Benarlah kata orang, jodoh pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Hanya DIA sahaja yang mengetahui segala rahsia di langit dan di bumi. Setelah berpisah hampir 11 tahun, akhirnya dengan kuasa Allah, pasangan ini selamat disatukan kembali sebagai suami isteri.
Kami pernah disatukan pada tahun 2009
Namun hanya bertahan setahun lebih, pada tahun 2011 kami berpisah secara baik
Dia dan anak lelakinya melalui ujian ini dengan tabah. Menurutnya, sejak 10 tahun berpisah masing-masing dah bawa haluan masing-masing. Mereka memang tak bergaduh sebab fikirkan anak. Dia dan bekas suami tetap berkawan baik.
“Kami mulakan hidup baru tapi masing-masing sentiasa keep in touch. Untuk anak kami selalu berbincang, masih contact. Apa-apa emergency suami akan jaga anak”.
Tak plan pun nak rujuk kembali tapi ex husband minta baik balik. Mungkin sebab anak, anak dah umur 11 tahun.
:”Kami dah lama bercerai, selalu jumpa dan bukan bergaduh. 2 kali dia ajak baik, saya tak terbuka hati. Dia pun hampir kahwin lain tahun 2018, kuasa tuhan dia tak jadi kahwin. Saya pun tak ada jodoh dgn orang lain.”
“Tahun 2020 dia pergi jumpa keluarga minta maaf dengan keluarga saya. Tak sangka, mungkin dia betul-betul minta maaf. Dia seorang yang baik. Kita serah kat tuhan, dan kami fikirkan anak.”
“Dia tanya boleh tak peluang kedua, saya tanya anak saya. Kalau ibu kahwin dengan ayah balik macam mana? Dia suka, sebab ayah sendiri. itu yang buat saya rasa “saya serahkan pada tuhan”.
Saya tak fikir sangat, saya hanya bergantung pada Allah je. Dulu kita muda, perasaan tak dapat control. Doakan kami.
Demi anak “We love u so much”
Binalah kisah baru dan lengkapilah antara satu sama lain.
Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan permainan anak dengan harga murah boleh klik di SINI
Kredit: Arnieyu
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)