Hati ibu mana yang sanggup lihat anak kecil yang belum tahu apa-apa menanggung sakit disebabkan orang lain. Selama 14 hari anak bertarung nyawa, terasa azabnya.
Bermula dengan batuk, selesema tak sangka masalah ini menjadi semakin serius. Semua ini ibarat pengalaman pahit bagi ibu, Dea Eydrus yang dikongsikan dalam Facebooknya.
Menurutnya, mula-mula memang tak sangka keadaan anak seteruk ini. Sehari selepas aqiqah (2/10) dah nampak Yin lemah, batuk, selesema dan merengek.
Dah cuba mandikan air lemon, guna sterimar dan nasal aspirator untuk sedut hingus pun tak ok juga. Nasib masa ni belum demam lagi.
Dari sehari ke sehari batuk Yin makin teruk sehingga muntah-muntah dan mamy pun rasa tak sanggup tengok.
Disebabkan dah tiga hari tak nampak apa-apa perubahan, dalam jam 4 pagi (5/10) Yin batuk dan sesak nafas. Waktu ini terus bawa ke Hospital Banting dan doktor bagi NAB. Selepas itu, doktor kata dah ok.
Esoknya dalam jam 3 pagi, Yin batuk sampai sesak nafas dan mamy hanya sapu ubat asma sahaja sehingga tertidur sambil mengah.
Dalam jam 7 pagi daddy bawa ke Hospital Columbia dan di situ Yin kena tahan wad sebab doktor kata terlalu banyak kahak dan perlu NAB untuk cairkan kahak.
Ads
Selama 5 hari di Hospital Columbia sehingga (10/10), nampak ada perubahan pada Yin dan doktor bagi balik.
(11/10) Dalam jam 1 pagi Yin batuk dan tercungap-cungap, mamy sapu lagi minyak asma sampai tertidur. Sekitar jam 3 pagi Yin mula batuk teruk dan sesak nafas sampai bibir dah biru.
Sedihnya Tengok Anak
Mamy dan daddy terus bawa Yin ke Hospital Banting dan Yin diberikan NAB lagi tapi keadaan Yin masih tak ok. Masa ni mamy rasa nak luruh jantung apabila doktor beritahu keadaan Yin sangat kritikal.
Sejujurnya memang mamy tak senang duduk waktu ni sebab tengok doktor ke sana sini pasang alat dan cucuk Layyin. Hanya mampu doa saja.
Ads
Tak lama kemudian doktor kanak-kanak datang dan bertanya macam-macam mengenai keadaan Yin sebelum ini. Rupanya baru tahu puncanya Yin dah dehidrat sebab kurang menyusu sepanjang sakit dan semasa di hospital sebelum ini tak masuk kan air untuk bagi tenaga pada badan.
Apabila keadaan stabil, dari tempat kecemasan Yin di masukkan ke wad dan barulah tahu keputusan penyakit yang dialami Yin. Rupanya Yin kena jangkitan batuk kokol/ Pertussis.
Penyakit ini dibawa oleh orang dewasa dan kanak-kanak tapi penghidapnya kanak-kanak. Berpunca dari orang tak sihat dan penyakit ini penyakit bervaksin.
Mamy dan daddy Yin pun kena makan antibiotik yang dibekalkan hospital disebabkan benda tu virus.
Ads
Kena Lebih Hati-Hati
Yang ada anak anak kecik, duduk je rumah diam-diam. Kurangkan berada dalam kelompok orang ramai. Mungkin rasa terkurung. Tapi tu lebih baik daripada kita murung tengok anak sakit. Azab sungguh.
Walaupun daddy Yin bukan perokok tapi tak semestinya anak tu terhindar dari penyakit. Penyakit tu kita tak tahu siapa pembawa. Sebagai mak ayah memang kita kena sentiasa beringat.
Lepas ni memang siapa nak dekat dengan anak kena pastikan badan betul-betul bersih sebelum nak sentuh. Tolong hormat mak ayah yang ada anak kecik. Sebab tahu ramai je orang sekeliling yang ada anak kecik pun tapi tak pentingkan kesihatan anak tu.
Merokok depan anak pun selamba. Kalau kau tak sayang anak, kau punya hal. Tapi anak mamy, mamy yang tentukan siapa boleh pegang. Asap rokok ni sangat bahaya untuk kanak kanak, boleh menyebabkan pneumonia. Tak pernah kena boleh buat sambil lewa, dah kena, merasalah sendiri.
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Layyin Izz’Yara, mamy dan daddy kira orang yang bertuah sebab Allah izinkan untuk sembuh semula. Orang lain, dah bawa maut baru nak ada kesedaran. Tolonglah sayang nyawa anak kita. Bukan senang nak lahirkan anak tu.
Alhamdulillah, Layyin semakin sihat. Senyum gelak tawa dia dah kembali jadi milik mamy. Semoga terus sihat mcm biasa hendaknya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak 18 Mac lalu, Mazlan Ibrahum, 49 dari Pasir Mas, Kelantan tidak dapat meneruskan peniagaan menjual kuih manja di bandar tersebut.
Mempunyai dua orang anak istimewa, Muhammad Firash Mazlan, 6 dan Nurul Raesya, 3, yang menghidap penyakit saraf sejak lahir. Masa yang ada di rumah kini digunakan untuk bersama dua anaknya itu.
Kedua-dua anak kurang upaya itu hanya mampu terlantar dan menggerakkan tangan bagi meluahkan rasa tidak selesa kerana cuaca panas atau lapar.
Anak diurus isteri sebelum PKP
Bapa kepada lima anak berusia antara 3 hingga 20 tahun itu berkata, setiap kali keluar mencari rezeki dengan menjual kuih manja di sekitar Pasir Mas dua permata hatinya itu akan diuruskan oleh isteri, Norizan Zakaria, 42.
“Dua beradik ini bukan sahaja tidak dapat mendengar, mereka juga tidak dapat bercakap dan menangis seperti kanak-kanak normal yang lain.
“Mereka akan gerakkan tangan apabila lapar dan tidak selesa,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.
Kos Susu Untuk Anak Istimewa Cecah Puluhan Ringgit Setin
Mazlan berkata, Muhammad Firash dan Nurul Raesya, bergantung sepenuhnya kepada susu untuk meneruskan hidup dan harga susu dua beradik itu mencecah puluhan ringgit satu tin.
Bagaimanapun, dia bersyukur dan lega masih mempunyai bekalan susu untuk diberikan kepada dua anak kesayangannya itu walaupun sudah lama tidak dapat keluar bekerja dan kantung kewangan makin menyusut.
“Alhamdulillah, bantuan bulanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350 untuk setiap anak digunakan sepenuhnya untuk beli susu dan lampin pakai buang.
“Klinik Kesihatan Bandar Pasir Mas juga bgai bantuan susu bulanan sebanyak dua tin seorang. Yang selebihnya saya akan cuba usahakan walaupun kami sekeluarga terpaksa mengikat perut sepanjang PKP ini,” katanya.
Menurutnya, bukan mudah untuk dia sebagai ketua keluarga untuk melalui PKP ini dengan kesukaran untuk keluar berniaga.
“Saya selalu berdoa supaya semua ini cepat berakhir demi memastikan dapur berasap,” katanya
Orang ramai yang ingin membantu keluarga ini boleh menyalurkan wang ke akaun Bank Islam milik Mazlan (03-027-02-056-4435).
Syukur alhamdulillah, dah dapat sepasang! Aktres Tasha Shilla selamat melahirkan cahaya mata perempuan seberat 3.19 kilogram menerusi kaedah pembedahan sekitar 10.37 pagi (5 September).
Memetik laporan Metro, menurut suami Tasha iaitu Muhammad Atiq Idris, proses pembedahan yang memakan masa 45 minit itu berjalan lancar. Malah, Tasha dan bayi juga berada dalam keadaan baik.
“Alhamdulillah…Tasha selamat melahirkan anak perempuan secara pembedahan. Bayi dan Tasha juga berada dalam keadaan baik.
“Syukur kerana pembedahan selama 45 minit itu juga turut berjalan dengan lancar. Malah, saya juga berada di dalam bilik pembedahan untuk menemani Tasha.
“Saya berterima kasih kepada doktor kerana banyak memberikan penjelasan bagi memudahkan urusan pembedahan,” kata Atiq.
Pilih nama Nyla Kaadira
Terdahulu, Tasha atau pemilik nama penuh Natasha Sheila Abdul Razak, 35, memaklumkan bakal melahirkan cahaya mata kedua secara pembedahan.
Malah, pasangan itu juga sudah memilih nama Nyla Kaadira buat cahaya mata kedua mereka.
Tasha sebelum ini turut berkongsi keterujaan dikurniakan sepasang cahaya mata dan bersifat terbuka berkongsi pemilihan nama buat cahaya mata kedua mereka.
Tasha dan suami, Muhammad Atiq Idris mendirikan rumah tangga pada 28 Februari 2020.
Selain Nyla, pasangan itu turut dikurniakan cahaya mata Raees Zander yang kini berusia setahun lima bulan.
Menghitung hari bersalin, Mawar Rashid memohon maaf & doa dari semua. Manakala peminat pula teruja menatap bayi yang bakal lahir.
Mawar menerusi Instagram memuatnaik gambar dirinya yang memegang kandungannya dengan kapsyen pendek seolah-olah penuh debaran dan harapan agar proses kelahiran berjalan lancar dan dipermudahkan. Mawar juga memohon kemaafan daripada semua.
mawarashid Counting days.. Maaf jika Mawar ada salah silap ngan you all.. Doakan semua dipermudahkan ya??
Para peminat mendoakan agar proses bersalin aktres ini berjalan lancar, turut berkongsi tip. Ramai juga yang meneka jantina bayi dan menyatakan rasa tidak sabar untuk menatap wajah bayi Mawar nanti.
Asma atau lelah? Ramai yang mengaggap penyakit ini tidak serius. Kalau nak tahu, ikuti Pa&Ma TV pada hari Selasa, 5 Mac 2019.
Pa&Ma kini kembali untuk musim ketiga. Setiap Selasa jam 12 tengah hari bersama pengacara anda Shera Aiyob dan Zahiril Adzim dengan topik, ‘Asma & Penyelesaiannya’ hanya di slot Dewi disaluran Astro Prima 105 dan Prima HD 121.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kenapa Bayi Saya Berpeluh Banyak Semasa Tidur?
Setiap ibu bapa pasti bimbang apabila mendapati bayi mereka berpeluh banyak ketika tidur. Adakah ini sesuatu yang normal,...