Apabila anak mula berusia 2 tahun ke atas, ibu bapa dah terfikir untuk bagi anak bebas lampin. Cuma yang risaunya, takut anak terkucil atau membuang air besar di merata-tempat.
Menerusi perkongsian ibu ini, Puan Elina Fatini, cara dia melatih anaknya sangat mudah dan boleh dijadikan panduan buat ibu bapa lain.
Masa Mayra umur 3 tahun kami start hantar dia ke playschool. Untuk mudahkan urusan Aunty (teacher) dia dekat sekolah, kami cuba untuk potty train awal-awal.
Proses ni tak senang ya. Tapi kali pertama dia dapat pee dan poopoo sendiri dekat toilet is the best feeling ever la! Sampai mengalir air mata terharu. Siap bersorak dekat anak depan pintu tandas. Yeayy!
Semua ibu bapa sudah dan akan lalu proses ni. Dan pengalaman setiap orang tu tak sama.
Mula-mula saya start dengan buang air besar dulu. Nampak je dia tengah meneran tu terus angkat pergi toilet. Yang buang air kecil ni susah sikit.
Start cuti sekolah tu bermulalah potty train ni.
First day.. fuhh mummy yang tak kuat penat, lelah, serabut, geram. Semuanya ada. Kurang buat research dan tak ready dari segi mental adalah antara puncanya.
So saya stop dan mula balik bulan depannya. Sebab dah start expose bulan lepas, Mayra pass lepas 3 hari potty training. Alhamdulillah.
Ads
Lain anak lain cara nya. Antara tips yang saya boleh kongsi ikut pengalaman sendiri ialah:
1. Ibu kuatkan mental!
Ni yang paling penting. Saya putus asa sebab ni la penat nak cuci kalau anak terbabas. Rasa nak marah. Padahal kita yang tak bersedia. Anak tu tak bersalah pun. Kesian dia kena marah.
2. Sentiasa pesan kat anak.
Kalau boleh bagitau anak, nanti nak pee pergi toilet, nak poo pergi toilet ya. Setiap 10 minit pesan pun takpe. Jangan jemu. Inshaallah. Berkesan sangat.
3. Belikan tempat toilet comel-comel untuk dia.
Supaya dia tak takut dan seronok ke toilet. Kalau Mayra saya beli tempat duduk yang kecik tu. Tu pun dia pakai sekejap je.
Ads
Lepas tu dia dah boleh duduk dekat sit toilet biasa. Risauu takut jatuh mula-mula tu. Tapi lama-lama okey je.
4. Simpan semua karpet.
Senang nk detect dia kalau terbabas & senang lah nak cuci. Sediakan juga alat mencuci kat satu tempat. Macam tisu, kain buruk, kain mop, air sabun dan sebagainya.
5. Take note pukul berapa dia pee & poo.
Kalau boleh gantung whiteboard satu dekat pintu toilet tu, catit berapa minit sekali dia nak ke tandas. Dari situ kita boleh agak pukul berapa pulak lepas ni.
6. Buat bila betul-betul free & ready.
Ads
Kalau yang surirumah senang sikit. Tapi kalau yang bekerja tu buat masa weekend dan kalau perlu ambil cuti untuk fokus proses ni.
7. Kejut anak waktu malam untuk ke tandas
Sediakan alas bawah katil, senang nak cuci. Beli yang ringan. Saya dulu beli sarung cadar yang berat so susah sikitla.
Yang penting kena sangat sabar dan jangan stress dengan anak-anak. Dia pun tengah dalam proses untuk belajar. Jangan lupa kita dulu-dulu pun macam ni juga masa kecik hehe
Kerjasama dengan partner untuk sama-sama cuci dan saling memberi semangat.
Di mana ada kemahuan, pasti akan berjaya! Prinsip ini boleh memotivasikan sesiapa sahaja yang betul-betul bertekad nak buat sesuatu. Dalam bab menyimpan duit, sebenarnya tak perlu nak simpan banyak sekaligus. Paling penting buat ikut kemampuan dan pasti pengakhirannya itu berjaya.
Bagi yang masih tercari-cari cara sesuai untuk membuat tabungan mengikut bajet, anda boleh praktikkan cara bijak dan dianggap kreatif oleh seorang pengguna Facebook, Wan Nor Adilah.
Melalui cara simpanan ikut kemampuan ni, setiap note duit disimpan mengikut bajet dan hasilnya sebanyak RM4, 074 berjaya dikumpul dalam setahun.
Berikut antara perkongsiannya:
Tu diaaa.. Sikit2 lama2 jadi bukit.. Ummi start 01 jan-31Disember 2018 kumpul duit ni…Tahun 2017 tak berjaya sebab bulan 5 ummi ambik.. Tahun 2018 bertekad tak nak usik..
Disamping ummi main kutu duit.. Simpan la juga sikit2… Menabung untuk masa depan….ummi ni bukan kerja makan gaji.. Tiap2 bulan ummi main kutu.. Kalo tak niaga kek duit tak masuk.. Jadi ada peluang simpan la duit.
Sekarang ni keluar rumah pun semua guna duit.. Alhamdulillah dah masuk bank.. Ummi siap buat buku tanda2.
RM1—ummi simpan RM1 setiap hari.. Setahun ummi genapkan RM400
RM5—yg ni ummi simpan setiap minggu 2 keping total ummi genapkan 108 keping jadi RM540
RM10—yg rm10 pula ummi simpan 2 keping setiap minggu dapat 110 keping total RM1100
RM20—yg ni ummi simpan 2 keping setiap bulan jadi RM500 25 keping
RM50—ummi simpan setiap bulan genap.. Feb,april, jun, ogos,oktober,disember total RM300
RM100—yg ni pula setiap bulan ganjil.. Jun, mac, mei, julai, september, november.. Total RM600
Duit syiling kalada ada ummi masuk tabung. Alhamdulillah duit kertas RM3440 dan duit syilling RM634. Total semua RM 4,074. Insyaallah cara ni di sambung lagi untuk tahun-tahun mendatang.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ibu bapa sanggup berkorban apa sahaja untuk anak agar mereka mendapat pendidikan terbaik untuk anak. Inilah yang dilakukan oleh Edry Abdul Halim & isteri untuk sanggup berpindah ke Manchester, United Kingdom bagi memberikan perhatian kepada anaknya Emery yang mengalami autisme.
Dalam perkembangan terbaru, Emery yang kini berusia 11 tahun mengalami Gangguan Spektrum Autisme (autism spectrum disorder) sudah pun memasuki sekolah menengah khas di sana.
Menurut Edry, guru memberitahu anak ketiganya itu juga pandai menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Perkara itu dimaklumkan Edry menerusi posting terbaru di Instagram.
edryabdhalim Syukur Emery dah masuk sekolah menengah khas dengan anak2 istimewa yang lain..Cikgu kata dia bijak dan cepat sesuaikan diri dengan persekitaran..Wishing the best for my dear son ❤️ #manchester#redwood#autism
Penyakit jantung sering terjadi kepada bayi kecil. Ia lazimnya kerana masalah kongenital yang terjadi sejak lahir lagi. Ketahui lebih lanjut mengenai penyakit jantung pada bayi dan anak kecil serta kupasan daripada pakar dalam rancangan TV Pa&Ma Mama papa boleh dapatkan tip lanjut dalam rancangan TV Pa&Ma, 20 November 2018 jam 12 tengah hari dan 9 malam di Astro Prima & Astro Maya HD yang bertajuk Derita Jantung Si Kecil.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap ibu bapa mengambil berat mengenai perkembangan bahasa & pertuturan anak-anak. Berikut adalah beberapa tanda awal yang mungkin dan patut di perhatikan oleh ibu bapa.
Diantara umur 12 – 24 Bulan, beberapa perkara yang perlu di beri perhatian oleh ibu bapa jika kanak-kanak:
Masih belum menggunakan gesture seperti menunjuk atau melambai tangan untuk bye-bye pada usia 12 bulan
Menggunakan gesture lebih daripada bercakap pada usia 18 bulan
Mempunyai masalah untuk meniru bunyi pertuturan pada usia 18 bulan
Sukar untuk memahami arahan yang mudah
Ketika kanak-kanak mencecah usia 2 tahun, ibu bapa di nasihatkan untuk membawa anak-anak berjumpa dengan pakar yang terlibat untuk penilaian jika anak-anak:
Hanya dapat meniru sebutan perkataan dan aksi tetapi masih belum menghasilkan perkataan atau ayat secara spontan
Hanya menyebut bunyi atau perkataan secara berulang-ulang dan tidak boleh menggunakan bahasa verbal untuk berkomunikasi untuk menyampai dan memenuhi kehendak
Tidak dapat melakukan arahan mudah yang diberikan
Mempunyai tone suara yang berbeza (cth: sengau dsbg)
Pertuturan yang sukar difahami. Ibu bapa atau penjaga biasanya boleh memahami 50% pertuturan kanak-kanak pada usia 2 tahun, dan lebih kurang 70% pada usia 3 tahun. Ketika mencecah usia 4 tahun, kebanyakan pertuturan kanak-kanak boleh difahami oleh ibu bapa dan orang lain.
Sebab kelewatan BAHASA & PERTUTURAN
Banyak faktor yang boleh menyebabkan kelewatan bahasa & pertuturan di kalangan kanak-kanak. Kelewatan pertuturan, bagi kanak-kanak yang mempunyai perkembangan bahasa yang normal mungkin disebabkan oleh masalah pada oral motor itu sendiri seperti sumbing bibir dan lelangit, tongue tie, dsbg. Terdapat juga masalah-masalah pertuturan lain di kalangan kanak-kanak seperti kegagapan, masalah suara seperti serak dsbgnya.
Masalah bahasa juga boleh disebabkan oleh banyak sebab. Mungkin ada dikalangan kanak-kanak yang mempunyai perkembangan fizikal yang normal, tetapi perkembangan bahasa tidak setara dengan umur mereka. Ada antaranya kelewatan bahasa ini hanyalah disebabkan oleh kurangnya stimulasi bahasa yang diberikan semasa dari kecil. Namun begitu, kebanyakan masalah bahasa adalah disebabkan masalah-masalah lain yang melibatkan perkembangan mental kanak-kanak itu sendiri. Antara masalah-masalah yang menyumbang kepada kelewatan bahasa adalah seperti :
Kecelaruan genetic seperti down syndrome, DiGeorge syndrome
Autism
Attention deficit hyperactive disorder (ADHD)
Kelewatan perkembangan
Kecacatan pendengaran
Kecederaan otak seperti semasa lahir seperti cerebral palsydan Traumatic brain injury
Specific language impairment
Apa yang boleh dilakukan oleh ibu bapa?
Sekiranya anda mengesyaki anak anda mempunyai masalah bahasa & pertuturan, penilaian oleh Terapis Pertuturan-bahasa (SLT) adalah penting untuk melihat tahap semasa bahasa dan pertuturan anak anda. SLT juga akan menerangkan secara spesifik masalah yang dihadapi oleh anak anda dan bagaimana untuk membantu anak anda memperbaiki dan mengatasi masalah tersebut.
Apabila kanak-kanak menghadapi masalah kelewatan bahasa & pertuturan ini, rawatan dan intervensi awal amatlah penting untuk membantu kanak-kanak memenuhi keperluan sosial dan emosi mereka. Berikut adalah beberapa tips yang boleh digunakan oleh ibu bapa di rumah.
1) Luangkan banyak masa untuk berkomunikasi
Ibu bapa boleh membanyakkan komunikasi dengan kanak-kanak melalui bermain bersama, menyanyi, bersukan dan sebagainya. Melalui aktiviti-aktiviti ini kanak-kanak mempunyai lebih banyak model untuk ditiru. Galakkan anak-anak untuk meniru aksi dan bunyi-bunyi perkataan. Banyak perbendaharaan kata boleh diajarkan kepada anak-anak melalui aktiviti bersama.
2) Membaca bersama anak anda
Anda boleh bermula untuk melihat buku dan gambar bersama seawal usia 6 bulan. Pastikan buku yang digunakan adalah sesuai dengan usia kanak-kanak. Anda boleh bermula dengan buku-buku yang mempunyai tekstur yang boleh disentuh dan dirasa oleh kanak-kanak.
Buku-buku yang mempunyai gambar yang banyak dan berwarna-warni juga akan membantu menarik minat anak-anak. Anda boleh menunjukkan kepada gambar dan menamakan gambar-gambar tersebut. Seterusnya anda boleh membiarkan anak anda pula untuk menunjuk dan menamakan gambar di dalam buku.
3) Gunakan situasi harian
Anda juga boleh menggunakan situasi harian untuk merangsang bahasa dan pertuturan anak-anak. Contohnya, menamakan makanan di pasar raya semasa membeli belah, terangkan apa yang anda lakukan seperti ketika memasak, membersihkan rumah, semas mandi dan sebagainya. Anda juga boleh menunjuk dan menamakan objek di sekeliling rumah, semasa memandu kereta dan sebagainya.
Dedahkan juga anak-anak kepada bunyi-bunyi yang berbeza yang ada di persekitaran. Anda boleh bertanya soalan dan menggalakkan anak anda untuk bertanya. Beri respon setiap kali ana anda berkata sesuatu (walaupun mungkin anak anda sukar memahaminya). Gunakan ayat dan perkataan yang ringkas tetapi elakkan dari menggunakan “baby talk”
Apa jua umur anak anda, kenalpasti dan merawat masalah bahasa & pertuturan seawal yang mungkin adalah pendekatan yang terbaik. Dengan terapi, masa dan pendekatan yang sesuai akan membantu kanak-kanak untuk berkomunikasi dengan lebih baik dengan anda dan orang-orang lain di sekelilingnya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nahas jalan raya, Ayer Keroh, Melaka, dua beradik menangis diberitahu ibu bapa meninggal dunia. Dua beradik yang terselamat dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Kilometer 204 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara Isnin lepas, telah dibenarkan keluar dari hospital.