Darah org mengandung ni Allah jadikan lebih pekat dari biasa, dan secara normal nya darah ibu ini senang nak membeku untuk menyediakan ibu utk proses bersalin – kalau berlaku pendarahan yang banyak, badan sudah bersedia mengurangkan pendarahan dengan cpt2 mengaktifkan sistem pembekuan darah.

Ibu Mengalami Bengkak Kaki Dan Mengadu Sakit Pada Betis Ketika Berjalan? Itu Tanda-Tanda Pulmonary Embolism Yang Boleh Membunuh

PULMONARY EMBOLISM – MEMBUNUH !

Rahim yg makin membesar yang mengandungi bayi akan menekan saluran darah utama di dalam badan ibu mengandung menyebabkan aliran darah kurang lancar dan tersekat-sekat. Bila pengaliran darah kurang lancar ditambah pula dgn sifat semulajadi darah ibu yg senang beku, maka fenomena thrombosis / darah beku sangat senang terjadi.

Masalah darah senang membeku ini 5 KALI GANDA masa berpantang, jika dibandingkan ketika mengandung. Hal yg demikian kerana terdapat perubahan komposisi air lepas bersalin menyebabkan darah LAGI PEKAT, risiko meningkat lebIh-lebih lagi pada 3 minggu pertama lepas bersalin.

Kebiasaannya, darah beku akan terbentuk di saluran darah kaki dahulu. Apabila darah beku berkumpul dengan lebih banyak di bahagian kaki sekaligus menyebabkan keadaan Deep Vein Thrombosis. Ibu mengalami bengkak kaki secara tiba-tiba dan mengadu sakit pada betis ketika berjalan.

Sekiranya masalah ini tidak dikenal pasti dan rawatan diberikan segera, darah beku pada saluran darah kaki ini akan pecah kepada cebisan kecil pada bila-bila masa bergerak ke peredaran darah peparu menyebabkan saluran darah peparu tersumbat dinamakan pulmonary embolism, boleh membawa MAUT

FAKTOR-FAKTOR MENINGKATKAN PELUANG MENDAPAT DARAH BEKU
(Nombor dalam kurungan tu memberitahu score yg diberikan pada ibu jika ada faktor tu )

Ads

?Ibu pernah ada darah beku masa kehamilan sebelumnya (4)
?Umur ibu 36 tahun dan ke atas (1) Obesiti ( 1 atau 2 )
?Anak sudah lebih 3 orang (1)
?Merokok (1)
?Urat-Urat timbul pada kaki (1)
?Pre-eclampsia (1)
?Kehamilan kembar 2 atau 3 (1)
?Pembedahan Caeserean secara kecemasan (2)
?Pembedahan Caeserean secara elektif (1)
?Kelahiran guna Forceps (1)
?Proses bersalin yg panjang ( lebih 24 jam) (1)
?Tumpah Darah ( lebih 1 liter ) (1)
?Kelahiran pramatang kurang 37 minggu (1)
?Kelahiran mati (1)
?Sebarang prosedur yg dibuat ketika mengandung (kecuali repair koyakkan bersalin) – operation buang appendix (3)
?Muntah-muntah teruk masa hamil (3)
?Ibu ada jangkitan kuman teruk (1)
?Ibu tak gerak2, kekeringan tak minum air (1)

Kalau tambah nombor-nombor dlm kurungan tu, jika score 4 atau lebih, ibu perlu dimulakan ubat mencegah darah beku sejak AWAL MENGANDUNG

Kalau score 3, ubat mencegah darah beku dimulakan pada 28 MINGGU KEHAMILAN

Kalau score 2, ubat mencegah darah beku dimulakan LEPAS bersalin selama 10 HARI

Untuk makluman semua, IBU MELAYU yang meninggal akibat pulmonary Embolism ini adalah PALING TINGGI jika dibandingkan dgn kaum-kaum utama di Malaysia. Kenapa?

Takda jawapan lagi untuk menerangkan keadaan ini.

Ads

Berdasarkan analisis, ibu-ibu Melayu lebih Obes dari kaum lain, dan MAJORITI ( saya tak ckp semua ye) mengamalkan pantang larang adat Melayu yg mana menegah IBU berpantang supaya tidak minum air yg mencukupi ketika berpantang, kena banyak berehat dan baring saja dan dilarang berjalan sana sini atau bergiat aktif kerana timbulnya fahaman ‘BENTAN’

Ibu Mengalami Bengkak Kaki Dan Mengadu Sakit Pada Betis Ketika Berjalan? Itu Tanda-Tanda Pulmonary Embolism Yang Boleh Membunuh

Satu lagi, Ibu melayu kebanyakkan tidak mendengar nasihat doktor untuk mengambil suntikan mencegah darah beku – Enoxaparin/Clexane kerana dikhuathiri kandungan DNA khinzir di dalamnya. Ada ibu dengan angkuhnya bercakap pada saya – Ala masa zaman mak-mak beranak dulu takde pun bagi injection bagai ni. Hidup je !

Perlu diterangkan disini, walaupun Enoxaparin/Clexane mengandungi DNA khinzir yg sgt sedikit, penggunaan clexane telah difatwakan dibenarkan utk tujuan perubatan kerana

Tiada ubat lain setanding enoxaparin/Clexane untuk mencegah darah beku pada ibu hamil

Ads

Suntikan heparin tidak memberikan kesan yg berkesan seperti enoxaparin/clexane, lebih-lebih lagi untuk ibu yg beratnya lebih 90kg. Kalau nak gak beri heparin, suntikan nya adalah 2 kali sehari, berbanding dgn clexane yang diberi hanya sehari sekali. Clexane telah terbukti lebih berkesan berbanding Heparin.

Arixtra/Fondaparinux adalah sangat mahal. Arixtra tidak mempunyai kajian yg cukup untuk penggunaan terhadap ibu hamil – tak boleh nak ckp selamat atau tak untuk ibu hamil. Sebahagian kecil ubat arixtra akan keluar dalam susu ibu dan boleh mmbahayakan bayi yg menyusu ibu.

Ibu Mengalami Bengkak Kaki Dan Mengadu Sakit Pada Betis Ketika Berjalan? Itu Tanda-Tanda Pulmonary Embolism Yang Boleh Membunuh

Tempat yang boleh diberikan suntikan bawah kulit ( subcuticular )

Jadi dah jelas?

Ingat, dalam 100 kematian ibu di Malaysia, 60 kematian disebabkan oleh pulmonary embolism.

Allah suruh ikhtiar dan ikhtiar, bukan dok diam berpeluk tubuh, tunggu maut datang menjemput. Pastu salahkan takdir. Berhenti menzalimi diri sendiri.

Sumber: Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak (Facebook)
Pegawai Perubatan
Kesihatan wanita & kehamilan

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI