Kadang-kadang kita sebagai ibu lebih rela buat sendiri semua urusan rumah tangga hinggalah urus anak berbanding minta tolong dengan pasangan. Alasannya tak mahu susahkan. Ada juga beranggapan tak sampai hati nak suruh sebab suami balik kerja pun dah penat.
Paling biasa isteri cakap, apabila suruh suami buat kadang-kadang hasilnya tak seperti yang diharapkan. Ingat kita tak boleh jadi supermom selama-lamanya. Mungkin anak seorang tiada masalah tapi lepas dah ada dua tiga anak pertolongan dari suami sangat diperlukan.
Seperti yang dikongsikan oleh Puan Masturah Abu Bakar berdasarkan pengalamannya dia juga mengakui perkara sama.
Dulu masa anak pertama, saya cuba buat semua sendiri. Langsung tak nak mintak tolong suami.
Kita ni kononnya SUPERMOM, boleh buat semua benda sendiri.
Niat di hati tak nak susahkan sesiapa. Terutamanya suami. Kesian dia balik kerja penat-penat, kita nak minta tolong itu ini.
Jadilah kita sotong walaupun tangan dua. Berkejar buat semua kerja. Dari tukar pampers anak, sampailah urusan kerja rumah
Akhirnya saya jadi stress dan kecewa dengan diri sendiri sebab tak dapat buat semua..
Mak-mak sekalian,
Kita bukanlah supermom yang ada kuasa luar biasa. Kita manusia biasa. Kemampuan kita terbatas. Sampai tahap, kita akan rasa penat. Sampai tahap kita akan rasa letih. Fizikal sakit, emosi tak stabil.
Jadi jangan cuba jadi supermom sebab kita bukan supermom. Kita kena belajar mintak tolong orang lain.
Nak mintak tolong siapa?
TOLONG TOLONG. Mintalah tolong suami kita.
Suamilah orang yang paling dekat dengan kita.
Suamilah teman paling rapat yang kita ada sekarang.
Suamilah tempat yang sepatutnya kita berkongsi beban mengurus rumahtangga.
Suamilah orang yang paling layak membantu kita saat ini.
Mungkin ada yang rasa berat mulut nak minta tolong dengan suami. Sebab orang lelaki ada egonya. Kita pulak banyak ragamannya.
Jadi cuba apply seni minta tolong dengan suami:
1) Ringankan mulut untuk minta tolong. “Abang, boleh tak tolong..”
2) Maniskan mulut masa minta tolong. “Sayang suka kalau abang boleh tolong..”
3) Puji pertolongan suami. “Pandainya abang drill dinding ni. Boleh la kita hias cantik2.”
4) Ucap terima kasih. “Terima kasih abang sebab tolong..”
Suami manusia, kita pun manusia. Dua-dua ada kemampuan terbatas. Jadi, beban rumahtangga kalau dikongsi berdua, insyaAllah akan jadi lebih ringan. Dua-dua senang hati.
sumber: Masturah Abu Bakar