Nasi bijirin yang kaya dengan khasiat. Nasi berlebihan semalaman jangan dibuang, pelbagaikan kegunaannya dengan menghasilkan sajian buat si kecil.
Nasi mengandungi nutrien seperti karbohidrat, protein, fosforus, selenium dan zat besi. Kebanyakan kanak-kanak tidak gemar sajian nasi yang kosong. Jadi ibu perlu mempelbagaikan cara masakan dan bentuk supaya selera si kecil boleh ditambat. Makan nasi tanpa mereka sedari!
Ibu ini, Syida Dea Lurve’ A berkongsi tentang sajian nasi yang disediakan olehnya untuk si manja
Breakfast Opa hari ni Crispy Rice Patties sebab semalam punya nasi tak laku ?. Ok alang-alang tu nak share terus antara menu Opa yang guna leftover rice. Tahu tak kebaikan dan khasiat nasi sejuk semalam tu?
Kata nya nasi sejuk tu prebiotik. Tau kan prebiotik and probiotik tu penting untuk usus yang sihat? Immune yang kuat datangnya dari usus yang sihat. So jangan takut-takut nak guna nasi sejuk (selagi tak basi la kan) as long as anak anda tak ada masalah GERD atau kembung perut ok?
Berikut ialah resepinya;
Cheesy rice egg muffin
- masukkan capsicum, udang cincang, nasi, baby spinach dalam muffin tray
- pukul telur. Season dgn garlic powder and sedikit lada hitam. Boleh jugak nak letak serbuk ikan bilis
- masukkan telur ke dalam tray. Jgn penuh sgt. Tabur cheese. Tabur parsley flakes.
- bakar dalam oven. 180°c 15minit. Siap.
Nasi goreng simple
- Tumis bawang merah, bawang putih cincang sampai garing.
- Pecah telur and hancurkan. Perasakan dgn serbuk bilis. And masuk nasi. Gaul sebati. Siap
Rice omelette
- Pukul sebiji telur.
- Masukkan sayur pilihan and nasi.
- Gaul sebati and goreng mcm telur dadar. Siap
Jejari cucur nasi
- Blend nasi, udang dgn sikit air
- Masukkan dalam mangkuk. Tambah sikit tepung. Macam nak buat jemput kepekatan adunan dia ya.
- Campur la sayur mayur apa yg nak. Mama campak daun kucai, carrot je.
- Gaul adunan sebati. Masukkan adunan dalam plastik bersih and gunting hujung plastik tu (mcm cara piping org buat kuih tu).
- Dengan minyak panas and byk, pipe adunan terus ke dalam minyak panas. Potong ikot size yg sesuai. Biar garing and angkat toss minyak siap.
Baked cheesy rice
- Blend baby spinach, nasi and cheese.
- Masukkan dalam cup cake and bakar 180c 25mins. Dah siap
Nasi goreng seafood
- Tumis tomato paste (blend bawang merah, tomato, bawang putih and capsicum) sampai pecah minyak. Masukkan serai and daun limau purut.
- Masukkan udang. Gaul sebati
- Masukkan nasi. Gaul2 and goreng sampai nasi agak garing. Siap
Sumber: Syida Dea Lurve