Mengapa wanita perlu minum air gula ketika mengandung?  Fungsi minum air gula ini adalah untuk memeriksa sama ada ibu-ibu mengandung ada kencing manis atau pun tidak.

Ibu Mengandung Jangan Sampai Muntah Bila Minum Air Gula

Ibu Mengandung Jangan Sampai Muntah Bila Minum Air Gula, Nanti Kena Ulang Lagi Sekali

Hakikat yang tidak dapat disangkal setiap wanita mengandung ialah mereka tetap tidak suka apabila disuruh atau perlu melalui ujian saringan toleransi glukosa (minum air gula).

Macam mana boleh ‘check’ kencing manis dengan minum air gula? Teori di sebalik ujian ini diterangkan seperti berikut;

*Kencing manis terjadi apabila badan kita tidak dapat memproses gula berlebihan. Dalam keadaan normal gula akan dicerna menjadi glukosa.

*Glukosa amat penting sebagai sumber tenaga untuk sel dalam badan.

*Jika glukosa berlebihan, hati akan menukar glukosa menjadi sebatian glikogen untuk disimpan.

Nanti Kena Ulang Lagi Sekali

Pernah dengar mengenai insulin? Apakah insulin dan fungsinya? Insulin ini merupakan hormon yang berfungsi menukarkan glukosa pada glikogen untuk disimpan dalam hati dan sel-sel otot apabila didapati glukosa berlebihan.

Insulin juga berfungsi membawa glukosa ke dalam sel badan untuk dimetabolismekan menjadi tenaga. Dalam kencing manis, insulin menjadi kurang reaktif (insulin resistant) ataupun kurang dihasilkan. Jadi insulin tidak dapat mengawal paras atur gula dalam darah.

Maka apabila ibu mengandung minum air gula, sebenarnya nak ‘test’ insulin itu boleh berfungsi atau tidak. Jika insulin berfungsi dengan baik, selepas 2 jam minum air gula, paras gula dalam darah masih akan normal, sebaliknya jika insulin bermasalah, paras gula akan naik selepas minum air gula dan ibu mengandung mungkin mempunyai kencing manis (diabetes) ketika hamil.

Ads

Ibu Mengandung Jangan Sampai Muntah Bila Minum Air Gula, Nanti Kena Ulang Lagi Sekali

Ibu-ibu berisiko tinggi menghidapi diabetes ketika mengandung, jika anda mempunyai salah satu daripada faktor-faktor yang tertera di bawah:

• Indeks Jisim Badan (BMI) adalah 30 ataupun lebih
• Sejarah kelahiran bayi besar, melebihi 4 kg ataupun lebih
• Sejarah kandungan yang mempunyai Diabetes ketika mengandung
• Ibu bapa, adik-beradik yang juga mempunyai Diabetes.
• berar ibu naik mendadak
• air mentuban tetiba jadi banyak ( polyhydramnios )
• selalu sangat kena kencing kotor dan keputihan masa mengandung

Jika anda mempunyai salah satu faktor seperti yang tertera, anda akan menjalani ujian toleransi glukosa (minum air gula ) ketika mengandung yang dilakukan pada awal peringkat kandungan dan akan diulang pada usia kandungan 24 hingga 28 minggu.

Ujian toleransi glukosa GTT memerlukan anda untuk berpuasa semalaman iaitu tidak makan atau minum, kecuali minum air kosong/air mineral sahaja.

Pada awal paginya, sebelum anda menikmati sarapan, ujian darah akan dijalankan terlebih dahulu. Kemudian anda akan diminta untuk menghabiskan larutan gula yang disediakan.
Ujian darah akan diulang sekali lagi selepas 2 jam anda menikmati larutan gula ini.

Ads

Air gula yg diberikan oleh klinik kerajaan biasanya tidak berperisa dan sedikit suam. Ada juga yg berperisa oren atau kola.

Jika anda menghidapi kencing manis pada kandungan sebelumnya, anda akan diminta membuat ujian toleransi glukosa GTT ini pada lebih awal kandungan untuk pengesanan awal Diabetes ketika mengandung, justeru dapat mengawal atur paras gula di dalam darah.

Kawal atur gula di dalam darah pada peringkat awal mengandung adalah teramat penting dalam tempoh pembentukan organ-organ penting bayi anda pada ketika ini dan mengurangkan komplikasi diabetes pada bayi dan juga ibu.

Ibu Mengandung Jangan Sampai Muntah Bila Minum Air Gula, Nanti Kena Ulang Lagi Sekali

Jika keputusan ujian toleransi glukosa GTT normal, ujian ini perlu diulang pada usia kandungan 24 hingga 28 minggu kandungan.

Apakah kesan kencing manis pada kehamilan?

Kebanyakan ibu yang menghidapi diabetes ketika mengandung ini tidak mempunyai masalah sepanjang proses kehamilan dan rata-rata melahirkan bayi yang sihat dan comel, tetapi terdapat segelintir kes diabetes ini membawa masalah yang serius pada ibu dan juga bayi, lebih-lebih lagi jika diabetis tidak dikesan awal dan dirawat dengan optimum.

Ads

Kebolehan untuk mengesan awal diabetes ketika mengandung dan mengawal atur paras gula dengan optimum dapat mengurangkan banyak risiko serta komplikasi yang berkaitan.

Amatlah penting ibu-ibu memastikan paras glukosa di dalam darah terkawal. Jika paras gula di dalam darah ibu kekal tinggi dan tidak terkawal, bayi akan memberikan respon kepada paras gula yang tinggi ini dengan menghasilkan lebih banyak insulin.

Bayi anda akan membesar secara berlebihan di dalam rahim, seterusnya anda akan diminta untuk bersalin lebih awal daripada tarikh dijangka bersalin (induction), juga terdapat risiko berakhir dengan pembedahan caesaerean akibat daripada bayi besar ataupun kegagalan proses induksi (induction).

Jika anda bersalin biasa pula, risiko bahu bayi tersangkut ketika kelahiran normal dan kecacatan saraf mungkin berlaku.

Risiko kematian bayi di dalam rahim (in utero death) secara mengejut juga meningkat jika paras gula di dalam darah tidak dikawal.

Ibu Mengandung Jangan Sampai Muntah Bila Minum Air Gula, Nanti Kena Ulang Lagi Sekali

Bayi anda yang menghasilkan lebihan hormon insulin tadi turut akan mengalami paras gula rendah pula selepas kelahiran. Maka, bayi anda perlu dimasukkan dalam wad rawatan rapi bayi untuk pemerhatian oleh pakar paediatrik.

Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mempunyai kencing manis juga mempunyai risiko menghidap kencing manis dan masalah kegemukan bila ianya meningkat dewasa kelak.

Maka, ibu-ibu perlu mengawal paras gula di dalam darah dalam proses kehamilan dan proses kelahiran untuk mengurangkan risiko dan komplikasi pada ibu dan juga bayi anda.

Minum air gula ini bukan menyebabkan ibu ada kencing manis, sebaliknya untuk mengenalpasti ibu mana yang ada kencing manis.

Peringatan penting: Pastikan jangan muntah. Cuba sedaya upaya untuk tidak muntah. Jika anda muntah, ujian MGTT ini tidak berhasil dan perlu diulang semula.

Sumber:  Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan, Kesihatan Wanita & Kehamilan dan 𝐄𝐈𝐃 𝐒𝐎𝐅𝐄𝐀 𝐂𝐋𝐈𝐍𝐈𝐂, Tumpat

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI