Kencing manis semasa hamil seringkali terjadi. Pemilihan jenis sajian yang tepat penting untuk mengawal paras gula.
Ibu hamil amat memerlukan zat-zat nutrisi seimbang demi memastikan tahap kesihatan dan pertumbuhan bayi berada pada tahap optimum selaras dengan umur kehamilan. Keperluan nutrien semasa hamil meningkat terutamanya semasa trimester kedua dan ketiga. Selain karbohidrat, anda juga memerlukan protein, lemak, kalsium, asid folik, zink, Vitamin B, C, D, E dan pelbagai mikronutrien lain.
Menurut Dr Maiza Tusimin, Ketua Jabatan dan Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia, semasa hamil anda memerlukan lebih kurang 1,000mg kalsium setiap hari.
Menurut laporan USDA, ibu hamil disyorkan untuk mengambil 3 cawan susu atau produk tenusu setiap hari. Secawan susu mengandungi kira-kira 305mg kalsium. Maka, 3 cawan susu dapat membantu anda memenuhi keperluan kalsium harian yang diperlukan ketika hamil.
Susu merupakan sumber kalsium yang penting. Kalsium yang terkandung dalam susu penting untuk pembentukan gigi dan tulang bayi dalam kandungan. Selain itu, kalsium juga memiliki peranan penting dalam membantu melancarkan rangsangan pada saraf dan otot bayi. Selain kalsium, susu juga mengandungi vitamin D, nutrisi penting untuk mencegah masalah bayi kurang berat dan pertumbuhan bayi terbantut (IUGR) dan mengurangkan risiko ibu hamil mendapat penyakit preeklampsia.
Di samping itu, susu mengandungi asid folik dan DHA yang memainkan peranan dalam pembentukan saraf serta otak bayi. Perubahan fisiologi ketika hamil menyebabkan anda cenderung untuk mengalami masalah pedih ulu hati dan gastrik. Jadi, pengambilan susu dapat melegakan simptom ini kerana susu adalah sejenis antasid.
Umum mengetahui, kepentingan pengambilan susu ketika hamil, namun persoalan yang sering diajukan oleh ibu hamil adalah susu yang mana lebih baik? Jom ketahuinya
1. Susu penuh krim
Susu penuh krim memiliki hampir 3.5% kandungan lemak dan 149 kalori secawan. Ia juga mengandungi sekitar 5gm lemak tepu untuk satu cawan penyajian.
2. Susu lembu yang dipasteur
Pasteurisasi adalah satu proses pemanasan makanan atau minuman dengan tujuan membunuh organisma seperti bakteria dan ia juga adalah suatu proses untuk melambatkan pertumbuhan mikrob pada makanan. Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit (CDC), menyarankan agar semua wanita hamil menghindari makanan yang diperbuat daripada susu yang tidak melalui proses pasteurisasi.
3. Susu rendah lemak
Susu rendah lemak adalah pilihan yang tepat oleh ibu hamil. Di samping mengandungi nutrien dan zat yang mencukupi, ia juga rendah kalori. Malah, ia amat baik untuk ibu hamil yang menghidap penyakit kencing manis ketika mengandung (GDM).
Pengambilan susu rendah lemak yang dipasteur adalah disarankan supaya kenaikan berat badan tidak berlebihan daripada skala normal. Dalam pada itu, pengambilan susu yang diformulasikan khas untuk ibu hamil secawan sehari adalah tidak memudaratkan bagi ibu hamil yang tidak mempunyai apa-apa masalah perubatan.
Bagi ibu yang menghidap kencing manis ketika hamil (GDM) pengambilan susu formulasi adalah tidak digalakkan kerana ia mengandungi sukros yang boleh menyebabkan kawalan gula dalam badan ibu GDM menjadi tidak terkawal dan menyebabkan hyperglisemia.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mengapakah pengambilan makanan sihat penting semasa hamil? Tujuannya ialah untuk memastikan perkembangan janin yang sihat dan untuk mengekalkan kesihatan ibu.
Untuk memenuhi keperluan nutrien dan memastikan penambahan berat badan yang bersesuaian semasa hamil diperlukan jika:
Jika anda kurang berat badan, anda perlu menambah antara 12-18kg.
Jika berat badan anda normal sebelum hamil, anda perlu menambah antara 11-16kg.
Jika berat badan anda berlebihan, anda perlu menambah antara 7-11kg.
Jika kandungan anda kembar, anda perlu menambah lebih kurang 16-20kg.
Semasa hamil, berapa banyakkah yang perlu saya makan?
7 hidangan nasi/bijirin atau roti
3 hidangan sayur dan 2 hidangan buah (sekurang-kurangnya satu yang kaya dengan Vitamin C dan satu dalam Vitamin A)
2 hidangan susu atau produk tenusu
1 hidangan ikan, 1 hidangan daging/ayam dan 1 hidangan kekacang
6-8 gelas air, dan tidak lebih daripada satu cawan minuman ringan atau satu cawan kopi atau teh sehari
Apakah jenis makanan yang perlu saya makan lebih semasa hamil?
1. Kalori (tenaga) dan nutrien tambahan adalah penting untuk memenuhi keperluan perkembangan fetus dan tisu baru, terutama semasa trimester kedua dan ketiga.
Ads
Tenaga tambahan yang diperlukan semasa hamil
Trimester Kedua + 360 kcal/hari
Trimester Ketiga + 470 kcal/hari
Pilih makanan yang tinggi kandungan nutrien seperti :
Kalsium (susu, keju, dadih, sayuran berdaun hijau dan produk kacang soya)
Zat besi (hati, daging tanpa lemak, roti yang ditambah dengan zat galian dan kekacang jenis kering (seperti kacang peas)
Vitamin A (hati, susu, telur)
Vitamin B kompleks (hati, daging tanpa lemak, ikan dan susu)
Vitamin C (jambu, betik dan limau)
Asid Folik (sayuran berdaun hijau, hati dan kacang).
Ambil makanan tambahan mengikut saranan Doktor atau Pakar Pemakanan.
Jika menghadapi masalah ini, apakah patut saya lakukan?
Ads
‘Lactose intolerance’
Ibu boleh Cuba produk susu yang mengandungi rendah laktosa. Lebihkan pengambilan ikan yang mempunyai tulang yang lembut dan boleh dimakan (sardin, ikan bilis).
Minum susu kacang soya dan produk kacang soya. Ambil lebih sayuran seperti bayam dan kailan yang mempunyai sumber kalsium yang baik.
Loya (Morning Sickness)
Makan pada waktu makan yang teratur. Makan dengan amaun yang sedikit tetapi kerap.
Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak atau bergoreng. Minum banyak air.
Sakit ulu hati (Heartburn)
Makan dengan amaun yang sedikit tetapi kerap. Kunyah makanan dengan perlahan.
Elakkan berbaring sejurus selepas makan.
Sembelit (Constipation)
Minum banyak air. Ambil makanan yang tinggi kandungan serat (bijiran, bijirin penuh, buah-buahan yang tinggi serat dan sayuran).
Sentiasa aktif.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Biarpun kehamilan ini merupakan idaman setiap wanita, namun wanita harus bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan semasa hamil. Suami pula, masa inilah kena bantu isteri untuk mengurangkan rasa mual atau alahan semasa hamil.
Sebenarnya bukan semua wanita bernasib baik dapat menjalani proses kehamilan dengan normal sehingga melahirkan. Disebabkan oleh pelbagai faktor, ibu yang hamil ada kalanya tidak dapat mengelakkan diri dari menghadapi kemungkinan menghadapi pelbagai komplikasi sepanjang kehamilan termasuk alahan atau morning sickness.
Alahan semasa mengandung sering dikaitkan dengan simpton-simpton seperti muntah-muntah, pening kepala dan perut berasa sebu dan tidak selesa. Keadaan ini biasa berlaku apabila anda baru bangun dari tidur dengan mengalami sedikit pening dan muntah, namun ada juga yang akan mengalaminya sepanjang hari.
Kebanyakan wanita hamil mengalami alahan disebabkan oleh perubahan fizikal dan hormon pada badan. Ada juga pendapat yang mengatakan alahan mungkin disebabkan oleh ketidak seimbangan paras gula dalam darah.
Kebiasaannya, wanita mengandung akan mengalami alahan dalam trimester pertama. Apabila usia kandungan mencecah trimester kedua, alahan akan beransur-ansur hilang. Namun ada sesetengah wanita hamil mengalami alahan yang berlanjutan sehingga bersalin.
Jika wanita hamil mengalami alahan dalam jangka masa pendek, ia tidak akan menjejaskan kesihatan ibu dan bayi. Namun jika alahan anda terlalu teruk sehingga apa yang dimakan akan dimuntahkan kembali, bayi berkemungkinan akan kekurangan nutrisi untuk perkembangannya dan kesihatan ibu akan terjejas.
Ibu akan mengalami dehidrasi (kekurangan air dalam badan). Simptom dehidrasi ialah pening-pening, dahaga dan air kencing sedikit daripada biasa. Jika anda mengalami simptom-simptom ini, anda memerlukan rawatan dengan segera. Ibu yang mengalami dehidrasi biasanya akan diberi cecair dan suplemen tambahan melalui drip.
12 cadangan petua mengatasi alahan yang encik suami mesti tahu supaya dapat bantu isteri apa yang perlu buat dan sebagainya.
Kerap makan snek atau hidangan dalam kuantiti yang kecil supaya perut tidak kosong walau pun anda tidak lapar. Makan sedikit setiap dua atau tiga jam.
Makan apa sahaja yang anda mahu tapi elakkan mengambil makanan pedas, berlemak dan bergoreng.
Jika anda tidak tahan dengan bau yang kuat ketika memasak, buka tingkap dan kipas. Lebih baik jika orang lain yang memasak.
Hidu bau limau nipis, limau kasturi atau halia boleh meredakan perut yang berasa sebu atau tidak selesa.
Elakkan mengambil kafein dan merokok.
Minum air dengan kerap sehingga 12 gelas sehari.
Elakkan minum semasa makan serta sebaik sahaja sebelum dan selepas makan.
Pengambilan air halia boleh mengurangkan rasa mual.
Berehat secukupnya kerana alahan akan bertambah buruk apabila kepenatan.
Tidur sekejap disiang hari kerana biasanya pada trimester pertama, wanita mengandung kerap berasa letih dan mengantuk.
Buka tingkap rumah untuk pengudaraan yang baik dalam rumah.
Jangan gosok gigi sebaik sahaja lepas makan kerana ini boleh menyebabkan rasa mual.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apabila terjadinya pendarahan (bleeding), tentu ia menimbulkan kerisauan kepada ibu. Abby Abadi bimbangkan keselamatan kandungannya.
Dalam kemaskini Instagram, pelakon Abby Abadi berkongsi tentang keadaan terkini kandungannya. Abby mengkhabarkan dirinya sedang mengalami tekanan sehingga terjadinya pendarahan.
Ekoran pendarahan yang terjadi dia pada mulanya menganggap sudah tiada rezeki. Bagaimana pun, hasil ujian imbasan mendapati bayi dalam keadaan sihat.
“Hari ni hari Khamis, Abah free nak melayan Mama.
“Banyak benda na diuruskan hari ni. Harap ALLAH mudahkan jalan kami ?
“2/3hari ni Mama tensen, sampai bleeding.. ingatkan takde rezeki dah, gi scan kat Klinik Anda, syukur.
“Doktor kata baby meloncat-loncat lagi dalam perut ni.”
Selain itu, Abby turut memaklumkan kemungkinan ubat yang baru diambil tidak serasi dengan dirinya. Bahagian rahim dirasakan mengeras selama 2 hari dan menyebabkan rasa sakit.
“Bagitau Dr, saya makan ubat baru dan saya rasa tak serasi ubat tu dgn saya sebab 2 hari perut jadi sakit keras semacam.”
Doktor yang merawat memberikan ubat dan menyarankan Abby untuk berehat untuk menurunkan tekanan darah. Sekiranya tekanan tidak turun, Abby kemungkinan akan dimasukkan ke hospital.
“Doktor bagi ubat kurangkan tekanan & sekarang suruh rehat jap.. kalau tak turun juga tekanan darah ni, kena masuk hospital.”
Abby memohon para followernya mendoakan agar keadaannya bertambah baik dan berharap rezekinya menjadi kenyataan. Katanya ini adalah yang terakhir.
“Doakan saya ye. Doakanlah rezeki ini jadi kenyataan.. lassttt ni hihi”
Semakin ramai pasangan berkahwin kini cenderung memilih gaya hidup 'childfree', iaitu tidak mahu mempunyai anak. Trend ini dilihat membimbangkan.Walaupun keputusan ini dilihat sebagai hak...