Ibu Kongsi 10 Aktiviti Sensori Anak 2 Tahun. Guna Bahan Yang Ada Di Rumah, Paling Penting Anak Seronok!

Share

Aktiviti sensori memang baik untuk si kecil. Apa yang dilakukan oleh ibu ini boleh anda tiru, Tak susah pun mana pun, sebab kebanyakan bahan-bahannya sudah ada di rumah. Paling penting anak seronok & enjoy!

Kanak-kanak memang belajar sambil bermain. Belajar sambil bermain (hands on) berpuluh ganda lebih mudah dikuasai berbanding dengan pembelajaran menggunakan teori semata-mata.

BERMULA DARI USIA 11-12 BULAN

Perkongsian ibu ini cukup mengujakan. Puan Sabariah Sareh Saad melakukan pelbagai aktiviti buat anaknya, Imani Syifa yang kini berusia 2 tahun. Ibu ini memulakan aktviti setelah anaknya mula memahami arahan iaitu lebih kurang pada usia 11-12 bulan. Pada permulaannya hanya permainan yang mudah sahaja disediakan. Selepas melihat anak makin menguasai/ improve dia kemudian menukar kepada aktiviti yang sesuai mengikut penguasaan skil dan usia.

ELAK PEMBAZIRAN MASA DENGAN GAJET

“Aktiviti-aktiviti ini saya lakukan bersama Imani untuk mengelakkanya bermain gajet. Selain itu saya nak latih penuh skill. So tak ada lah membazir masa childhood main gajet  sahaja. Nak anak membesar sama macam kita dulu-dulu,penuh dengan aktiviti bermain je masa kanak-kanak,” katanya.

BUAT RUJUKAN & CARI AKTIVITI DISUKAI ANAK

Sabariah mengakui dia banyak merujuk Pinterest untuk mendapatkan idea aktiviti untuk anaknya. Dia perlu memilih aktiviti yang disukai Imani iaitu yang banyak warna dan messy play. Si kecil ini kurang gemar aktiviti rutin yang ‘skema.’

Berikut ialah 10 aktviti yang disediakan olehnya kepada anak. Serius ia memang menyeronokkan & si kecil Imani nampak enjoy aktiviti yang direncanakan ibunya.

#1: Aktiviti Masak Donut Pelbagai Warna

Manfaat aktiviti:-
-anak lebih fokus dan membantu otot tangan untuk lebih kukuh memegang sudu semasa makan.
-boleh kenal pelbagai warna
-aktiviti yang meningkatkan kordinasi mata dan tangan.
-menambah “vocab anak” terutama yang baru belajar bercakap.

#2: Aktiviti Bermain “Tangkap Haiwan Dalam Air

Manfaat Aktiviti :-
-menambah “vocab”anak terutama umur yang tengah belajar bercakap.
-menguatkan kordinasi tangan dan mata semasa mencedok.
-dapat melihat kreativiti anak-anak.

#3: Aktiviti Masukkan Tali dalam Straw Minuman

Manfaat aktiviti:
-menguatkan tahap fokus anak.Anak akan cepat pandai kontrol item kecil2 jika mahir aktiviti ini.
-menguatkan otot tangan dan jari.
-melatih anak menjadi sabar.

#4: Aktiviti Menanam Pokok

Manfaat aktiviti:

-meningkatkan kemahiran motor kasar dan halus.
-bagus untuk sensori proses -lihat,sentuh dan rasa pelbagai tektur.
-meningkatkan tahap kreativiti anak.
-melatih anak lebih fokus
-anak dapat mencuba sesuatu yang baru.

#5: Aktiviti Bermain Dot-a-Dot Menggunakan Play-Doh

Manfaat aktiviti:-
-bagus untuk anak lebih fokus
-meningkatkan kemahiran motor kasar dan halus.
-bagus untuk kordinasi mata dan tangan.
-“bonding time”.
-bonus anak bole belajar lebih banyak perkataan dan jugak belajar mengira asas secara tak langsung.
-bagus untuk kembangkan kreativiti anak

#6: Aktiviti Bermain Menyusun Getah (Rubber Band)

Manfaat aktiviti :-
-menguatkan otot tangan(mudah bagi dewasa regangkan getah,tapi bagi Budak ² regangan getah perlukan otot tangan yang kuat).
-anak belajar menyusun secara tak langsung (sorting).Asingkan ikut warna.
-anak belajar matematik secara tak langsung(anak2 anak mengira 1-10 semasa aktiviti-ikut umur anak juga ye)
-mengembangkan kreativiti anak-anak.
-bagus untuk kordinasi mata dan tangan.

#7: Aktiviti Masukkan Beras Menggunakan Corong (Funnel)

Manfaat aktiviti -tingkatkan motor skill anak.
-latihan untuk lebih fokus dan sabar.
-bagus kondinasi mata dan tangan.
-bagus untuk latihan “sensory skill” (elak anak jadi penggeli) beras kalau melekat kat tangan sesetengah anak jadi rimas dan geli lagi2 jika melekat di tapak kaki.
– tingkatkan kreativiti anak.

#8: Aktiviti Menyidai Pakaian

Manfaat aktiviti :-
– melatih otot tangan untuk memudahkan anak menulis bila sekolah nanti.

-anak akan belajar menyidai pakaian dan menyepit pakaian yang disidai untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

-Kawalan jari yang baik dan kekuatan jari tangan sangat diperlukan untuk memicit penyepit baju tersebut.

-Kawalan jari tangan yang baik serta jari jemari yang kuat untuk menyepit pakaian menggunakan penyepit pakaian ini menunjukkan peningkatan kemahiran motor halus anak. (Fine motor skill)

#9: Aktiviti Bermain “Membungkus & Menjual Makanan”

Manfaat aktiviti :-
-anak akan dapat mengenal pelbagai jenis makanan dan “vocab”anak akan bertambah
-pahamkan anak konsep jual beli (senang la Mama nak suruh pegi kedai besar nanti ?)
-membalut makanan tu meningkatkan “fine motor skill” – melipat dan keronyok kertas pembalut.
-meningkatkan ransangan pendengaran,visual dan sentuhan untuk kanak-kanak.
-bole ajar anak mengira juga (asas nombor) mengikut tahap umur anak.

#10: Aktiviti Menggunting Rambut Patung Kertas

Manfaat aktiviti:-

-Melatih motorik dan sensorik. Ketika anak mengenal dan akhirnya menggunakan gunting untuk memotong kertas, maka skill motoriknya dilatih, terutama pada otot-otot telapak dan jari-jari tangan.Anak akan menyentuh, memegang dan menggunakannya.
-melatih anak menjadi sabar dan fokus.
-Belajar menggunakan kekuatan. Saat anak memotong kertas dengan gunting, maka anak belajar bagaimana mengendalikan gunting.
-ajar anak lebih yakin.Walaupon hasil tak seberapa hasil menggunting tu,tapi sila bagi sokongan kepada anak.

Sumber: bayapopo

Published by
Azma ML