Tempoh waktu berpantang semenangnya cukup memenatkan kerana menjaga bayi di tambah pula dengan tubuh yang masih belum pulih sepenuhnya ketika proses hamil dan bersalin.
Diketika inilah ibu perlu dimanjakan dan berehat sebanyak yang mungkin untuk merawat diri agar cepat pulih.
Menjadi trend hari ini bila mana ibu dapat berehat sebaiknya di rumah dengan pembantu dan sistem sokongan yang baik. Memilih confinement lady yang membantu dari pagi hingga ke petang amatlah didamkan semua ibu.
Jika ibu tercari-cari pembantu untuk berpantang, NR Mothercare Confinement yang bernaung di bawah syarikat NR Group Confinement Sdn Bhd menyediakan ‘confinement lady’ dan pembantu yang menawarkan perkhidmatan paling berbaloi.
NR Mothercare Confinement yang ditubuhkan pada tahun 2019 ini diasaskan oleh Pn Siti Nornadiah Md Razi yang menjadi tunjang utama untuk memberi keselesaan kepada ibu berpantang.
Tahniah diucapkan kepada NR Mothercare Confinement yang telah terpilih sebagai Perkhidmatan Penjagaan Ibu Terbaik untuk Jenama Pilihan Pa&Ma 2024!
Servis Terbaik Di NR Mothercare Confinement
Berbeza dengan pusat berpantang lain, NR Mothercare Confinement menawarkan ‘confinement lady’ terlatih dan pakar terus ke rumah supaya ibu berpantang lebih selesa berpantang di rumah sendiri.
Dengan bantuan sepenuhnya ketika berpantang di rumah, ibu akan menerima pelbagai pakej lengkap dengan rawatan yang pastinya memuaskan hati dan paling penting cepat pulih sepenuhnya.
Tidak hanya menerima pelanggan di Semenanjung Malaysia bahkan NR Mothercare Confinement yang mempunyai lebih 400 tenaga terlatihnya juga turut menawarkan perkhidmatan ‘confinement lady’ termasuk di luar negara.
Sehingga kini NR Mothercare Confinement telah menghantar kepakaran terlatihnya untuk memberikan rawatan ibu berpantang di London, Singapura, Sabah, Brunie dan Abu Dhabi.
Tidak hanya golongan biasa bahkan NR Mothercare Confinement turut menerima lamaran dari kerabat-kerabat diraja serta VVIP ketika berpantang.
Pakej menarik lengkap rawatan
Lengkap dengan pelbagai rawatan, NR Mothercare Confinement menawarkan pelbagai pakej termasuk Pakej Penjagaan Ibu Berpantang, Servis Penjagaan Pantang Di Rumah, Urutan Prenatal serta Urutan Tradisional.
Tidak hanya servis berpantang, NR Mothercare Confinement juga turut menyediakan pakej rawatan untuk Pakej Keguguran dan tidak ketinggalan Pakej Servis Masakan Pantang serta Pakej Rawatan Luar Negara.
Rawatan tradisional sepenuhnya
Apa yang menariknya mengenai servis yang ditawarkan oleh NR Mothercare Confinement ini, rawatannya seratus peratus menggunakan rawatan tradisional.
Bermula dengan bertungku menggunakan batu sungai, urutan juga menggunakan teknik tradisional, begitu juga dengan rawatan lulur, bertangas dan banyak lagi yang menerapkan elemen tradisional sepenuhnya.
Pemilihan makanan juga adalah dari pemakanan yang sihat dan mengembalikan semula tenaga ibu selain penjagaan lain seperti penyusuan susu ibu dan sebagainya.
NR Mothercare Confinement sememangnya syarikat bumiputera yang dipercayai ramai malah menyediakan khidmat berpantang yang terbaik dan berkualiti, sesuai dengan misinya untuk menjadi confinement servis yang begitu dipercayai di Malaysia mahupun luar negara.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI