Perubahan hormon yang berlaku selepas bersalin membuatkan ibu merasa tidak keruan. Perubahan badan yang bermacam ragam ini kalanya mendatangkan kerunsingan buat ibu. Mulalah ibu fikir macam-macam.
Apa sebabnya? Umumnya, keadaan ini berlaku pada ibu yang menyusukan anak mereka. Faktor hormon dan beberapa punca lain boleh menyebabkan gejala muncul pada ibu yang baru melahirkan anak.
1. Perubahan hormon dalam tubuh
Keadaan badan ibu selepas bersalin berubah secara drastik menyebabkan rembesan peluh berlebihan pada waktu malam. Jangan risau, ini bukan petanda buruk. Keadaan seperti ini akan berubah mengikut peredaran masa.
Dalam badan wanita hamil, hormon progesteron dan estrogen dihasilkan secara besar-besaran untuk menyokong pertumbuhan janin. Selepas bersalin, paras kedua-dua hormon ini serta-merta menurun dengan ketara. Turun naik hormon seperti ini mengubah suhu badan ibu, menyebabkan peluh berlebihan pada waktu malam.
2. Menyingkirkan simpanan air dalam badan
Semasa mengandung, tubuh ibu menyimpan banyak cecair di dalam badan. Tujuannya adalah untuk menyokong perkembangan janin di dalam rahim.
Selepas bersalin, cecair berlebihan ini sudah tentu tidak diperlukan lagi. Jadi, cecair tersebut akan dikumuhkan melalui kelenjar peluh dan air kencing secara besar-besaran selepas bersalin.
3. Hamil bayi kembar atau lebih
Punca seterusnya berpeluh malam selepas bersalin ialah mengandung anak kembar. Ibu yang mengandung anak kembar atau lebih biasanya mengeluarkan lebih banyak darah, membuatkan mereka lebih mudah berpeluh selepas bersalin seperti ini.
4. Penyusuan menyebabkan peluh malam
Ibu yang menyusukan bayi berkemungkinan mengalami perkara yang sama kerana proses penyusuan akan menyekat pengeluaran hormon estrogen, seterusnya menyebabkan rembesan peluh yang berlebihan.
5. Kekurangan cecair semasa mengandung
Jika ibu mengalami pengekalan cecair atau edema semasa kehamilan, terdapat potensi untuk lebih banyak peluh keluar. Pengekalan air atau edema adalah keadaan di mana badan menyimpan terlalu banyak air.
Ibu yang mengalami peluh selepas bersalin biasanya berpeluh secara berlebihan pada waktu siang dan malam selepas bersalin. Ini adalah mekanisme semula jadi badan di mana cecair berlebihan yang menyokong badan ibu dan janin semasa mengandung dikeluarkan.
Beberapa simptom lain yang disertakan termasuk:
* Bau badan yang kuat
* Kerap terjaga malam
* Terasa basah kuyup
* Cepat marah-marah
* Keletihan
Pun begitu, jika ibu selepas bersalin berpeluh dan mengalami ciri-ciri lain seperti demam atau pendarahan, sakit ketika membuang ai kecil dan sebagainya, segeralah berjumpa doktor.
Pastikan anda menghubungi doktor dengan segera jika anda mengalami sebarang gejala berikut:
* Demam atau suhu badan melebihi 38 darjah Celsius
* Keputihan yang luar biasa atau berbau busuk
* Pembekuan darah besar atau pendarahan berwarna merah terang lebih dari tiga hari selepas melahirkan
* Sakit atau terbakar ketika membuang air kecil
* Kesakitan, kemerahan atau pendarahan di tempat luka atau jahitan
* Kawasan merah di dada dan terasa hangat
* Kejang yang teruk
* Kesukaran bernafas, pening atau pengsan
* Berasa sangat tertekan atau cemas
Ibu yang peluh ketika malam hari selepas bersalin secara amnya akan berhenti dengan sendiri kerana keadaan fizikal anda semakin stabil. Walau bagaimanapun, jika peluh berlebihan disertai dengan gejala lain, jangan teragak-agak untuk berjumpa doktor!
Menarik: “Ikut Muka Mommy, Sebiji Sama”, CP Juliana Evans Kongsi Wajah Anak Kedua, Comelnya!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!