Bila anak nak masuk Tahun Satu, kebanyakan ibu bapa akan mula fokus bab membaca. Sama ada lancar membaca buku Bahasa Melayu dan dan Bahasa Inggeris dua-dua penting. Tambah lagi dalam keadaan sekarang yang memerlukan penguasaan pembacaan yang bagus.
Menerusi perkongsian Puan Hanis Athirah Rusli, ada cara yang lebih mudah dan cepat untuk anak kuasai membaca buku Bahasa Inggeris.
Tips Ajar Anak Membaca Bahasa Inggeris
Hari ni terdetik nak kongsikan pengalaman kecil cara mengajar anak membaca Bahasa Inggeris memandangkan ada beberapa ibu yang bertanya. Sebenarnya saya pun tak pandai juga, sekadar cuba yang termampu, dan bila nampak keberkesanannya dan ada cebisan ilmu yang saya belajar rasa tak salah nak berkongsi kan?
BACA [Dalam 3 Bulan Boleh Baca, Ibu Ini Kongsi Teknik Membaca & Menulis Buat Sekali!]
Secara asasnya, untuk senang anak belajar membaca Bahasa Inggeris, anak-anak perlu
✅Diperkenalkan bunyi huruf bukan nama huruf
✅Diberi fokus pada kesedaran fonemik dan fonik
✅Dilatih anak untuk ‘blend and segmentise’ perkataan
✅Dibiasakan anak dengan kata kunci ( sight words)
✅Digalakkan berkomunikasi dengan mereka dalam Bahasa Inggeris supaya kosa kata bertambah
✅Mempunyai kesedaran cetakan (Print Awareness) kerana biasa dibacakan buku bersama
Faktor ini berdasarkan pendapat dan pengalaman peribadi. Dan faktor lain seperti kesediaan anak membaca juga memainkan peranan penting supaya anak lebih fokus untuk membaca.
Jemput baca sini tanda anak bersedia untuk membaca.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10221781386301624&id=1165597373
Jadi, untuk anak menguasai 6 faktor yang saya ceritakan diatas, saya biasakan lakukan perkara berikut supaya lebih mudah anak menguasai Bahasa Inggeris
1) Biasakan anak dengan buku
Sebelum ajar anak membaca, biasakan lakukan aktiviti bacaan inggeris bersama anak seperti Read Aloud atau Bedtime Story. Selain dapat menambah bilangan kosa kata yang boleh anak kuasai, mereka juga dapat belajar cara sebutan sesetengah perkataan yang dibaca dengan betul. Sebagai contoh set English Graded Reading Package yang mempunyai ayat pendek untuk memudahkan pembacaan dan pemahaman serta mempunyai perkataan baru diperkenalkan secara beransur-ansur.
2) Aktiviti membaca menyeronokkan
Aktiviti mengajar membaca bukan semata-mata menggunakan buku. Boleh juga disokong dengan aktiviti bercerita, menyanyi dan bermain. Sebagai contoh, boleh selitkan barangan kitar semula seperti kotak untuk jadikan alat bantu belajar anak-anak. Anak-anak juga boleh gunakan playdoh untuk bentukkan huruf sambil bunyikan huruf yang mewakili.
3) Gunakan buku belajar membaca yang berkesan
Sebenarnya, banyak buku dekat pasaran yang boleh membantu anak belajar membaca. Salah satu buku yang saya guna dan sangat berkesan untuk anak-anak ialah I Can Read oleh Awal. Buku I Can Read ni ada 3 saja buku teks jadi memang teruja juga sebab cepat anak dapat menguasai Bahasa Inggeris. Ini kerana buku ini mengunakan konsep berbeza yang memberi penekanan kepada kesedaran fonemik dan kata kunci sekaligus membuatkan buku ini senang untuk anak belajar membaca. Setiap buku anak akan belajar bunyi-bunyi asas Bahasa Inggeris iaitu bunyi vokal dan konsonan berbeza melalui beberapa kata kunci yang mudah dihafal.
4) Gunakan teknik nyanyian untuk mantapkan lagi pemahaman anak-anak
Anak-anak ini biasanya lebih cepat ingat bila diperdengarkan lagu. Mereka akan cuba belajar untuk mengikuti lagu dengan menyanyikan bersama lagu tersebut. Secara tak langsung, anak dapat mengaplikasikan pendengaran mereka terhadap lagu kepada membaca dan anak juga dapat menyanyi dengan baik sambil mengiringi muzik. InsyaAllah lama kelamaan mereka boleh menyebut perkataan dengan baik. Contoh Video Kegemaran kami,
5) Kukuhkan pemahaman anak dengan latihan menulis pengukuhan dan pengayaan
Belajar membaca juga perlu disokong dengan aktiviti menulis yang sesuai dengan perkembangan umur mereka. Buku Latihan yang digunakan perlulah buku yang lebih menekankan kemahiran motorik halus seperti kemahran menconteng, mewarna, menyalur, menyambung dan menyalin.
Buku yang kami gunakan juga Buku I Can Write terdapat dalam pakej I Can Read ini. Setiap buku teks mengandungi 2 buku Latihan, jadi kebiasaannya selepas aktiviti membaca anak-anak gunakan buku ini untuk aktiviti pengukuhan dan pengayaan. Aktiviti membaca dan menulis yang digabungkan dalam situasi yang merangsang minda insyaAllah dapat meningkatkan kemahiran berfikir anak-anak.
6) Gunakan educational game untuk hiburan yang bermanfaat.
Sesekali boleh juga gunakan permainan dalam talian tapi dalam bentuk Pendidikan untuk berikan anak keseronokkan sambil belajar.
Semoga perkongsian ini ada manfaatnya. Maaf mana yang kurang sebab dulu masa belajar pun fokus untuk belajar mendidik anak sekolah rendah, bila anak sendiri kita gali ilmu dan insyaAllah kita sama2 belajar ya.
All the best!
Kredit: Hanis Athirah Rusli (Idea Homeschool Anak)
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI