Ibu Kalau Nak Anak Bijak, Biasakan Makan Ikan 2 Kali Seminggu

Share

Ayam goreng sering menjadi kegemaran dan kesukaan anak-anak. Walaupun anak suka makan ayam goreng, jangan sesekali tinggalkan lauk ikan kerana ia sangat bagus untuk perkembangan otak anak-anak.

Berbanding ikan, anak-anak lebih memilih ayam sebagai sajian kegemaran. Boleh dikatakan setiap hari mesti akan ada hidangan ini. Goreng saja pun sudah cukup buat anak-anak. Tak dinafikan ayam goreng mesti ada dalam setiap hidangan di rumah.

Ibu Kalau Nak Anak Bijak

Inilah yang dikongsikan oleh Dr Mazliana Mazlan tentang khasiat ikan yang bagus untuk perkembangan otak anak berbanding ayam goreng mahupun lauk lain.

Kredit foto: Pexels

Biasakan Makan Ikan 2 Kali Seminggu

Sebagai mak ayah, biasakan anak kita dengan ikan, berbanding ayam, daging, sotong, udang, dan lauk pauk yang lain.

Pastikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu mesti kena ada menu ikan. Kalau lebih, lagi bagus.

60 peratus daripada otak manusia terdiri daripada lemak. Separuh daripada lemak itu adalah DHA.

Kredit foto: Pexels

Anak kita akan bijak jika kandungan lemak dan DHA dalam otak mereka mencukupi. DHA bantu perkembangan fungsi otak anak-anak.

Sumber DHA Terbaik

Ikan adalah sumber DHA yang terbaik dan mudah untuk kita dapat dan beri pada anak-anak.

Buat singgang kosong, letak bebawang, halia, kunyit hidup dan lengkuas, sampai habis nasi pun anak saya minta nak makan lagi.

Kredit foto: Pexels

Bagus sangat kalau anak dapat hirup kuah singgang yang tinggi dengan DHA dari ikan, dan juga ramuan anti inflamasi dari bebawang, halia, kunyit hidup dan lengkuas.

Tak perlu ikan kayangan, ikan sardin atau ikan kembung segar di pasar pun dah cukup banyak DHA yang ada. Sesuai sangat untuk anak-anak kita makan.

Kita cuba ya, perbanyakkan menu ikan untuk anak-anak, berbanding ayam goreng.

Sumber: Dr Mazliana Mazlan

 

Published by
Has