Bagi ibu mengandung bulan puasa antara bulan yang sedikit mencabar. Ini kerana ada yang tak dapat berpuasa penuh kerana masalah kesihatan atau bimbangkan bayi dalam kandungan.
Bagaimanapun ada ibu yang tetap mahu berpuasa penuh tetapi masih terfikirkan apa makanan atau minuman yang sesuai untuk memberikan tenaga sehingga waktu berbuka supaya kesihatan ibu dan bayi tak terjejas.
Perkongsian dari seorang ibu, Yatie Eimra ini sangat mudah dan boleh dicuba oleh ibu hamil atau pun yang mempunyai alahan tak boleh makan.
Sekarang ni ramai orang dok buat susu kurma masa sahur. Teringat lak pengalaman berpuasa masa preggy 4 tahun lepas..
Masa mengandung dulu, saya alami alahan sampai 8 bulan++ & masalah gastrik yang teruk sangat. Seminggu sebelum bersalin jer baru alahan berhenti. Tak boleh bau makanan (even bau nasi ditanak pun terus muntah), kalau pewangi apetah lagi. Sepanjang 8 bulan tu, makanan panas & berbau langsung tak boleh telan. Terpaksa makan makanan yang disejukkan dalam peti sejuk dulu sebab bau & rasa dah kurang.
Masa bulan puasa tu kandungan saya dah masuk 8 bulan. Saya cuma bersahur dengan susu kambing+nabeez kurma+oat jer hampir setiap hari sebab tak boleh makan makanan lain. Tapi Alhamdulillah, bukan setakat dapat puasa tanpa masalah, tapi dapat buat solat terawih setiap malam walaupun buat sendirian kat rumah. Hanya 2 hari jer tinggal puasa & terawih, itu pun sebab dah bersalin.
Ni cara saya buat nabeez kurma (air kurma yang direndam semalaman) & overnight oat..
- Kurma dibuang biji & dipotong kecil (saya guna 3 biji je).
- Rendam kurma tadi bersama oat dalam sedikit air & dibiarkan semalaman pada suhu bilik (biasa saya buat malam lepas terawikh). Sebaiknya guna rolled oat (lebih sihat & lebih mengenyangkan)
- Esoknya masa sahur, boleh bancuh susu kambing/tambah susu segar ataupun susu coklat. Ikutlah nak minum suam/sejuk. Oat yang direndam pun dah lembut masa ni, so tak perlu nak masak bagai.
- Nabeez kurma & overnight oat ni sedap gak dimakan bersama cereal.
Ni sikit lagi tip saya nak kongsikan..
Masa berpuasa ni ada hari tertentu kita akan rasa haus/lapar sangat atau rasa tak larat. Masa mengandung lagi lah besar dugaannya.. Yang ada masalah kesihatan/gastrik pun boleh cuba..
Amalkan baca surah Al-Ikhlas (sebaiknya 3x) & perbanyakkan zikir asmaul husna Ya Shamad untuk mengurangkan lapar/dahaga yang teramat sangat. Masa baca tu mohon pada Allah kurangkan rasa lapar/dahaga yang terlampau sangat & diberikan kekuatan untuk teruskan ibadah puasa sehingga waktu berbuka.
Tip ni diberikan oleh ustazah saya masa zaman belajar dulu. Boleh juga dibaca oleh orang bermusafir/sesat yang sukar dapatkan air atau makanan. Masa baca tu mohon pada Allah kurangkan rasa lapar/dahaga & diberikan kekuatan sehingga sampai destinasi.
Boleh juga amalkan surah Ash-Shu’ara ayat 78 & 79 untuk diberi kekuatan untuk melawan rasa lapar & dahaga serta menghilangkan keletihan.
Sumber: Yatie Eimra
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI