Memandangkan ibu hamil berisiko tinggi dijangkiti COVID-19, ramai yang mulai risau dengan keadaan sekarang ini. Seorang demi seorang ibu hamil pergi dengan mudah di saat suami dan anak-anak masih memerlukan.
Bagaimanapun, terdapat kekeliruan kerana ramai ibu hamil masih ragu-ragu mengenai vaksinasi ini boleh diambil ketika usia kandungan berapa minggu. Masih sesuai lagi ke ambil walaupun dah nak dekat due.
Bukan itu saja, ada juga yang risau nak vaksin kerana fikirkan kesan sampingan pada bayi. Bagi menjawab persoalan ini, Pakar Perubatan Reproduktif & Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Dr Murizah Mohd Zain ada penjelasannya.
ARTIKEL BERKENAAN [Ibu Hamil Dijangkiti Covid, Kemungkinan Masuk ICU & Bersalin Awal 2 Kali Ganda!]
Ramai yang bertanya saya tentang timing vaccination pada wanita hamil. Kenapa selepas 14 minggu kehamilan? Kenapa sehingga 33 minggu?
Berikut adalah beberapa fakta:
1. Trimester pertama iaitu sehingga 13 minggu kehamilan ialah peringkat organogenesis iaitu peringkat pembentukan organ-organ bayi. Kita sangat berhati hati dalam memberi ubat-ubat pada fasa ini kerana tidak mahu mengganggu pembentukan bayi.
ARTIKEL BERKAITAN [Masa Awal Covid Dulu, Bolehlah Cakap ‘Baby PKP’. Sekarang Ibu Hamil Terdedah Bahaya!]
2. Vaksinasi covid 19 adalah selamat. Setakat data yang ada dari USA, tidak ada yang menunjukkan vaksin boleh menyebabkan keguguran atau kecacatan pada bayi.
3. Jangkitan covid 19 yg teruk lebih sering terjadi pada pertengahan ke hujung trimester ke 2 dan trimester ke 3
4. Jika kita berada pada situasi di mana Covid masih aman, seseorang wanita itu boleh memilih utk vaksin selepas usia kehamilan melebihi 12 minggu
5. Namun jika wanita berada di negeri yang jangkitan Covid 19 berada pada tahap yg kritikal, mereka boleh memilih utk diberikan vaksin secepat mungkin.
Untuk rakyat negeri kesayangan saya, Kedah Darul Aman yang Covid 19 tengah mencanak dan bakal menduduki tangga ke 2 di Malaysia, saya menyarankan semua wanita hamil jangan takut. Ambil sahaja vaksin tanpa mengira trimester. Anda sudah tergolong sebagai kumpulan berisiko tinggi.
Kredit: Dr Murizah Mohd Zain
Mama jom rileks jap, klik link ni!
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.