Ibu Ini Kongsi Rahsianya Buat Kentang Goreng Crispy. Sejuk Pun Tak Lembik!

Share

Kentang goreng antara salah satu makanan yang digemari anak-anak. Ini kerana teksturnya yang garing di luar dan lembut di dalam buatkan ia menjadi piihan.

Bagaimanapun, untuk mendaptkan kentang goreng yang ranggup dan tak lembik bila dah sejuk ada caranya juga.

Perkongsian resepi Puan Suhaniza Isenen ini boleh anda cuba kerana tiap kali disediakan untuk anak-anaknya pasti cepat licin.

Anak-anak memang suka kentang goreng ni. Kalau beli yang ‘readymade’ tu kandungan garam dengan lemak agak tinggi lagi-lagi anak kak haney memang makan kentang goreng hari-hari.

Tapi selalu bila buat sendiri kentang tu jadi lembik walau baru lepas angkat.
Haaa ni kak haney nak bagi rahsia kentang goreng tu tak lembik. Meh cuba!

Bahan-bahan

Kentang

Serbuk roti

Tepung serbaguna bestari

Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya

1. Masa beli kentang pilih kentang yang permukaannya baik dan licin. Menandakan kentang ni baru, tak lembik dan segar.

2. Kupas dan potong ikut saiz yang kita nak.

3. Rebus kentang seketika jangan terlalu lama. (Agak-agak menggelegak tu angkat. ) Kalau hirisan tu tebal kita rebus jika tak boleh je skip step ni.

4. Angkat dan sejukkan di dalam air berserta ais dalam 5 minit.

5. Toskan air. Pastikan kentang kering atau tidak terlalu banyak air.

6. Kemudian gaul dengan tepung Bistari dan serbuk roti sehingga melekat. Dan goreng secara ‘deep fried’. Boleh goreng dalam periuk biasa tapi lebihkan minyak. Baru menjadi!

7. Angkat dan toskan lebihan minyak. Sedia untuk dinikmati.
Alhamdulillah. Siap!

Nota: Boleh dinikmati dengan sos pilihan korang. Nak makan begitu saja pun boleh dah.

Anak-anak mesti suka rangup-rangup. Dah makan mesti sampai tak cukup. Percayalah!
Selamat mencuba! 😊

Kredit: Suhaniza Isenen

Anak dah boleh merangkak laju? Ayuh mama papa yang ada baby comel-comel tu, inilah masanya untuk sertai Baby Merangkak Race! Daftar sekarang di link ini: https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-sspnxpama-baby-merangkak-race/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

Published by
Wan Amy