Semua ibu bapa pasti ada pengalaman termarah anak. Kadang perkara ini berlaku tanpa disengajakan kerana diri terasa penat dan apabila anak tersilap buat sesuatu yang tak disengajakan, kita memarahinya seolah-olah anak melakukan silap besar.
Keadaan ini jika tak diatasi dengan sebaiknya, risau anak memendam perasaannya dan akan beri kesan pada tingkah laku apabila semakin meningkat dewasa.
Menerusi perkongsian Puan Alina Adenan ada beberapa cara ibu bapa boleh lakukan jika kita rasa nak termarah anak.
Pernah ke rasa penat dengan anak-anak?
– Rasa cepat marah/ geram.
– Rasa nak mengamuk even kesalahan kecil anak jer.
– Rasa annoying.
Sedar atau tidak, bukan anak puncanya. Tapi fikiran kita yang tengah serabut dan bukan dalam mood rest.
Ads
Tarik nafas, tenang.
Tarik nafas, lepas.
Tarik nafas, fikir semua yang baik-baik dan syukur.
– Declutter mind.
– Kalau rasa banyak kerja, buat list to-do.
– Elak jadi perfectionist.
– Utamakan yang penting dahulu. Yang boleh hold, hold je. Jangan stres.
– Jangan bertangguh.
– Banyakkan syukur sebab ada orang, bertahun tunggu anak.
Make a simple life. Try untuk jadi diri yang best untuk diri sendiri. Mak yang cheerful untuk anak-anak.
Ads
Isteri yang tenang untuk suami. Anak dan adik-beradik yang supportive. Kawan-kawan yang memahami.
Bila kita tenang dan tak serabut, susah kita nak marah tau. Dah ter-marah anak? Go hug & kiss!
Kena selalu ingat, anak-anak kita tu kecik lagi. Memang fasa mereka explore dunia. Keep calm okay?
Ads
Jom #jomjadiparentsbest. Share supaya kita semua kekal tenang bila ada masalah.
InshaAllah.
Kredit: Alina Adenan
Si manja suka bergambar? Jom, mama papa kongsikan foto aksi bayi anda bertemakan Jungle Cuties untuk peraduan Pencarian Bayi Pa&Ma! Mana tahu ada rezeki boleh menang banyak hadiah menarik. Nak hantar gambar anak klik saja link ini: https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/
Bagi ibu bapa yang mempunyai anak lelaki tentu sekali berasa sedikit penat kerana menjaga anak lelaki tak sama seperti menjaga anak perempuan. Anak lelaki tenaganya lebih berbanding anak perempuan. Sudah menjadi lumrah mereka lebih aktif dan lebih sukar untuk duduk diam.
Semasa mereka kecil dan sedang membesar memang anda akan terasa sangat penat, namun jangan risau kerana penat hanyalah untuk 5 tahun pertama sahaja. Seterusnya dia akan membesar menjadi seorang lelaki yang mampu melindungi keluarga. Jadi jangan mengeluh dan didiklah dia dengan penuh kasih sayang. Di akhirnya dia akan menjadi lelaki yang bertanggungjawab dan penyayang.
Orang kata penat jaga anak lelaki, Tak duduk diam lari sana sini, Bukan setakat berlari, tapi bergusti, Haiihhh, orang kiri kanan pun perli perli.
Biar dia main lumpur sampai kotor kaki, Biar dia aktif tak henti, Kerana percayalah satu hari nanti, Apa yang dia dapat kini, Dia gantikan dengan kejayaan yang bererti.
Banyak kelebihan buat anak lelaki, Yang ramai tak tahu tapi Allah dah beri, Sejak dalam kandungan 9 bulan 10 hari, Dialah harapan ibu ayah dan family, Bimbing dan sayang dia agar success dan happy.
Orang kata anak lelaki tak reti duduk diam, Baguslah tu, bila tak duduk saja dan menganyam, Jangan disuruh diam sampai ke malam, Takut nanti badminton pun tak tahu genggam.
Anak lelaki ni dia kuat emosi, Tambah tambah bila peluk ciumnya tak henti-henti, Diselit kasih sayang ayah mithali, Jangan terkejut satu hari nanti, Bila anak yang aktif lari sana sini ini, Disayangi masyarakat dan planet bumi.
So, jangan pukul dan maki anak lelaki, Kerana dia tak putus membentuk diri, Untuk dia kumpul dan punya identiti, Yang bukan saja buatkan ibu ayahnya happy, Malah menjadi saham akhirat buat mommy daddy. Dialah anak lelaki mithali, Jangan biar dia main dan lari sendiri, Tapi ciumlah dia berulang kali, Kata sayang dan rindu lagi dan lagi, Agar dia terus rasa dihargai, Punya ibu dan ayah seperti ini.
Tahniah buat anda yang punya anak lelaki kerana mereka yang akan imamkan solat 5 waktu kita dan menantu kita nanti. Jangan rasakan anak lelaki sebagai bebanan biar pun nak menjaga mereka tidak semudah menjaga anak perempuan yang lebih sopan dan mendengar kata.
Semoga suatu hari nanti apabila kita telah meninggal dunia dan mereka yang akan mengimamkan solat jenazah kita. Semoga Bermanfaat, In Shaa Allah, Aamiin.
kredit: The Tazkirah Iman
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apabila mempunyai anak kecil, bukan mudah untuk golongan ibu bapa mengawal keletah mereka ketika berada di luar lebih-lebih lagi sewaktu makan di kedai. Lumrah anak kecil yang suka meneroka dan tak duduk diam ditambah pula mood yang selalu berubah-ubah membuatkan ada ibu bapa ‘serik’ nak bawa anak-anak makan di luar.
Sama seperti ibu bapa lain, Encik Akif yang juga pensyarah psikologi berkongsi pengalaman bagaimana dia menguruskan anak kecil yang aktif ketika berada di luar. Semoga bermanfaat buat semua.
“Bagi saya & isteri, nak bawa anak berumur 1 tahun yang agak aktif untuk makan di luar sangat mencabar”
Ini cara bagaimana kami melakukannya:
1. Salah seorang masuk kedai dulu & buat pesanan.
Seorang lagi teman anak berjalan-jalan di luar. Bagi dia keluarkan “energy” dulu.
2. Kalau dia tak nak jalan-jalan, kami akan bawa buku untuk dibacakan.
3. Kadang kala kalau mood dia tak berapa baik, terpaksa dukung bawa jalan-jalan untuk tenangkan dia dulu.
4. Sementara suap dia makan, bagi dia pegang props. Kali ini ada orang bagi belon
5. Sementara isteri makan, saya pula layan budak ni baca buku.
6. Akhirnya dapat juga makan
7. Yang paling ialah “teamwork.” Kalau buat berseorangan memang kelam kabut.
Ini bukan perkongsian berdasarkan kajian-kajian atau teori-teori parenting. Ini hanya pengalaman kami sendiri sahaja. Ada ibu bapa di luar sana yang hadapi isu yang sama?
Kepetahan Puteri Ara Aziz selalu mencuit hati. Video solekan atau sekadar berceloteh dalam bahasa Inggeris membuatkan ramai tertarik melihat kepetahannya. Semuanya bermula dari usia 4 tahun lagi.
Ara atau nama sebenarnya Puteri Nur Azzahra dan bapanya, pengarah dan pelakon ternama Aziz M. Osman muncul dalam rancangan Pa&Ma TV Musim Kelima Episod 7: Pendidikan Awal Kanak-Kanak.
Apa yang menarik, Aziz sendiri berkongsi cara didikannya kepada anak kecilnya itu. Ara yang kini berusia 8 tahun sangat petah dan kelihatan yakin.
“Didikan yang baik bermula dari rumah. Persekitaran pertama dalam pembentukan anak-anak bermula dari pendidikan pertama yang diperolehinya,” kata Aziz.
Beliau yang menghantar Ara ke sekolah antarabangsa sejak dari awal. Namun bapa kepada 9 anak ini mengakui mempelbagaikan pendedahan kepada Ara. Selain itu anaknya ini pernah dimasukkan ke pelbagai sekolah seperti sekolah aliran agama dan aliran perdana. Katanya pendedahan amat penting untuk pembentukan diri anaknya.
IBU BAPA PERLU JADI CONTOH YANG BAIK
Aziz mengakui pembentukan diri anak bermula daripada apa yang dilihat pada persekitarannya. Justeru, ibu bapa sendiri harus memainkan peranan penting memberikan contoh yang baik.
“Anak akan terbentuk daripada apa yang dilihat di sekeliling. Saya percaya untuk membentuk karakter yang baik kita perlu membentuk diri kita mempunyai karakter yang baik.
“Kalau kita nak anak jujur dan amanah, kita sendiri kena mengaku buat silap, kalau ada buat salah cepat-cepat minta maaf. Kalau kita nak anak kita menjadi seorang yang beriman, kita kena menjaga solat kita. Jaga puasa kita,” kata Aziz.
CARA DIDIKAN ANAK KECIL
Aziz yang turut memiliki anak pada usia remaja mengakui cara didikan bagi dua peringkat usia ini berbeza. Ibu bapa perlu pandai memainkan peranan untuk tackle dan menegur.
“Kanak-kanak ni apabila dia dapat satu pengaruh yang baru, dia tak akan menyembunyikannya. Dia akan tunjuk straight away.
“Kalau remaja susah sikit. Bagi kanak-kanak mereka lebih open. Maknanya kita boleh lihat apabila dia balik dia akan bawa pengaruh yang dilihat semasa di luar. Dengan ini ibu bapa boleh nampak,” kata Aziz.
LARANG TAPI BERIKAN ALTERNATIF
“Saya menggunakan cara diplomasi akan menegur. Saya akan beritahu dan terangkan. Ambil contoh kakak dan abang-abang. Ara amat mengidolakan kakak-kakaknya. Kita larang tapi kita berikan alternatif.
“Kita berikan jawapan dan berikan alasan supaya mereka boleh melihat mana yang baik dan mana yang buruk, “ kata pengarah filem XX Ray ini.
PEMILIHAN SUASANA YANG BAIK
Aziz amat menekankan suasana dan persekitaran yang didedahkan kepada anak-anak amat mustahak dalam pembentukan diri Ara. Bapa ini mengakui berkorban untuk memberikan pendidikan terbaik untuk Ara.
“Untuk memastikan anak membesar dengan baik kita mesti memilih suasana yang baik. Kita kena upgrade mereka ke tempat yang sesuai. Maka dengan itu saya berkorban. Saya tahu saya bukanlah kaya sangat.
“Tapi demi untuk masa depan anak, saya tidak boleh letakkan dia dalam sekolah yang biasa dan memilih untuk ke sekolah antarabangsa. Itu tanggungjawab saya sebagai seorang bapa untuk masa depan anak saya,” kata Aziz tentang pendidikan yang diterima Ara.
TIDAK HANYA FOKUS AKADEMIK
Aziz turut menegaskan dia tidak memfokuskan kepada pelajaran semata-mata sebaliknya turut menekankan perkembangan kendiri anak.
“Saya bukan fokus kepada pelajarannya sahaja, saya turut memfokuskan kepada pendedahannya. Dengan itu pelajaran (akademik) akan datang sendiri.
“Berdasarkan pengalaman sendiri, apabila ibu bapa menyuruh anak belajar, tekankan mereka belajar. Jadi anak akan terpaksa. Tapi biar timbul sendiri kesedaran belajar kerana mereka bersaing dengan kawan-kawannya yang lain. Jadi kerana itu saya hantar Ara ke sekolah tertentu ini.
GALAKKAN UNTUK MELAKUKAN YANG BETUL
Ara yang mempunyai saluran Youtube sendiri petah dan sangat yakin. Dengan gaya bersahaja Ara boleh membuat tutorial solekan dan sekadar membincangkan topik tertentu. Ini semua disampaikan dalam bahasa Inggeris dengan fasih.
“Pernah saya melihat anak kecil di saluran Youtube sudah pandai memetik gitar, bermain dengan nada Mozart atau Beethoven. Jadi saya terinspirasi dan menggalakkan Ara menyerap sesuatu yang betul. Buat sesuatu yang betul, perkembangan beginilah yang saya galakkan.
“Saya harap anak-anak termasuk Ara apabila berada bersendirian, kita sudah menanamkan akar tunjang yang kuat. Jadi dia tidak mudah tumbang atau terpengaruh dengan perkara-perkara yang tidak baik” kata Aziz kepada Pa&Ma. Selain itu, Aziz berharap anak-anaknya yakin dan mampu menjaga diri.
Bagi mama papa yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai apakah sebenarnya pendidikan awal kanak-kanak, kupasan lanjut tentang apakah itu tadika dan taska’
Terdapat juag kupasan pendapat pakar pendidikan awal kanak-kanak tentang usia yang sepatutnya didedahkan kepada alam persekolah. Info penting ini boleh ditonton dalam rancangan TV Pa&Ma Musim Kelima Episod 7: Pendidikan Awal Kanak-Kanak bersama pengacara Jihan Muse dan Ungku Hariz pada 17 Ogos 2019, Sabtu, jam 11 pagi hanya di saluran Astro Prima & Astro Prima HD.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!