Sudah menjadi amalan masyarakat melayu mengamalkan jamu sebelum atau selepas bersalin. Rata-rata beranggapan bahawa pengambilan herba semulajadi tidak akan mendatangkan kesan berbanding ubat-ubatan. 

Malangnya, tanggapan itu salah sama sekali. Ini kerana bahan yang terkadung dalam kebanyakkan jamu yang dijual secara bebas di laman sosial kini tidak disahkan kesahihan semulajadinya dan keberkesananya. Pelbagai risiko boleh terjadi kepada ibu dan anak yang baru lahir akibat mengamalkan jamu. Ikuti perkongsian dari Doktor Amirul Amzar;

Seorang wanita datang ke Jabatan Perubatan Kecemasan dengan simptom muntah-muntah dan sakit perut yang amat sangat. Beliau baru 6 minggu melahirkan anak pertamanya.

Di Jabatan Kecemasan, ujian darah yang diambil menunjukkan kerosakan fungsi hati. Enzim hatinya meningkat hampir 10 kali ganda dari bacaan normal!

Selepas ditanya lebih lanjut, rupa-rupanya beliau mengambil jamu untuk berpantang. Malah, lebih menyedihkan lagi, anaknya yang sedang disusukan juga mengalami masalah kuning.

Si ibu diberi rawatan dan dinasihatkan agar berhenti mengambil jamu. Beliau diberi temujanji untuk pemeriksaan semula fungsi hati.

Dengan kebenaran beliau, kes ini dikongsikan buat tauladan pada umum.

Hasil carian di google mendapati terlalu banyak promosi set bersalin jamu dijual. Malah platform Lazada dan facebook juga digunakan bagi penjualan produk sebegini

Aduan rasmi telah dilakukan kepada pihak NPRA.

Diharapkan masyarakat berhenti menggunakan jamu selepas bersalin bagi mengelakkan kejadian sebegini berlaku lagi.

Elakkan pengambilan jamu selepas bersalin.

Sebarang aduan berkaitan produk farmaseutikal atau tradisional boleh diemailkan di [email protected]

Sumber: Facebook Dr Amirul Amzar

Tinggalkan Komen