Ibu kongsi kisah anak 4 tahun lemas kolam -“Saya tak tahu doa siapa akan diangkat dan  dimakbulkan Allah. Niat Nurul Izzati Barni, berkongsi kisah pilu tentang anak bongsunya yang sedang bertarung nyawa bukanlah untuk meraih simpati.

Ibu Kongsi Kisah Anak 4 Tahun Lemas Kolam

Sebaliknya, ia dilakukan dengan harapan mendapat doa daripada masyarakat yang tersentuh dengan nasib anaknya, Che Umar Rais Che Fairollah, 4 tahun.

 

Ibu Kongsi Kisah Anak 4 Tahun Lemas Kolam -“Saya Tak Tahu Doa Siapa Akan Diangkat & Dimakbulkan Allah”

 

Ibu Kongsi Kisah Anak 4 Tahun Lemas Kolam -“Saya Tak Tahu Doa Siapa Akan Diangkat & Dimakbulkan Allah”

Selama hampir lima bulan, ibu kuda berusia 30 tahun itu setia menanti keajaiban Tuhan untuk anaknya yang kini berada dalam keadaan separa kritikal selepas insiden lemas dalam kolam.

“Saya Tak Tahu Doa Siapa Akan Diangkat Dan Dimakbulkan Allah”

Rutin hariannya bermula seawal jam 9 pagi hingga lewat malam di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Beliau menguruskan keperluan Umar, termasuk memandikan, mengurut, dan memberi perhatian penuh sebelum pulang ke rumah.

“Saya hanya mampu melakukan apa yang termampu sebagai seorang ibu. Kita tidak tahu doa siapa yang akan dimakbulkan Allah, jadi perkongsian ini hanyalah untuk memohon doa mereka yang tersentuh dengan keadaan Umar,” katanya.

@adikcik_94ibu seronok tengok umar tidoq tenang je ibu rasa♥️♬ original sound – adikcik_94

Berpegang Pada Naluri Seorang Ibu

Nurul Izzati kekal yakin bahawa Umar akan kembali pulih walaupun proses pemulihan mungkin mengambil masa. Malah, naluri keibuannya menjadi kekuatan utama untuk terus berdoa dan berikhtiar.

“Saya masih ingat satu ketika darah Umar tiba-tiba turun mendadak. Doktor meminta kami sekeluarga untuk bersedia dengan kemungkinan terburuk dan reda. Namun, saya berbisik kepada Umar bahawa saya reda jika Allah lebih menyayanginya.

Ads

Ibu Kongsi Kisah Anak 4 Tahun Lemas Kolam -“Saya Tak Tahu Doa Siapa Akan Diangkat & Dimakbulkan Allah”

Tetapi jika Allah memberi peluang untuk Umar terus hidup, kami akan lakukan apa sahaja demi dia. Alhamdulillah, darahnya kembali stabil ketika itu. Sejak detik itu, keyakinan saya terhadap keajaiban Allah semakin kuat,” jelasnya, yang kini menganggap hospital seperti rumah keduanya.

Ibu Kongsi Kisah Anak 4 Tahun Lemas Kolam -“Saya Tak Tahu Doa Siapa Akan Diangkat & Dimakbulkan Allah”

Kejadian Lemas Yang Mengubah Segalanya

Pada September 2023, percutian keluarga bertukar menjadi ujian besar apabila Umar lemas di dalam kolam. Ketika dibawa ke hospital, nadinya telah terhenti selama hampir lima minit. Keadaan itu membuatkan doktor menjangka peluang Umar untuk hidup amat tipis. Namun, doa dan kuasa Allah memberikan keajaiban apabila nadi Umar kembali berdenyut.

“Umar ditempatkan di zon kritikal dan pada awalnya langsung tidak menunjukkan sebarang pergerakan. Tetapi pada hari ke-19, dia mula menggeliatkan badannya. Sejak itu, saya terus berusaha dan tidak berhenti berdoa untuknya,” kata Nurul Izzati.

Kini, walaupun Umar masih bergantung kepada bantuan oksigen, perkembangan positif mula kelihatan. Bagaimanapun, doktor masih memantau keadaan anak matanya yang belum memberi tindak balas apabila disuluh.

“Saya faham doktor menjalankan tugas mereka, tetapi saya percaya kuasa Allah mengatasi segala-galanya,” katanya. Nurul Izzati juga berusaha memberikan makanan tambahan bagi membantu proses pemulihan Umar.

Ibu Kongsi Kisah Anak 4 Tahun Lemas Kolam -“Saya Tak Tahu Doa Siapa Akan Diangkat & Dimakbulkan Allah”

Kerinduan Abang Dan Kakak

Dua anak Nurul Izzati yang lain turut merindui kehadiran Umar di rumah. Mereka sering bertanya bila dapat berjumpa adik mereka di hospital. Malah, setiap kali membeli mainan, mereka akan teringatkan Umar dan berharap dapat berkongsi kegembiraan bersamanya.

Ads

“Saya selalu pesan kepada mereka, jika benar sayangkan Umar, jangan lupa doakan kesihatannya setiap kali selepas solat. Doa mereka sebagai abang dan kakak sangat bermakna untuk Umar,” katanya penuh emosi.

Ibu Kongsi Kisah Anak 4 Tahun Lemas Kolam -“Saya Tak Tahu Doa Siapa Akan Diangkat & Dimakbulkan Allah”

Hargai Mereka Yang Prihatin

Nurul Izzati turut meluahkan rasa terima kasih kepada semua yang telah menghulurkan sumbangan dan doa sepanjang tempoh sukar ini. Sokongan tersebut menjadi sumber kekuatan untuknya terus menjaga Umar dengan penuh ketabahan.

“Saya amat menghargai setiap bantuan yang diberikan. Doa dan sokongan orang ramai benar-benar memberikan saya semangat untuk terus kuat. Semoga doa-doa ini membantu Umar kembali sembuh,” tambahnya.

Kisah ini menggambarkan betapa besarnya kasih seorang ibu terhadap anaknya dan kepercayaan penuh kepada kuasa doa. Semoga Umar diberikan kesembuhan dan keluarga ini terus diberi kekuatan menghadapi ujian hidup.

Sumber: Berita Harian dan TikTok adikcik_94

Baca artikel lain juga: Kanak-kanak Lelaki 2 Tahun Lemas, Terjatuh Dalam Tasik

Kanak-kanak Perempuan Austime 5 Tahun Lemas Di Taman Tema Air

Ads

 

 

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my

 

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI