Friso Gold® merupakan salah satu jenama susu tepung yang diformulasikan mengikut keperluan nutrisi ibu hamil (Frisomum Gold®) serta anak-anak yang sedang membesar (Friso Gold® Langkah 3 & 4). Uniknya jenama Friso Gold adalah kerana mereka menitikberatkan soal pembuatan susu yang berkualiti.
Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan susu Friso Gold® diambil segar dari ladang mereka di Netherlands dan ditambah baik dengan teknologi sains terkini. Selain bahan semulajadi yang digunakan dalam pembuatan susu Friso Gold®, jenama ini juga menggunakan teknologi LocNutri™ yang membantu pencernaan dan penyerapan nutrisi dengan mudah.
Dewasa ini, para ibu di Malaysia lebih prihatin terhadap sumber makanan yang diberikan kepada anak-anak mereka. Menurut kajian yang dijalankan dari Disember 2019 sehingga Februari 2020 ke atas 400 orang ibu membuktikan kebanyakan ibu-ibu mengharapkan jenama susu formula lebih terbuka dan telus untuk berkongsi tentang ketulenan dan kualiti produk.
Selain itu, kajian tersebut juga menunjukkan 96 peratus ibu megambil berat soal pemeriksaan kualiti ketika penghasilan makanan, manakala 92 peratus mahu tahu tentang jenis kawalan kualiti yang dibuat. Menurut mereka, maklumat pada pek produk sahaja tidak mencukupi.
Friso Gold® Track Easy
Bagi menghargai keprihatinan para ibu dalam memilih jenama susu formula yang lebih baik untuk anak-anak mereka, Friso Gold® telah melancarkan inovasi pembungkusan pintar pertama di Malaysia. Friso Gold® Track Easy membolehkan anda menjejak perjalanan lengkap tin Friso Gold® bermula dari sumber di Netherlands.
Para ibu dapat melihat sendiri aktiviti audit lembu dan ladang, pengumpulan susu, proses pembungkusan, pemeriksaan kualiti akhir, tarikh kelulusan eksport dan tarikh tiba di Malaysia.
“Di Friso Gold®, kami dapat mencipta pengalaman unik ini kerana kami memiliki lebih dari 11,000 ladang dan mempunyai kawalan penuh terhadap satu proses pembuatan lengkap dari rumput ke gelas,” kata Claire Daphne Dominic, Pengurus Pemasaran, Friso Gold® Malaysia.
Bagi memenuhi permintaan ibu untuk mengakses perjalan lengkap susu dari sumber, Friso Gold melancarkan inovasi pembungkusan pintar pertama, TrackEasy pada 20 Jun lalu. Pelancaran dibuat secara maya di laman Facebook dan YouTube Friso Gold Malaysia, dihoskan oleh Aishah Sinclair membolehkan ibu bapa menambah pengetahuan tentang kesahihan, keselamatan serta kualiti produk.
Caranya mudah sahaja. Ibu hanya perlu mengimbas kod QR di bawah tin 900 gram (g) untuk mengakses perjalanan lengkap Frisomum Gold® dan Friso Gold® dari awal proses pembuatan susu mereka.
Anda akan dapat melihat bagaimana proses pembuatan susu dibuat bermula dari pemeriksaan ladang (lokasi ladang serta kesihatan lembu-lembu), pengumpulan susu (kualiti susu terbaik pada suhu tidak melebihi 4°s untuk kesegaran optimum sebelum keluar dari ladang) dan pembungkusan (menggunakan teknologi LocNutri™ di mana susu diproses dengan kepanasan sederhana untuk menghasilkan susu tepung dan dibungkus dengan pemeriksaan yang ketat) sehinggalah pemeriksaan kualiti terakhir serta ketika ketibaan dan kelulusan eksportnya. Anda juga akan dapat menjejak tarikh penghantaran, nombor siri produk dan tarikh luput susu.
Ads
Pengarah Urusan Dutch Lady Milk Industries Berhad (DLMI), Mr Tarang Gupta berkata, “Kod QR TrackEasy membolehkan ibu bapa menelusuri perjalanan lengkap produk Friso Gold® bermula dari ladang kami di Netherlands, berasa lebih yakin dengan kesahihan, keselamatan dan kualiti Friso Gold®, dan memberi penekanan tentang keselamatan makanan. Ini memberi jaminan kepada semua ibu tentang bagaimana produk kami dibuat, dengan kualiti terbaik”
Selain itu, Aishah Sinclair juga turut mengatakan yang ibu hari bukan sekadar seorang ibu. “Hari ini, kita bukan ibu sahaja. Kita juga detektif, akan meneliti segala aspek bagi memastikan anak-anak berada dalam keadaan yang sihat selalu. Adakah mereka makan dan minum benda yang betul dan cukupkah nutrisi untuk mereka?”.
Kata Aishah lagi, ibu bapa mahukan setiap apa yang diberikan kepada anak-anak adalah yang terbaik. “Dengan teknologi yang terbaharu yang, Friso Gold® mengambil serius kegusaran ibu milenial dan menjadikan ia sebagai satu peluang untuk menjadi lebih telus dalam menyampaikan informasi yang mereka pasti akan kualitinya.”
Anda Mahu Jadi Top 50 Friso Gold Mombassador?
Sempena dengan pelancaran TrackEasy, Friso Gold®d menganjurkan pencarian Top 50 Friso Gold® TrackEasy Mombassador.
Ingin peluang memenangi hadiah wang tunai RM5,000 dan produk Friso Gold(R) bernilai sehingga RM450?
LANGKAH 2: Imbas kod QR Friso Gold® dan poskan foto atau video berserta kapsyen pengalaman anda menggunakan TrackEasy serta mengapa anda mengesyorkan kepada ibu bapa lain.
LANGKAH 3: Sertakan dengan hashtags #FrisoGoldMombassador dan #FrisoGoldTrackEasy. Jangan lupa tag @frisogoldmy di post anda.
LANGKAH 4: Pastikan pos anda berada dalam mod PUBLIC.
Cepat sertai, 50 penyertaan pertama akan memenangi baucer Shopee & produk Friso Gold.
Untuk maklumat lanjut tentang Mombassador, dapat tahu di sini.
Ads
Juga dapatkan sampel PERCUMA hari ini di Friso Gold.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menabung adalah amalan yang wajib dididik pada anak-anak kita. Disaat kecemasan, tabungan inilah yang bakal menyelamatkan kita dari pelbagai kesukaran. Bagi ibu bapa yang baru pertama kali bergelar ibu dan ayah, tabungan haruslah diwujudkan demi masa depan anak-anak.
Atas keprihatinan ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah melancarkan Program Bulan Menabung Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1 Oktober lalu bertempat di Hotel Istana, Kuala Lumpur.
Program sempena Hari Tabungan Sedunia yang disambut pada 31 Oktober setiap tahun itu dilaksanakan bertujuan bagi memberi galakan dan membudayakan perancangan kewangan serta membuktikan manfaat penabungan untuk pendidikan tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia.
Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Ahli Lembaga Pengurusan PTPTN, Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob berkata, sehingga 31 Ogos lalu, sebanyak 4.6 juta akaun SSPN telah dibuka dengan deposit berjumlah RM6.76 bilion.
“Kajian menunjukkan bahawa ramai dalam kalangan rakyat Malaysia tidak mempunyai wang simpanan walaupun untuk jangka masa pendek.
“Walaupun lapan daripada 10 rakyat Malaysia mengatakan mereka mempunyai simpanan secara tetap, simpanan tersebut kebiasaannya dikeluarkan pada akhir bulan untuk menampung perbelanjaan harian setelah mereka gagal mengikut bajet yang dirancang.
“Jadi, ibu bapa amat perlu membuat perancangan awal seawal usia anak-anak untuk persediaan pendidikan tinggi mereka. Mengambil semangat kuasa menabung ini, masyarakat harus bijak merancang kewangan sebagai persediaan masa hadapan,” katanya ketika melancarkan perasmian Bulan Menabung SSPN 2020 di sini.
Tema Superhero & Aktiviti Atas Talian
PTPTN sebelum ini telah pun mengadakan Program Minggu Menabung SSPN secara tahunan semenjak tahun 2018. Jika sebelum ini, program ini dijalankan secara on-ground event, namun kali ini ditukar kepada atas talian pula.
Program bertemakan Superhero ini berlangsung selama sebulan sehingga 31 Oktober 2020. Mengulas lanjut, Wan Saiful menyeru agar ibu bapa mengambil kesempatan bulan menabung ini untuk memperolehi lebih ganjaran ketika menabung bersama SSPN.
Malah katanya lagi, melalui Bulan Menabung ini, ibu bapa dan kanak-kanak berpeluang menyertai pelbagai aktiviti yang menarik dan menyeronokkan secara dalam talian.
Antara aktiviti yang bakal dijalankan sepanjang bulan ini adalah seperti Tabung DIY, Kuiz Kahoot, Happy Hour, SSPN Got Talent, Teka dalam Tabung, Bento SSPN Chef Junior, WOW!, SSPN Challenge, Cabutan Bertuah, Kongsi Gambar Tabung serta penampilan istimewa bersama Didi & Friends yang merupakan rakan strategik PTPTN dan SSPN.
” Tabungan bukan sahaja dapat membantu membangunkan ekonomi negara, tetapi juga akan meningkatkan kualiti hidup dan menjamin masa depan individu.
“Menjadi hasrat dan harapan saya agar SSPN terus menjadi pilihan utama rakyat Malaysia membuat perancangan kewangan untuk pendidikan anak-anak.
“Amalan menabung untuk pendidikan ini perlu dijadikan instrumen bagi mendepani kos hidup yang semakin mencabar dan kompleks,” katanya lagi yang menyeru ibu bapa agar memulakan langkah melalui program ini bersama SSPN.
Paling istimewa, menabung bersama SSPN bukan hanya diberikan pelepasan cukai sehingga RM8,000 setahun bahkan melalui SSPN-i juga membolehkan pendeposit menerima perlindungan takaful serta paling utama melalui SSPN-i Plus pendeposot layak memenangi hadiah Cabutan WOW! 2020.
Sementara itu, pada majlis yang sama, turut diadakan penyampaian hadiah untuk para pemenang yang bertuah. Antaranya merupakan pemenang Jom Beraya Jom Menyimpan, Jom Beraya Buka Akaun SSPN (Siri 1) serta Cabutan WOW! SSPN-i Plus bagi bulan Julai dan Ogos. Tahniah kepada semua peserta.
Jadikan kejayaan para pemenang ini sebagai inspirasi untuk terus menyimpan demi masa depan anak-anak kita. Mulakan langkah sekarang untuk masa depan lebih cerah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tumbesaran serta perkembangan anak dapat digalakkan dengan memberi pendedahan untuk melihat dunia luar. Malangnya dalam keadaan musim pandemik sekarang menghalang anak-anak untuk belajar di luar rumah. Keadaan ini sedikit sebanyak mengganggu tumbesaran mereka secara mental dan fizikal.
Selain menjalani PdPR dan menyiapkan segala tugasan yang diberikan oleh guru, ibu ayah boleh mengadakan pelbagai aktiviti menarik untuk mengelakkan anak-anak dari merasa stres atau bosan. Dengan itu, tumbesaran anak tidak akan terganggu walaupun mereka tidak boleh keluar rumah.
Sumber foto: www.shutterstock.com
Bukan itu sahaja, pemakanan yang sihat dan seimbang juga amat penting supaya anak-anak dapat membesar dengan baik. Tumbesaran anak bukan sahaja penting dari segi fizikal , bahkan perkembangan mental dan sosial mereka juga sangat penting. Bila menyediakan makanan yang tinggi khasiat untuk anak, jangan lupa untuk beri mereka minum SUSU! Ia bukan sahaja mengandungi nutrien seperti Kalsium yang boleh menguatkan tulang dan gigi anak, susu juga mempunyai pelbagai nutrien lain yang boleh membantu menyokong keseluruhan perkembangan anak-anak.
Yang Terbaik Buat Anak Tersayang!
Mengekalkan Sistem Imuniti Yang Kuat
Sangat penting untuk anak-anak mempunyai sistem imuniti di tahap terbaik sekarang. Ia dapat mengelakkan mereka dari mudah jatuh sakit. Vitamin C, Vitamin A, Vitamin E, Zat Besi dan Zink sangat diperlukan oleh tubuh anak dan ia boleh didapati di dalam makanan seperti brokoli (Vitamin A, C, E), buah-buahan sitrus dan betik (Vitamin C), bijirin penuh dan produk tenusu (Zink), ubi keledek dan lobak (Vitamin A); serta daging, ayam & sayur berdaun hijau (Zat Besi).
Sumber foto: www.shutterstock.com
Menyokong Fungsi Kognitif
Ibu ayah perlu pastikan anak sentiasa bersedia dan fokus terutamanya ketika menjalani kelas atas talian bersama guru. Antara nutrien-nutrien yang diperlukan untuk membantu menyokong fungsi kognitif anak adalah seperti Asid Folik, Vitamin B, Zat Besi dan DHA. Contoh sumber makanan untuk nutrien-nutrien ini adalah salmon (Vitamin B, Zat Besi dan DHA), sayuran berdaun hijau (Asid Folik dan Zat Besi) dan telur (Asid folik, Zat Besi dan Vitamin B).
Menyokong Tumbesaran
Protein sangat diperlukan untuk membina otot, sel dan untuk menyokong perkembangan sistem imuniti. Kalsium, Magnesium, Fosforus dan Vitamin D membantu perkembangan tulang yang sihat. Sumber khasiat ini? Sudah tentulah daging (Protein), telur (Protein dan Vitamin D), susu dan produk tenusu (Kalsium, Magnesium, Fosforus dan Vitamin D).
Jom, Ajak Anak Minum Susu!
Garis Panduan Diet Malaysia menyarankan pengambilan susu atau produk tenusu sebanyak dua kali sehari. Untuk memastikan anak mendapat khasiat secukupnya, ibu ayah perlu memilih susu dengan teliti. Pastikan anda memilih jenama susu yang mempunyai reputasi yang baik. Selain itu, carilah susu yang bersesuaian dengan umur anak anda. Setiap susu tepung telah diformulasikan mengikut keperluan nutrisi mengikut usia mereka.
Sumber foto: www.shutterstock.com
Baca label dengan teliti. Sangat penting untuk ibu ayah melihat kandungan yang ada di dalam susu tepung sebelum memilihnya. Kenali setiap bahan di dalam susu dan ambil peduli apa kepentingannya untuk anak. Dalam kesibukan ibu ayah yang terpaksa bekerja, agak sukar menyediakan hidangan lengkap nutrisi untuk anak yang diperlukan untuk perkembangan mereka.
Jangan risau, kerana ibu ayah boleh mendapatkan susu NESPRAY Penuh Krim. Tahukah anda, susu ini merupakan satu-satunya susu penuh krim yang mempunyai kebaikan 15 Vitamin dan Mineral di dalamnya*? Dengan memberikan anak minum susu NESPRAY Penuh Krim setiap hari, ia dapat membantu memupuk potensi mereka. Ianya sangat penting untuk kita memberikan khasiat yang sesuai buat mereka untuk menyerlahkan kemampuan anak-anak.
Susu NESPRAY Penuh Krim bukan sekadar susu penuh krim yang biasa! Rasanya juga sedap dan berkrim, pasti menjadi kegemaran anak-anak. Ia mengandungi Protein, Kalsium, Zat Besi, Vitamin C, Vitamin D dan lebih banyak lagi Vitamin dan Mineral. Lebih baik lagi, ia mengandungi 0gm Sukrosa. Apa lagi parents, jom dapatkan Susu NESPRAY Penuh Krim segera untuk anak-anak!
Bukan semua dari kita diberikan rezeki untuk menyusukan anak sehingga usia dua tahun. Ada yang berpeluang menyusu anak sehingga usia enam bulan sahaja namun ada pula yang langsung tidak punya rezeki untuk menyusukan anak.
Banyak faktor kegagalan penyusuan ini. Kurang pengetahuan menjadi penyebab terbesar kegagalan penyusuan dapat dijayakan sebaiknya. Namun terdapat beberapa lagi faktor penyebab penyusuan jadi kurang lancar.
Antara faktornya termasuklah:
Stress atau tekanan persekitaran
Penat dan tertekan dengan persekitaran ketika beberapa minggu pertama selepas bersalin menjadi punca utama ibu tidak dapat menjayakan penyusuan dengan baik. Ditambah pula dengan masalah kecil lain seperti rekahan, melecet, gagal melekap dengan baik yang menjadi punca ibu makin stress.
Kekurangan waktu tidur yang mencukupi juga menambah rasa stress dikalangan ibu yang akhirnya membuatkan terkesan pada masalah lain terutamanya penyusuan.
Apabila badan stress, badan akan kekurangan hormon oksitoksin dan seterusnya membuatkan produksi susu ibu merudum.
Tiada atau bekalan susu ibu rendah
Walaupun mencuba pelbagai cara, namun produksi pengeluaran susu tidaklah sebanyak orang lain. Salah satu punca tiada susu ini disebabkan oleh kemerosotan kesihatan ibu itu sendiri.
Tidak mendapat tidur yang mencukupi, kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan jadual bayi serta peningkatan kadar hormon tertentu seperti kortisol boleh mengurangkan bekalan susu badan secara dramatik.
Antara masalah lain yang boleh menyebabkan ketiadaan susu adalah disebabkan oleh masalah hipoplasia payudara, sindrom ovari polisistik (PCOS), hipotiroidisme di mana kelenjar tiroid kurang aktif lalu fungsi badan menjadi perlahan serta pernah menjalani pembedahan payudara.
Kurangnya Ilmu
Tanpa panduan menyusukan bayi dengan tunjuk ajar yang tepat, penyusuan anak boleh jadi hilang arah. Malah bebanan penyusuan di awal kelahiran dek kerana kurangnya ilmu dalam bidang laktasi membuatkan ada ibu-ibu muda gagal meneruskan penyusuan hingga akhirnya.
Ramai yang mudah berputus asa. Disebabkan itulah bakal ibu perlu mempunyai ilmu penyusuan dan memperbanyakkan informasi agar lebih bersedia menghadapinya.
Atas dasar itulah, My Motherhood mewujudkan sebuah lawan web khusus untuk memberi panduan kepada ibu-ibu untuk meneruskan penyusuan dengan baik dan lancar.
My Motherhood yang diasaskan oleh tiga individu hebat terdiri dari Daria Li, Dr. Tengku Putri Zainab dan Nurun Nadia Masrom berusaha memberi ilmu penyusuan secara eksklusif, khusus untuk membantu ibu-ibu menyusukan anak dengan baik.
Bagi anda yang tercari-cari ilmu penyusuan, My Motherhood pastinya laman web terbaik yang menyalurkan maklumat penyusuan tepat dan bukan mitos yang mematikan semangat ibu menyusu.
Tidak hairanlah laman web ini dipilih sebagai Konsultasi Penyusuan Terbaik Pilihan Pa&Ma di Jenama Pilihan Pa&Ma 2022.
Laman web My Motherhood umpama ‘life saver’ buat ibu-ibu menyusukan secara eksklusif. Dengan kepakaran dari pengasas laman web ini yang juga merupakan kaunselor laktasi dan pakar perunding pediatrik, sememangnya amat diyakini!
Bukan itu saja, sokongan dari kaunselor laktasi diberikan dari awal journey penyusuan supaya para ibu dapat melaluinya dengan rasa yakin dan berjaya.
Juga boleh hubungi di talian 019-679 8575 untuk konsultasi berkaitan penyusuan atau sebarang pertanyaan.
Pengambilan ubat-ubatan
Ubat-ubatan yang kita ambil saban hari tanpa kita sedari turut memberi kesan kepada produksi susu setiap hari. Walaupun kebanyakan ubat sesuai diambil oleh ibu yang ingin menyusu badan, namun setiap ubat tetap mempunyai risikonya.
Ubat-ubatan terutama kepada rawatan penyakit tertentu kebanyakkannya memberi kesan kepada produksi susu setiap hari. Dapatkan nasihat dan pandangan dari doktor.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pengacara yang cukup terkenal dengan bait-bait puitis, Fedtri Yahya meluahkan rasa bangga namun sedikit hiba terpaksa melepaskan anak sulungnya untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah asrama penuh.