Orang-orang lama selalu berpesan jangan terlalu beremosi bila mengandung. Ceriakan diri dan elakkan daripada stress. Rupanya hal ni bukan cakap kosong sahaja. Malah diakui oleh pakar.

Menurut Dr Suriyakhatun, emosi anak dan bayi yang dikandung sememangnya sangat berkait rapat. Baca penjelasan beliau di bawah.

Ibu Kena Bijak Kawal Emosi Ketika Hamil, Ada Kesannya Pada Bayi Dalam Kandungan, Take Note!


Mengandung; Kesan pada kesihatan. 

Wanita mangandung mengalami perubahan pada hormon yang membawa perubahan kepada bentuk badan serta emosi dan mental dan fisiologi organ badan.

Seringkali perubahan yang berlaku membawa masalah kesihatan.

IKLAN

Beban pada organ; jantung, usus, ginjal, paru-paru sistem darah, sel darah boleh cetuskan penyakit bila sudah sedia ada kelemahan dalam organ.

Perubahan pada penghazaman boleh menimbulkan kurang zat apabila pemakanan tidak dijaga.

Kurang sokongan dari suami, keluarga dan rakan kerja boleh tambahkan lagi masaalah kesihatan.

IKLAN

Ibu Kena Bijak Kawal Emosi Ketika Hamil, Ada Kesannya Pada Bayi Dalam Kandungan, Take Note!

Penyakit yang saya sering temui yang semakin bertambah semasa mengandung adalah penyakit mental, alahan dan alergi, sakit jantung dan ginjal selain dari masalah penghadaman seperti sembelit dan gerd. Juga jangkitan candida atau GBS dan kencing manis gestational serta toksemia mengandung.

Kebanyakan penyakit ini boleh di hindarkan dengan penjagaan emosi dan nutrisi semasa mengandung.

IKLAN

Usaha tangani stress dan emosi semasa mengandung:
Berusahalah untuk menangani stress dengan sikap redha, sentiasa bersyukur dan bertawakkal kepada Allah SWT.

Begitu juga dengan kesan emosi negatif yang turut di bawa ke atas janin. Emosi anak yang dilahirkan akan mengikut emosi dasar ibu disebabkan janin akan alami emosi dasar ibu. 

Kesan emosi negatif terhadap genetik juga menyebabkan swis gene penyakit terbuka. Contohnya gene penyakit eczema.

Ibu Kena Bijak Kawal Emosi Ketika Hamil, Ada Kesannya Pada Bayi Dalam Kandungan, Take Note!

Bukan sahaja emosi anak malah nutrisi yang diambil ibu semasa hamil juga akan turut terkesan disebabkan penghadaman dan penyerapan ibu yang terganggu ketika hamil.

Kredit: Dr Suriyakhatun

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI