Ibu Kena Belajar Let Go Perasaan! Buat Kerja Rumah Ikut Kemampuan, Yang Penting Selesai

Share

Buatlah ikut kemampuan, jangan dipaksa badan hingga otak pun stres. Situasi ini pasti ramai ibu yang melaluinya. Bekerja dan dalam masa sama kena uruskan anak serta selesaikan hal rumah tangga dah jadi perkara biasa.

Namun ada yang rasa sedikit stres bila memikirkan hal anak, nak masak, urus keperluan rumah sehingga tak tahu nak buat yang mana satu.

Kiranya kerja seorang ibu ini tak pernah habis. Ada sahaja yang perlu dilakukan. Jika tak buat rasa tak senang duduk pula kan?

Apa yang dikongsikan oleh Puan Masturah Abu Bakar ini sangat betul. Ibu kena belajar let go perasaan. Kena faham kita bukanlah robot boleh buat semua perkara dalam satu masa. Berikan ruang dan masa daripada kita rasa tertekan dan asyik nak marah.

Berikut antara perkongsiannya:

Sejak ada anak no.3 ni, saya belajar let go perasaan. Macam ni..

Tangan kita ada dua je. Tapi nak uruskan banyak perkara. Rasa nak buat semua benda. Tapi masa tak cukup.

– Rumah bersepah. Sakit mata.
– Mainan merata-rata. Terpijak-pijak.
– Pinggan tak basuh. Sinki penuh.
– Baju menggunung. Tak basuh. Tak lipat.
– Parcel nak dipos masih tak berbungkus.
– Lauk masih tak masak.
– Anak tak mandi lagi.
– Diri sendiri tak mandi lagi.
– Pm customer tak berbalas lagi.
– Aktiviti anak-anak tak prepare lagi.

Panjangnya to do list. Stresssss sangat fikirkan.

Last-last kita baring. Tak dapat buat apa-apa sebab serabut. Langsung tak produktif. Mood ke laut. Marah anak-anak. Marah suami.

Sebab apa? Sebab kita nak semuanya perfect.

Rumah tersusun rapi. Mainan kemas tersimpan. Sinki bersih. Baju berlipat. Bakul kain kosong. Anak-anak dah siap wangi awal pagi. Lauk masak yang sedap-sedap. Aktiviti anak-anak dah well-prepared.

Kesian laaa kat diri sendiri. Badan kita ada satu je. Tangan kita ada dua je.

Berbaloi ke rumah kemas tapi diri sendiri tak happy? Penat. Emo. Overthinking.

Kita fikir, kita terlebih fikir. Kita jadi letih. Kita jadi tertekan. Kita rasa kita gagal sebab tak boleh selesaikan semua. Rasa diri tak berguna.

Berbaloi ke? Tak berbaloi kan?

Jadi sayangi diri sendiri. Buat sikit-sikit. Let go perasaan nak perfect. It’s okay kalau semuanya tak siap, tak apa. Buat yang penting sahaja dulu. Kalau ada masa buat la.

Ambil masa. Take a breath.

Pujuk hati. Raikan kejayaan yang kecil. InsyaAllah kita tenang.

Sumber: Masturah Abu Bakar

Published by
Wan Amy