Bayi menggigit semasa menyusu memang menyakitkan. Payudara digigit dan in menyebabkan kesakitan kepada si ibu. Apa pun ibu tolong jangan menjerit! Ikuti 15 tip kaunselor laktasi ini.
Sakitnya bila payudara digigit anak ketika menyusu. Walau pun bayi masih kecil, bila dikacip giginya itu sakitnya boleh buat ibu menjerit! Terutama sekali yang baru nak tumbuh gigi.
Ada sesetengah ibu yang terus tolak anak, menjerit dan sebagainya apabila anak menggigit membuatkan anak jadi takut & enggan menyusu. Apa cara terbaik nak buat bila kena gigit & nak hentikannya.
IBU KENA FAHAM PUNCA BAYI MENGGIGIT
Menurut kaunselor laktasi, Puan Noorfazila Abdul Rahman situasi bayi menggigit bukanlah suatu situasi yang kritikal sehingga penyusuan perlu dihentikan. Tidak dinafikan banyak kes seperti ini berlaku tetapi bukan semua bayi gemar menggigit ibu ketika menyusu.
BANYAK BERLAKU BAGI BAYI 3-6 BULAN
Perkara ni boleh berlaku seawal usia bayi 3-6 bulan. Ini kerana pada peringkat ini ada bayi yang sudah mula tumbuh gigi,. Bukan hanya puting ibu, bayi juga mula mengigit apa saja yang dipegang.
Selain faktor tumbuh gigi, pelekapan yang salah juga menjadi punca situasi ini terjadi. Ini kerana bayi menggigit menggunakan gusi bawah. Jika bayi melekap dengan betul, kedudukan lidahnya berada di bawah payudara dan menutupi gusi bawah menyebabkan bayi tiada ruang untuk menggigit.
Hal ini kerana mekanisme hisapan terus dengan ibu melibatkan pergerakan rahang bawah sahaja jadi adalah penting untuk semua ibu yang sering kali digigit oleh bayi semasa menyusu memastikan pelekapan anak dalam keadaan baik setiap kali menyusu untuk mengelakkan situasi ini berulang.
5 PUNCA LAIN SELAIN PELEKAPAN & TUMBUH GIGI
Selain tumbuh gigi dan pelekapan yang salah, banyak lagi punca kenapa bayi gemar menggigit. Antaranya;
5 TIP PRAKTIKAL UNTUK IBU
Banyak cara boleh dilakukan untuk ibu mengelak dari digigit tanpa perlu menghentikan penyusuan. Antaranya ialah;
TOLONG JANGAN MENJERIT BILA DIGIGIT!
Tidak salah untuk ibu menunjukkan reaksi apabila bayi menggigit. Tetapi cukup dengan “ouch” sahaja. Ini kerana jika anda menjerit terlalu kuat di khuatir anak akan terkejut dan menjadi fobia seterusnya enggan menyusu lagi (nursing strikes). Ini kerana, tindakan ini boleh menjadi cara yang terbaik untuk mengelakkan perkara tersebut berulang atau memburukkan lagi keadaan.
PENGALAMAN KENDALI KES IBU DIGIGIT, INI KOMEN KAUNSELOR LAKTASI
Ya, kes ini sering kali juga saya terima dan ada yang hampir putus asa terutama bila gigitan bayi menyebabkan puting luka hingga mengundang masalah lain seperti bengkak susu dan duktus susu tersumbat.
Sebenarnya bukanlah semua bayi gemar menggigit ibu, jadi untuk ibu yang berdepan dengan masalah ini dan jika ianya berulang kali berlaku saya sarankan untuk :-
#1 Pastikan anak sentiasa menyusu dengan pelekapan yang betul.
#2 Beri perhatian kepada anak pastikan sentiasa bersembang, pandanglah mata anak dan elakkan melakukan aktiviti lain sewaktu menyusukan anak.
#3 Jika anak sering kali menggigit, sentiasa bersedia dengan meletakkan jari kelengkeng anda di tepi mulutnya supaya apabila dia mula hendak menggigit anda boleh menghentikannya dengan jari kelengkeng tersebut. Ini kerana, bila bayi menggigit jari kelengkeng dia tidak dapat menggigit puting anda.
#4 Elakkan menarik keluar puting terus dari mulutnya ketika anak menggigit kerana tindakan ini akan membuatkan puting anda mudah terluka sebaliknya keluarkan dengan cara meletakkan jari kelilingking anda di tepi mulut anak.
#5 Jadikan penyusuan suatu sesi yang menggembirakan. Jadi anak akan menikmatinya dengan gembira tanpa menyakitkan ibu.