Bonding antara anak dan ayah sangat penting kerana hubungan yang baik antara anak dan ayah akan memberikan kesan jangka masa yang panjang termasuklah dalam pembentukan sikap anak-anak.
Anak yang rapat dengan ayah akan lebih bijak, kurang bermasalah, berdisiplin dan patuh kepada arahan. Sebab itulah masa anak bersama ayah sangat penting termasuklah waktu sebelum tidur. Minta suami untuk luangkan masa bercakap atau membaca bersama anak sebelum tidur kerana ada kaitan dengan perkembangan otak si manja.
Ibu-ibu, tolong ‘paksa’ suami masing-masing bacakan bedtime stories kalau nak akal si kecil tu jadi makin cerdik.
Ni saya nak kongsikan fakta menarik yang masih ramai ibubapa belum tahu. Dr Elisabeth Duursma ada jalankan satu research semasa beliau di Havard University.
Dalam kajian tu, Dr Duursma kumpulkan data daripada 430 buah keluarga di US, semata-mata nak tengok apa efek pada anak kecil yang berusia bawah 3 tahun bila ibu dan ayah bacakan bedtime stories.
Kan biasanya ibu yang semangat sikit bab bercerita ni.
Namun rupa-rupanya, kalau ayah pun turut sama bacakan cerita, penguasaan bahasa anak akan jadi lebih hebat berbanding kawan-kawan dia yang lain.
Dr Duursma beritahu antara sebabnya ialah, bahasa yang orang lelaki kerap guna ni tak sama dengan orang perempuan.
Mak-mak pulak lebih suka menekankan bab emosi dan karakter. Lalu mak akan cenderung untuk ajar anak tentang benda-benda yang memang nampak jelas kat dalam buku.
Macam bab warna, abjad dan mengira. Contoh paling mudah kalau kat muka surat tu terpampang gambar ayam. Nanti mesti mak akan tanya,
“Tengok dalam gambar ni ada ayam. Cuba adik kira ada berapa ekor semuanya?”
Berbeza dengan orang lelaki.
Mereka ni selalunya lebih suka kaitkan bacaan tadi dengan pengalaman yang dialami sebelum tu.
“Haa, tengok gambar rusa ni. Ingat tak rusa macam ni lah yang abang hulurkan makanan masa kita pergi zoo hari tu?”
Teknik tu akan buatkan si kecil tu membayangkan sesuatu dari view yang lain lalu meransang mindanya berfikir lebih kreatif.
Dan yang paling best, perbezaan ni akhirnya saling melengkapi dan melonjakkan perkembangan minda budak bertuah tu jadi berkali ganda makin cerdik.
Sebab tu, kalau nak aktiviti membaca ni beri impak super hebat pada anak kita, pastikan sesekali ayah pun kena join bercerita sekali ye.
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
Kredit:Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI