Setiap ibu yang menyusukan anak mesti akan melalui fasa putus susu atau cerai susu bermula usia anak 2 tahun atau awal sikit disebabkan bakal dapat adik atau masalah tertentu. Bagaimanapun kebanyakan ibu tak sanggup nak tengok anak menangis!
Ibaratnya hati ibu yang nak ‘wean off’ ini masih belum kental untuk berdepan situasi ini tambah pula dengar rengekan manja anak. Ada macam-macam petua yang orang dulu amalkan tetapi ada ibu rasa tak sampai hati nak buat sebegitu kan?
Bagi ibu dalam fasa nak ‘wean off’ anak, apa kata cuba tip yang dikongsikan oleh Puan Alina Adenan yang berjaya melalui tempoh ini dengan mudah dan anaknya mudah faham tanpa sebarang ‘drama’ sedih.
Tak sangka betul boleh wean off Alisya masa dia umur 2 tahun sebulan. Kalau ikutkan, anak bertuah sorang ni overly attached jugak dengan mama.
Even sampai dia nak masuk 2 tahun hari pun, memang kena direct feeding setiap kali sebelum tidur. Penat dia tak payah cerita laa. Dengan sakit pinggang, sakit badan.
Biar je dia tidur dengan segala animal yang dia ada. At least, dia tak rasa alone.
Belum lagi malam-malam dia bangun. Tak jalan kalau tepuk jer, mesti nak breastfeed jugak untuk calm kan dia. Fuh. Semput betul rasa.
Jadi memang decide untuk wean off awal sebab mama nak enjoy! Hahaha. So hari-hari cakap dengan husband, cari idea nak wean off. Uwan dia siap bagi suggestion letak macam-macam laa dekat breast.
Yang kita ni tak sampai hati. So last-last haritu kakak ada datang rumah. Kebetulan time dia nap time tengah hari tu dalam kereta.
Bila mama pegang, memang dia mintak laa sebab tau waktu tidur. So terus switch. Mama bawak kereta, kakak pegang dia.
So kakak try tepuk-tepuk dan sembang, tau-tau lelap. Sampai rumah, terus angkat, sambung atas katil. Malam tu, keluar jugak jalan, agak nya dia dah penat, jadi ayah dia pegang and tepuk-tepuk, lelap jugak dalam kereta.
Tadaa. Survive day 1. Day 2 terus repeat. Siang tu, kakak jugak yang tidurkan dia. Dan malam, ayah yang tidurkan.
So yeahh. Mama share laa sikit 10 tips untuk ibu yang tengah cuba untuk wean off. Ada orang senang je, ada orang struggle, sebab tiap-tiap anak demand dia beza kan? So mana yang rasa sesuai, boleh try!
Ads
1) Kena beritahu anak awal-awal
– Kakak/abang dah besar, lepas ni tak boleh nen dengan mama tau.
– Tengok JJ, malam2 dia sleep sendiri.
– Tengok Omar Hana, dia sleep sendiri je.
– Bagi contoh yang terdekat. Cartoon favorite anak-anak.
2) Bagi tidur dengan orang lain dulu.
– Anak ni kalau dengan mak, mengada lebih sikit.
– Boleh try sehari dua dengan ayah dia, atok nenek.
Ni masa awal-awal. Orang lain yang peluk bagi tidur. Time ni tak bawa carseat sebab guna kereta lain.
3) Perkenalkan susu fresh milk.
– Elakkan susu formula (Susu formula ni banyak gula je sebenarnya.)
– Fresh milk yang di pasteurised boleh bagi lepas anak umur setahun.
4) Bagi anak minum guna cawan.
– Guna cawan kaca pun good.
– So anak rasa excited and rasa dia macam dah besar.
Ads
Bagi guna cawan kaca. Rasa macam budak besar
5) Selalu puji anak.
– Anak mama dah besar, minum susu guna cawan.
– Borak dengan bear dia. ‘Bear tau tak, Alisya ni dah besar. pandai minum susu guna cawan’.
6) JANGAN SEBUT, JANGAN OFFER UNTUK BREASTFEED
7) Bila anak macam sedih atau sebut, alih perhatian anak.
– Pastikan anak kenyang.
– Make sure sebelum nap time tu, anak ada snack.
– Sebelum tidur malam, anak dah dinner.
9) Guna kaedah bercerita /zikir.
– Ni untuk kita ‘mamaikan’ anak.
– Then wajib laa buat-buat tidur. (Kadang-kadang tertidur sekali. hahah)
Bgi dia ambil sendiri air masak dekat water dispenser korang tu. Kita encourage dia jadi independent.
10) WAJIB KUAT SEMANGAT.
Ads
– Suami kena bagi support.
– Ibu kena ready mental fizikal.
– Kalau ibu harini berjaya, esok tu kesian, lusa sambung balik, anak akan rasa main-main jer.
Harini genap 2 minggu Alisya wean off. Dia tak sebut langsung. And now slowly dia cakap tak nak susu cawan pun bila offer. Sebab dia dh kenyang makan rasanya.
Tapi no worries tauu. Lepas 2 tahun, susu tak wajib pun untuk anak minum hari-hari. Kalsium ada jugak dalam real food yang lain. Tapi if nak bagi jugak pun tak ada masalah. Boleh tengok tik tok ni jugak. Boleh support jugak supaya tips ni membantu untuk parents yang tengah usaha for wean off. (https://vt.tiktok.com/ZSdeteYWn/?k=1)
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan ibu sahaja yang kena bersedia dengan ilmu untuk bergelar ‘mama’, papa juga perlu siapkan diri dengan ilmu sebelum lahirnya anak pertama. Alasan utamanya kerana papa adalah idola anak-anak. Jadi pada suami yang bakal bergelar papa kena siapkan diri.
Menurut Dr Taufiq Razif, ilmu keibubapaan sebenarnya teramatlah penting dalam sesebuah rumah tangga. Beliau turut menyenaraikan 7 kesan buruk yang patut suami tahu dan sebaiknya elakkan.
Kesan Buruk Bila Suami Tak Belajar Ilmu Keibubapaan
1. Suami akan kurang EMPATI dalam rumahtangga
– Dengan empati ni la suami boleh rasakan kesusahan membesarkan anak dan keperitan membuat kerja rumah yang tak pernah surut
– Empati ni juga sangat penting bila berhadapan dengan anak anak. Kadang kadang kita duk tengking anak yang mengamuk padahal mungkin anak kita sebenarnya mintak perhatian atau kurang dibelai
– Anak anak tak pandai nak luah apa yang mereka rasa jadi kita sebagai mak ayah la yang perlu ada sifat empati yang kuat supaya kita boleh rasa apa yang anak kita rasakan
2. Suami cenderung gunakan kekerasan & tengkingan
– Cara tercepat nak diamkan anak yang meragam adalah dengan menengking dan membentak anak kita sekuat kuatnya
– Sesiapa yang tak belajar ilmu keibubapaan/parenting akan cenderung gunakan pendekatan tengking tersebut sebab benda ‘instant solution’ pada masalah anak yang suka meragam
– Padahal kesan jangka masa panjang adalah sangat dasyat. Emosi anak akan terganggu, otak dan psikologi anak juga akan terkesan!
3. Suami panas baran
– Tanpa ilmu keibubapaan yang betul, suami akan cenderung melepaskan emosi di tempat kerja kepada anak anaknya sendiri
– Ramai beranggapan yang anak anak kecil ni mampu serap tekanan dan kegeraman daripada mak ayahnya sendiri padahal anak kecil ni lah makhluk yang paling ‘fragile’ dan lemah ketahanan mindanya!
4. Suami terlupa nak jadi Icon
– Tugas suami bukan sahaja sebagai leader ataupun ketua dalam rumahtangga
– tugas suami juga adalah untuk menjadi icon ataupun idola terbaik untuk anak anaknya
– Suami yang tahu tentang ilmu ni akan sensitif dengan gerak geri dan perkataan mereka pada isteri mereka di rumah kerana mereka tahu anak anaknya sedang memerhati. Ingat, anak anak kita adalah CCTV terhebat di dunia!
5. Suami lupa jaga bonding dengan anak
– Suami yang terlalu sibuk bekerja memang akan cenderung lupa untuk fokus pada anak anak
– Tanpa ilmu keibubapaan yang betul, para suami takkan sedar tentang benda ni sehingga lah anak anak mereka menjadi pemberontak dan dah jauh terpengaruh dengan kawan kawannya
– Kenapa? Sebab bonding kawan kawan anak kita tu lebih kuat daripada bonding mak ayahnya sendiri dah! Masa tu nak menyesal pun dah tak berguna!
6. Suami cenderung salahkan si ibu
– Memang ibu adalah madrasah pertama si anak. Tu memang tak boleh nafi
– Cuma kita kena tahu dalam satu madrasah, kena ada imam dan warden untuk membantu. Siapa lagi imam dan warden madrasah rumahtangga kalau bukan si suami?
7. Suami terlalu manjakan anak
– Tanpa ilmu keibubapaan yang betul, kita sendiri pun akan cenderung memberikan semua yang anak kita minta
– Itulah sebenarnya bermulanya kerosakan pada anak kita. Anak yang diberikan semua yang mereka minta akan cenderung untuk tantrum, naik kepala dan tak boleh terima penolakan ( rejection control )
Sebagai ibu bapa kadang-kadang kita buntu apa yang harus dilakukan apabila anak-anak susah nak mendengar kata. Pelbagai cara sudah dilakukan dan semuanya tak jalan? Apa lagi yang perlu dilakukan? Ikuti perkongsian artikel ini.
“Doktor, anak saya ni tak dengar kata. Ada cara tak nak bagi dia dengar kata?”
Jika nasihat dan teguran tak berkesan untuk mengubah tingkah laku anak, maka ibubapa perlu gunakan tindakan kerana “action” speaks louder than word”
Ada 2 tindakan yang boleh diamalkan ibubapa untuk kita bentuk tingkah laku anak-anak dengan berkesan. Pertama, gunakan ganjaran. Kedua, gunakan denda.
ℹ PENGUKUHAH adalah penggunaan ganjaran untuk menggalakkan anak-anak ulangi lakukan tingkah laku yang baik. Ada 2 jenis pengukuhan yang anda perlu ketahui:
1. Pengukuhan Positif*
Ganjaran dalam bentuk pemberian sesuatu yang disenangi anak. Contonhya: apabila anak siapkan kerja sekolah, kita beri dia tonton televisyen lebih lama sedikit daripada biasa.
2. Pengukuhan Negatif*
Ganjaran dalam bentuk pengurangan sesuatu yang TAK disenangi anak. Contonhya: apabila anak siapkan kerja sekolah, kita kata tak payah cuci pinggan langsung hari tu.
ℹ HUKUMAN adalah penggunaan denda untuk tegah anak-anak daripada mengulangi sesuatu tingkah laku yang tidak baik. Ada 2 jenis hukuman yang anda perlu ketahui:
1. Hukuman Positif
Hukuman dalam bentuk pemberian sesuatu yang TAK disenangi oleh anak. Contohnya: apabila anak conteng dinding, kita suruh dia cuci pinggan lebih banyak daripada biasa.
2. Hukuman Negatif
Hukuman dalam bentuk pengurangan sesuatu yang disenangi anak. Contohnya: apabila anak conteng dinding, kita tak beri dia tonton televisyen langsung pada hari itu.
— Boleh faham, kan?
⚠️Positif* dalam konsep ini bukan maksud baik, dan negatif bukan maksudnya tidak baik. Positif di sini bermaksud pemberian, manakala negatif pula bermaksud mengurangkan.
Kalian boleh gunakan gabungan dua-dua cara untuk dapatkan kesan yang lebih baik. Namun begitu, jika tak suka mendenda, maka gunakanlah ganjaran sewajarnya.
Namun, perlu ingat untuk kurangkan ganjaran perlahan-lahan agar anak tidak jadi seseorang yang meminta-minta(demanding) dan hanya lakukan kebaikan jika diberi ganjaran.
Nampak, dua dua cara pun ada baik dan buruknya. Kita kena pandai sesuaikan dengan situasi. Jangan sampai anak memanipulasi kita pula.
Selain itu, teknik ini boleh digunapakai untuk bentuk tingkah laku di semua peringkat umur, asalkan ganjaran dan dendanya sesuai dengan umur individu itu.
Semoga bermanfaat! Oh ya, denda tau, bukan dera. Dera tak boleh. Hehe.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cabaran membesarkan anak hari ini tak sama seperti dulu. Begitu juga untuk melahirkan anak yang soleh dan solehah. Perlu pengorbanan ibu ayah sejak dari awal untuk membentuk akhlak anak.
Ini kerana dalam proses membesarkan anak, tiada apa yang membahagiakan hati ibu ayah kalau anak yang dilahirkan itu mendengar cakap, rajin solat, tolong ibu ayah, tak melawan cakap dan bersemangat ke sekolah untuk menuntut ilmu.
Namun di sebalik perkara itu, ada yang perlu ibu ayah buat untuk anak-anak sejak mereka kecil agar impian untuk melihat anak membesar menjadi seorang yang baik budi perkerti, soleh dan solehah tercapai.
Dalam facebook Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood beliau ada menekankan empat perkara penting perlu diberi perhatian oleh ibu ayah dalam proses nak mendidik anak.
Mungkin dah ramai yang tahu tapi kadang-kala ia tetap terlepas pandang. Antaranya adalah
1) Sentiasa keluar perkataan positif dan elak perkataan negatif
Perlu ingat andai perkataan negatif yang ibu ayah label pada anak-anak kerana perasaan marah yang membara di atas kesilapan mereka, bimbang perkataan negatif itu jadi mustajab. Macam mana? Tolonglah elakkan demi kebaikan anak.
Sebaiknya ibu ayah amalkan perkataan yang baik-baik walaupun dalam keadaan nak marah seperti anak bertuah, anak baik, anak mama sayang, anak abah sayang, anak syurga. Insya-Allah jika kata-kata ini sentiasa keluar dari mulut ibu ayah ia seolah-olah satu doa yang baik untuk kesejahteraan anak itu.
2) Tegur anak dengan penuh hikmah dan kasih sayang
Anak-anak ujian dari Allah untuk melihat sejauh mana kesabaran ibu ayah dalam mendidik amanah yang diberikan-Nya. Kena ingat nak marah sekalipun, tegurlah dengan berhemah.
Percayalah setiap kesabaran Allah gantikan dengan ganjaran yang lebih baik buat ibu ayah. Sentiasa positifkan jiwa dan minda.
3) Amalkan sebut nama Allah dan Rasulullah S.A.W
Contoh anak ibu sayang Allah tak, anak ibu sayang Rasulullah S.A.W tak. Kalau sayang Allah dan nabi jangan tinggal solat. Jangan lawan cakap mak ayah sebab semua nak masuk syurga dan nak dapat syafaat Rasullullah S.A.W
Jika anak dah terbiasa, secara automatik anak faham dan apa yang dia kena lakukan mestilah yang baik-baik dan perlu dengar cakap orang tua. Ulang dan ulang, lama-kelamaan akan meresap masuk dalam jiwa anak.
4) Banyak berdoa supaya anak sentiasa lembut hati
Nak lembutkan hati anak, ibu ayah kena sentiasa berdoa tanpa putus asa. Doa adalah senjata utama untuk semua dan jika diamalkan selalu keberkatan itu akan diperoleh.
Percayalah ibu bapa yang sayangkan anak jika terus mengamalkan 4 tip ini, anda akan lihat hasilnya. Paling penting ibu bapa kena sentiasa muhasabah diri dan memperbaiki kelemahan masing-masing.
Kredit: Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Punya gaya yang tersendiri, lantang bersuara dengan isi yang bernas, dan penuh semangat bila bercakap tentang seni itulah Mimi Fly.Di sebalik personalitinya yang nampak...