Ibu, Kalau Membebelkan Anak Ikut Teknik Yang Betul Supaya Tak Beri Kesan Negatif Padanya

Share

Ibu mana yang tak pernah bebelkan anak-anak. Tapi kena ikut teknik membebel yang betul supaya tak beri kesan negatif pada perkembangan anak. Eh, betul ke nak membebel pun kena ada teknik?

Betul,  kalau masa membebelkan anak kita serentak label anak dengan sifat negatif seperti pemalas, degil, tak dengar cakap, bodoh dan sebagainya lagi. Ingat, apa yang keluar dari mulut kita itu bukan sahaja jadi satu doa bahkan akan terus tertanam dalam memori anak sehingga ia menjadi aura negatif dalam dirinya.

Teknik Membebel

Saya tak sarankan mak ayah bebel anak tapi secara realitinya amat jarang mak ayah yang tak bebel anak kan. Jadi mana-mana mak ayah nak bebel anak kena ada ilmu ni.

Nak bebel anak pun ada caranya. Salah cara bebel boleh jadi negatif anak tu nanti.

Cara yang salah

Adik, kenapa pengotor sangat ni? Dah habis pakai baju tu letak elok-elok bakul

Cara yang Betul 

Adik, bila dah habis pakai baju tu letak dalam bakul terus SEBAB nanti senang mak nak cuci

Cara yang Salah 

Kenapa adik pemalas sangat ni! Dah habis makan cuci la pinggan!

Cara yang Betul 

Adik, kalau dah habis makan tu cuci la pinggan sebab tu la cara adik nak bantu Mak. Adik kan sayang Mak.

Nampak tak beza cara bebel kat atas?

Bebelan positif ni adalah bebelan yang tak guna sumpah seranah dan label anak dengan sifat yang buruk. Tak perlu cakap anak pemalas atau anak pengotor. Terus direct tegur je.

Kalau nak suruh anak buat apa pun walaupun hanya cuci pinggan, masukkan sekali SEBAB dan ALASAN kenapa dia kena buat semua tu. Yang anak jadi degil sebab kita suruh je anak buat benda tapi kita tak bagitahu pun SEBAB apa dia kena buat benda tu.

Amal 2 benda ni dalam bebelan anda dan InsyaAllah anda akan nampak perlahan-lahan perangai anak akan berubah jadi lebih taat dan mendengar kata.

Jom join Telegram Parenting Nota Taufiq Razif.

Sumber: TAUFIQRAZIF.COM

Published by
Hasnita Sawal