan impian ini terlaksana.
Pendapat yang dikongsikan oleh Saleha Idris ini cukup mudah dan boleh diamalkan seawal anak dalam kandungan lagi hinggalah mereka besar.
Rahsia Al-Fatihah yang sentiasa meniti di bibir ibu ayah akan menjadi kekuatan dalam diri anak-anak kita. Insyaallah!
“Sebelum kita ibu bapa ni terima sedekah Al-Fatihah daripada anak kita. Kitalah sebagai mak hadiahkan Alfatihah dulu pada anak kita.”
Begitulah ungkapan seorang ibu hebat yang dikenali.
Membuat diri ini sebagai mak terfikir.
Kita selalu berharap anak kita buat baik kepada Kita. Kita harap apabila kita hantar anak tahfiz. Kita akan masuk syurga. Kita harap apabila anak kita besar dia akan teruskan bisnes kita. Kita harap apabila kita hantar anak tuisyen cari duit anak kita akan dapat straight A. Kita harap anak kita besar akan bagi duit pada kita.
Tetapi ibu hebat ini ‘Kita’. Harapan perlu bermula dengan kebergantungan kepada Allah dan usaha yang ikhlas.
Tidak mengharapkan apa-apa. Tapi ada visi misi yang ditanam buat anak anak.
Ketika berbual. Saya bertanyakan kunci menjadi kunci ibu mithali. Katanya sedekahlah Alfatihah buat anak kita setiap hari. Doakan kejayaan dan diri mereka. Selepas Al-Fatihah doa buat mereka.
Manakan kita berharap tetapi kita tidak pernah memberi apa kita ada.
Tahun-tahun pertama persekolahan adalah masa yang penting untuk ibu bapa mengambil tahu dan menyokong pendidikan kanak-kanak. Bagi ibu bapa yang pertama kali memasukkan anak ke sekolah rendah, berikut kami sediakan panduan untuk ibu bapa membantu anak menyerlah di sekolah.
Ambil berat akan kegiatan anak di sekolah
Sebelum hari persekolahan bermula, penting untuk ibu bapa hadir ke sekolah bagi mengetahui guru kelas anak anda dan harapannya terhadap murid-murid kelasnya. Pihak pengurusan sekolah juga akan membincangkan program sekolah dan polisi persekolahan kepada ibu bapa. Selain itu, anda juga disarankan untuk hadir dalam perjumpaan ibu bapa dan guru bagi mengetahui prestasi anak sepanjang tahun persekolahan. Inilah peluang untuk anda berkomunikasi bersama guru anak anda dan berbincang tentang strategi bagi menyokong anak di sekolah, terutama jika anak anda tergolong dalam kalangan pelajar pendidikan khas.
Kenali sekolah anak anda
Dengan mengetahui susun atur bangunan fizikal sekolah boleh membantu anda memahami penceritaan anak anda mengenai sekolahnya. Anda boleh mendapatkan info di dalam laman web sekolah dan melihat kalendar tahunan sekolah, maklumat kakitangan sekolah dan acara yang berlangsung di sekolah. Dengan cara ini anda akan rasa lebih dekat dengan anak anda tatkala mereka berkongsi cerita tentang sekolah.
Bantu membuat kerja sekolah
Pemberian kerja sekolah kepada kanak-kanak dapat menguatkan dan meluaskan lagi pembelajaran dalam kelas. Kerja rumah membolehkan murid-murid melatih kemahiran pembelajaran penting mereka. Selain itu, pemberian kerja sekolah juga menggalakkan rasa tanggungjawab dan menanam etika kerja dalam setiap murid. Pastikan anak anda faham bahawa kerja sekolah perlu diutamakan. Dengan mencipta persekitaran pembelajaran yang efektif dapat membantu kanak-kanak belajar dengan baik. Selain itu, anda juga boleh membantu anak semasa membuat kerja sekolah dengan cara menerangkan kerja yang guru berikan, mencari jawapan bersama dan menemaninya semasa membuat kerja sekolah. Bagaimanapun, jangan membuatkan kerja rumah untuk anak anda, sebaliknya peranan anda hanyalah sebagai pembimbing.
Persiapkan anak anda
Sarapan pagi yang sihat membantu kanak-kanak bersedia menghadapi hari persekolahan mereka. Secara amnya, kanak-kanak yang mengambil sarapan pagi lebih bertenaga, bersemangat dan berprestasi baik di sekolah. Anda boleh bantu anak meningkatkan tumpuan dan memori di dalam kelas dengan cara menyediakan sarapan pagi yang mengandungi bijirin penuh, serat, dan protein, serta rendah gula. Jika anda tidak sempat menyediakan sarapan, anda boleh bekalkan anak dengan buah-buahan segar, kekacang, yogurt, mentega kacang, dan sandwic pisang.
Anda juga perlu mengambil berat akan waktu tidur anak. Kebanyakan murid sekolah perlu tidur malam selama 10 hingga 12 jam. Kurang tidur boleh menyebabkan gangguan terhadap pembelajaran dan anak sukar memberi tumpuan dalam kelas. Jadi, anak anda memerlukan rutin tidur malam yang konsisten, terutamanya semasa hari persekolahan.
Ajar anak anda untuk mengikut jadual
Kemahiran organisasi membantu kanak-kanak menumpukan perkara yang penting, berbanding membazir masa. Kanak-kanak sekolah perlu menyediakan senarai kerja sekolah dan projek. Tunjukkan pada anak anda cara menggunakan kalendar dan perancang peribadi supaya kehidupan mereka teratur. Anda juga boleh mengajar anak mengenai keutamaan kerja.
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.