Kesihatan

Ibu Ini Kongsi Manfaat Urut Bayi Secara Konsisten. Anak Kurang Meragam & Sihat!

Share

Sebenarnya banyak kebaikan mengurut yang memberi manfaat pada bayi dan ibu bapa. Rutin ini bukan sahaja mengeratkan hubungan antara ibu dan anak malah memberi banyak kelebihan pada sudut kesihatan fizikal dan mental si bayi.

Bayi yang sentiasa diurut, dia lebih tenang kerana hormon penenang iaitu serotonin dirembeskan dan hormon stres, iaitu kortisol disekat. Malah menurut seorang ibu ini, Puan Wan Nur Syakira, berdasarkan pengalamannya yang mempunyi tiga anak, nampak perbezaan antara dua anak sebelum ini berbanding anak ketiganya yang diberi rangsangan urutan secara konsisten.

Alhamdulillah, Sofiyyah dah masuk 7 bulan, tapi saya masih teruskan rutin urutan ini.
Selepas mandi , saya pakaikan pampers dan mula buat urutan pada anak.

Urut pada kaki, tapak kaki, tangan, perut dan bahagian belakang badan. Boleh cari video urutan di YouTube.

Sentuhanlah bahasa kita bersama anak baru lahir ni. Sambil kita urut, berikan kata-kata baik, doakan yang baik.

Dua abangnya sebelum ini saya jarang buat rutin urutan ini, berhenti setakat umur 3 bulan macam tu.

Untuk Sofiyyah, boleh nampak perbezaan juga bila kita selalu urut bayi ini.
Banyak manfaatnya! Dapat boost brain activity anak, dapat berikan keselesaan pada anak, dapat elakkan sembelit juga.

Tahu tak ?

Bayi yang mendapat sentuhan rutin menunjukkan 50% lebih banyak membuat hubungan mata dan 3 kali ganda lebih berkemungkinan untuk mempunyai ekspresi positif keseluruhan berbanding bayi yang tidak mendapatnya.

Ibu ayah yang ada bayi, bolehlah amalkan rutin urutan ini. Seronok tengok anak dapat manfaatnya.

Kredit: Wan Nur Syakira

Adakah anda sedang hamil? Sertai Webinar Kehamilan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual pada 26 Jun 2022 (Ahad) jam 9.30 pagi yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang kehamilan & kelahiran seperti Dr Maiza Tusimin, Dr Tengku Puteri Zainab, Dr Siti Sarah Aishah, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti jemputan Ezzaty Abdullah.

Daftar nama sebagai peserta webinar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aku-tak-serik-bersalin/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

Published by
Wan Amy