Sejak wabak Covid merebak, hampir keseluruhan cara hidup kita sebelum ini berubah. Semuanya perlu faham dan akur dengan keadaan semasa. Dulu mungkin kita tak pernah pun terfikir tapi sekarang tetap perlu hadapinya.
Dalam kalangan ibu hamil yang menunggu masa untuk bersalin, tempoh ini dianggap sukar dan tak boleh nak bayangkan macam mana nanti bersalin dan urus anak sendiri ketika dalam wad.
Soalan yang biasa ditanya, macam mana saya nak bersalin musim PKP ni? Betul ke tak boleh ada peneman dan sebagainya.
Berikut adalah perkongsian dari Puan Dalila Amli yang berkongsi pengalamannya bersalin anak sulung pada 7 Januari secara pembedahan dan semua diuruskan sendiri.
Ramai yang nak tahu macam mana keadaan bersalin masa tengah covid ni kan? Ok saya share ye. Semoga dengan perkongsian ni, dapat bagi ibu-ibu yang tunggu hari nak bersalin bersedia mental dan fizikal ya. Dan didoakan dipermudahkan segala urusan.
Fyi, ni pengalaman saya dekat Hospital Selayang, kelas ke-3. Hospital lain tak pasti. Boleh tanya dulu untuk kepastian.
Ads
1) Katil wad limited
Masa musim Covid ni, hospital memang agak padat. Jadinya, kekurangan katil. Kalau kita datang register, kita memang akan kena tunggu giliran untuk dapat bagi katil. Tiada jaminan dapat awal atau lambat. Kecuali kalau ada kelas ke-2 atau kelas pertama, siapa nak, pihak hospital akan tawarkan.
2) Tak boleh teman/melawat
Suami/mak/adik beradik pun tak dibenarkan teman atau melawat. Walaupun dalam labour room pun suami tak dibenarkan teman. Semuanya sendiri. Hanya ibu dan bayi sahaja. Suami boleh datang untuk ambil uri dan azankan bayi sahaja. Walaupun kelas pertama, kelas kedua atau FPP pun sendiri. Suami tak boleh teman.
3) Hantar barang hanya bagi pada guard
Ads
Kalau suami nak hantar barang, boleh pass pada guard. Suami memang tak dibenarkan masuk. Untuk memudahkan guard pass barang kat kita, boleh suruh suami tulis nama, no katil dan no wad siap-siap di kertas. Jadinya tak perlulah guard tu tercari-cari. Kita mudahkan urusan guard.
4) Suami tunggu di lobi
Sementara kita nak tunggu dapat katil, suami tetap tak boleh teman ye. Apabila dah daftar, dah tukar baju hospital, terus kita tak boleh ke mana-mana.
– Dinasihatkan, sementara belum dapat katil, tak payah bawa barang banyak-banyak dulu. Dah masuk wad baru minta suami hantarkan beg.
Suami masuk azankan sekejap dan ambil uri
Kesimpulannya, dari A-Z memang ibu dan bayi sahaja dalam wad. Tak ada bantuan dari ahli keluarga. Memang agak struggle sikit tapi semuanya ok. Syukur juga sepanjang dalam wad jururawat dan ibu-ibu lain sama-sama tolong uruskan bayi.
Memandangkan semuanya sendiri-sendiri, kalau kita kuat sikit, bantu-bantulah jiran-jiran katil. Kasihan lagi-lagi kalau lepas czer. Selagi ubat bius belum habis, tak boleh bangun, dengan bayi menangisnya lagi. Jadinya, kita saling bantu membantu.
**Teringin nak beli barangan anak pada harga yang berbaloi, klik di sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sesekali tu, cuba periksa mulut anak-anak kita. Nak tengok ada ke tidak TANDA-TANDA AWAL gigi berlubang. Tak susah pun. Cuma angkat bibir dan tengok pada permukaan gigi.
Gigi yang bersih warna macam putih susu. Tanda awal gigi rosak ialah adanya TOMPOKAN PUTIH/KUNING pada permukaan gigi berdekatan dengan gusi. Jika ada, jangan abaikan. Bawalah anak-anak anda berjumpa doktor gigi.
Mengenal pasti tanda awal gigi berlubang boleh mencegah gigi daripada menjadi lubang yang lebih besar dan teruk.
Kena Risau Bila Nampak Tompok Putih Di Gigi Anak
Lagi satu soalan yang biasa ibu bapa tanya gigi susu anak saya ada tompok putih. Perlu ke saya risau?
Perlu.
Tompok putih itu tanda awal gigi susu nak rosak. Lapisan enamel menipis. Biasanya terdapat di kawasan berdekatan gusi. Dalam keadaan tertentu, tompok putih ini boleh hilang dengan penggunaan flourida.
Kebanyakan ibu bapa faham gigi berlubang bila warnanya coklat atau kuning atau hitam. Tapi tak ramai sedar tompokan putih itu tanda-tanda awal bermulanya gigi rosak.
Gigi yang sihat warna putih susu. Permukaannya licin. Berbeza dengan warna tompokan putih itu.
Di peringkat Kementerian Kesihatan, semua misi dan doktor gigi perlu menjalani latihan untuk mengesan tompok-tompok putih ini. Kita mahu mencegah dari awal supaya tompok putih ini tidak merebak menjadi karies. Sapuan flourida akan disapu pada gigi-gigi yang berkenaan.
Kalau tompok putih ini dibiarkan, lama kelamaan akan menjadi kuning dan coklat.
Tompok kuning atau coklat tanda gigi sudah berlubang. Kawasan sekeliling tompok kuning/coklat akan menjadi semakin rapuh. Wajib jumpa doktor gigi dah!! Jangan biarkan.
Peringkat karies teruk boleh membahayakan anak-anak. Gusi bengkak. Muka bengkak kalau dibiarkan. Boleh juga menyebabkan gigi dicabut awal.
Oleh itu pentingnya untuk bawa anak-anak periksa gigi bermula gigi susu pertama tumbuh, dan diikuti setiap 6 bulan. Penting juga untuk ibu bapa sentiasa membantu anak-anak membersihkan gigi mereka setiap hari.
“Kena kuarantin dua hari.” Itu yang dikongsikan oleh pelakon, Shakilla Khoriri yang baru-baru ini menjalani ujian saringan wabak Coranavirus atau COVID-19 selepas mengalami demam panas dan batuk-batuk.
Terdahulu Shakilla bersama suami, penyampai radio Fizi Ali dan anak mereka, Ameena Sofia bercuti di Eropah lebih dua bulan lalu.
“Sekembali dari bercuti di Eropah, saya dan anak bergilir-gilir demam. Sekejap demam dan sekejap baik.
“Kemudian saya ada juga penuhi beberapa komitmen lain selepas itu. Awalnya saya sangka ia berlaku disebabkan perubahan cuaca dan sebagainya.
“Kemudian suhu badan naik ditambah dengan batuk. Terfikir, simptom-simptom (wabak Coronavirus) seperti ada.
“Saya ambil inisitif ke hospital dan doktor menasihatkan saya untuk jalinan ujian saringan.
“Saya ada beritahu tekak seperti ada luka gara-gara batuk.
“Ketika ujian, doktor ada bertanya sama ada saya ada ke luar negara dan sebagainya. Saya beritahu kami sekeluarga ke Eropah Januari lalu dan saya ada ke Pahang juga selepas itu.
“Ketika itu badan saya panas dan ada ketikanya mengigil.
“Darah saya juga turut diambil bagi mengesan punca, termasuk melakukan pemeriksaan di bahagian tekak, hidung dan telinga,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk Mayya Baby di Ruang, Shah Alam.
Bagaimanapun sejurus ujian dilakukan, Shakilla menarik nafas lega apabila dia disahkan bebas dari wabak berkenaan.
“Alhamdulillah saya disahkan negatif coranavirus. Akan tetapi saya perlu menjalani kuarantin di rumah selama dua hari.
“Ketika itu pun saya elakkan dari bersentuhan dengan anak untuk keselamatannya,” jelasnya yang kini kian mengutamakan soal kebersihan serta penjagaan diri sekeluarga.
Terdahulu menerusi instagram, Shakilla berkongsi mengenai hal yang sama beberapa hari lalu.
Sambil memanjat rasa syukur dia turut menyatakan mengenai nikmat kesihatan yang dikurniakan Yang Maha Esa.
Betullah duit tak boleh beli SIHAT. Nikmat waktu sihat ini sangat-sangat berharga cuma kita tak sedar. Alhamdulillah untuk kehidupan hari ini. Kesihatan yang baik, perjalanan yang baik dan pertemuan yang baik.
Tahniah diucapkan buat usahawan dan pengacara, Neelofa yang selamat bersalin seorang bayi lelaki pada 11 Julai (Selasa) lalu.
Menerusi Insta Story, Neelofa meluahkan rasa syukur kerana telah selamat melahirkan anak lelaki keduanya pada jam 10.45 malam kelmarin.
“Alhamdulillahi rabbbil alamin, tanggal 11 Julai 2023 jam 10.45 malam menjadi hari yang penuh berkat dan rahmat bagi keluarga kami.
“Putera kedua tercinta kami menjengah dunia dalam keadaan sihat walafiat,” kongsi Neelofa.
Bahkan isteri kesayangan PU Haris ini juga turut mendoakan agar perjalanan anak keduanya ini dipermudahkan.
“Semoga kehadirannya selalu membawa keberkatan bagi keluarga kami, menjadi anak yang soleh, berbakti pada orang tua, berguna pada agama, keluarga, nusa dan bangsa.
“Mohon doa agar anak kedua kami ini membesar dengan baik dan cerdas., diberi kesihatan dan umur panjang. Amin.
“Dan semoga kami mampu menjadi ibu bapa yang baik dalam mendidik dan membesarkannya. Insyaallah,” tulis Neelofa menerusi Insta Storynya sejam yang lalu.
Bahkan menerusi satu lagi entri berlainan, ujar Neelofa yang kini sedang berpantang bakal berkongsi nama anak keduanya pada hari ketujuh kelahirannya kelak.
“Nama hari ketujuh kita umum insyaallah,” tulisnya lagi.
Terdahulu, Neelofa turut dimasukkan ke hospital sebelum ini atas nasihat doktor sebelum melahirkan cahaya mata keduanya pada Selasa lalu.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.