Ibu mengandung tak boleh tinggal buah. Keperluan nutrisi yang anak dalam kandungan dapat, bergantung pada apa yang ibu makan. Sebab tu kena pilih makanan yang baik-baik untuk dibawa masuk ke perut, supaya anak dapat khasiatnya sama.
Tinggalkan makanan tinggi proses waktu mengandung. Akan beri kesan pada anak sedikit sebanyak jika ibu tak ambil kisah apa yang dimakan.
Semua jenis buah bagus untuk ibu mengandung selagimana ambil dalam kuantiti yang sederhana dan tak berlebihan.
11 jenis buah ni, antara yang baik untuk ibu mengandung. Boleh cuba makan dalam tempoh 9 bulan mengandung ok.
1. Pisang
Ada pottasium, untuk elakkan kaki cramp dan lenguh waktu mengandung.
2. Kiwi
Tinggi kandungan folate, untuk pertumbuhan otak dan sistem saraf tunjang anak.
3. Jambu batu
Vitamin C dan antioksida, baik untuk kesihatan ibu secara umum.
4. Epal
Kandungan fiber, baik untuk usus dan kurangkan risiko sembelit.
Ads
5. Pear
Tinggi fiber jugak yang ini, bagus untuk usus dan mudahkan ibu membuang.
6. Delima
Ada folate dan iron, kurangkan risiko anemia pada ibu dan untuk pertumbuhan saraf tunjang anak.
7. Avokado
Choline bagus untuk pertumbuhan otak dan saraf anak dalam kandungan.
8. Berries
Tinggi vitamic C, bantu penyerapan iron yang lebih sempurna buat ibu, dan elakkan anemia.
Ads
9. Tembikai
Banyak kandungan air dan mineral, magnesium mampu untuk regangkan otot ibu, kekalkan hidrasi jugak.
10. Magga
Tinggi vitamin C dan fiber, elakkan sembelit buat ibu mengandung.
11. Oren
Folate pun ada dalam oren, bagus untuk pertumbuhan sistem saraf anak.
Ibu mengandung boleh cuba k. Banyakkan hidangan buah dalam sehari. Sekurangnya 2 atau 3 kali sehari.
Gantikan makanan kurang sihat, dengan buah yang pasti lebih sihat buat ibu dan anak dalam kandungan.
Nak ajar anak makan sihat, sebenarnya bermula dari kita sendiri ibu dan ayah. Anak tengok, sampai masa diorang follow je.
Setiap kali anak kesayangan Emma Maembong, Shariq Arshan Gabriel muncul di Instagram, pastinya menarik perhatian ramai. Mana tidaknya, wajah comel Shariq dengan mata kelabunya ditambah keletahnya yang kini berusia dua tahun membuatkan ramai terhibur.
Terbaru, video sambutan hari lahir Shariq yang kini berusia dua tahun pada 8 November lalu menarik perhatian wargamaya.
Mana tidaknya, tidak perlu berlebih-lebihan menyambutnya, Shariq diraikan dengan meriah hanya di rumah sahaja sambil dikelililingi saudara terkekat.
Lebih sempoi lagi, anak kesayangan Emma dan suaminya ini tampil dengan hanya berbaju kemeja T tanpa seluar sebaliknya hanya memakai lampin pakai buang sahaja yang kebetulan ketika itu baru bangun dari tidur.
“Small and a simple celebration❤️,” tulisnya di kapsyen.
Tidak hanya Shariq, malah Emma dan suaminya, Muhammad Shazli Azhar juga cukup sederhana dengan hanya mengenakan kemeja T buat hari bermakna anak mereka.
Menerusi video yang di kongsikan Emma di Instagram anak kecil itu, Emma dan suami serta anak-anak buahnya bertungkus lumus meniup belon dan menghias rumah mereka dengan hiasan minima bertemakan warna biru. Tidak ketinggalan kek comel khas untuk Shariq.
Meskipun simple namun kelihatannya cukup meriah dengan belon-belon yang dihias memenuhi segenap ruang.
Bukan itu sahaja, menerusi entri berlainan Emma dilihat turut membawa anak kesayangan mereka ke Zoo Negara bagi meraikan hari lahirnya bersama sepupu-sepupunya. Memang meriah.
Dalam pada itu, majlis ringkas tapi meriah itu sudah pastinya menarik perhatian pengikut Emma sendiri, lebih-lebih lagi yang mengikuti perkembangan si comel Shariq Arshan Gabriel.
Terdahulu, Emma dan suaminya, Muhammad Shazli Azhar menimang cahaya mata sulung mereka pada 8 November 2020. Dan kini Shariq Arshan Gabriel sudah pun berusia dua tahun.
Menyusukan anak sememangnya momen yang paling berharga bagi setiap ibu. Bukan hanya kenangan mengorbankan masa, tak cukup tidur dan sebagainya, tidak terkecuali ‘digigit’ bayi bila mereka sudah tumbuh gigi.
Isteri kepada Angkasawan Negara, Dr Halina Yunos tidak terkecuali turut berdepan hal yang sama sebaik kembarnya, Eusoff dan Emelia tumbuh gigi.
Menerusi Instagramnya, Dr Halina berkongsi kisah menariknya yang selalu tiba-tiba menjerit gara-gara digigit kembarnya. Namun apa yang menarik kata Dr Halina, jeritannya itu telah menarik perhatian dua kembar lelakinya, Adam dan Noah.
“Kini Emelia dan Eusoff sama-sama dah tumbuh gigi. Diorang asyik nak gigit mommy je masa menyusu.
“Lucu sungguh tengok reaksi dari Adam dan Noah setiap kali saya secara tak sengaja menjerit ketika digigit Eusoff dan Emelia.
“Noah akan datang dekat saya dan suruh saya tunggu sementara dia pergi dapatkan mainan untuk bayi supaya baby ‘tak makan mama’ lagi.
“Dia begitu prihatin dan penuh rasa empati, bertanya pada saya samada saya baik atau tidak, ada sebarang pendarahan atau tidak..hahaha,” kongsinya.
Jika Noah begitu prihatin, namun lain pula halnya dengan Adam.
“Adam, sebaliknya pulak, dia akan teruskan apa saja yang dia lakukan dan cakap pada saya, “It’s OK mommy.. it’s just an accident. You will be OK”
“Beza sungguh karektor kembar yang ni,” kongsi Dr Halina lagi.
Bijaknya Noah dan Adam, prihatin namun dalam cara berbeza. Lebih-lebih lagi bila mendengar jeritan ibu. Rasa tak senang duduk, tetap prihatin walau dalam cara berbeza.
Noah bakal jadi lelaki idaman Malaya
Rata-rata perkongsian Dr Halina itu turut mendapat reaksi pelbagai warganet malah ramai yang turut berkongsi kisah mereka ketika menyusu. Tidak terkecuali juga yang membuat jenaka aksi ‘gentlemen’ Noah.
“Wahhh…Noah akan jadi lelaki idaman malaya la 20 tahun akan datang”
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @drhalina
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bengkak kaki adalah antara perkara normal dilalui ibu hamil. Begitu juga dengan masalah urat simpul. Keadaan ini pastinya mendatangkan rasa perit bagi wanita berbadan dua.
Masalah urat simpul
Urat kaki yang sihat mempunyai injap sehala untuk membantu aliran darah kembali ke jantung.
Semasa anda berjalan, otot betis akan mengepam darah ke jantung. Manakala injap berfungsi menghalangnya daripada mengalir ke bawah.
Keadaan urat simpul atau dalam istilah perubatannya, vena varikos (varicose veins) akan terjadi apabila injap sehala ini tidak berfungsi dengan baik.
Situasi tersebut menyebabkan darah berkumpul pada urat, yang akan meregangkan dinding vena dan menyebabkan urat membengkak, berpusing dan timbul.
Sekiranya keadaan bengkak menjadi cukup besar, anda akan dapat melihatnya di bawah kulit.
Urat simpul & ibu hamil
Ibu hamil lebih cenderung untuk mengalami keadaan vena varikos ini kerana 3 sebab utama, iaitu:
-Sepanjang kehamilan, anda menghasilkan lebih banyak darah daripada biasa untuk membantu bayi membesar
-Semasa bayi membesar, rahim akan menekan dan menyekat sebahagian urat yang mengembalikan darah daripada kaki ke jantung
-Hormon kehamilan menjadikan dinding urat anda lebih lembut, yang menyukarkannya untuk berfungsi dengan baik
-Dalam kebanyakan kes, darah cenderung terkumpul pada kaki dan mengakibatkan kaki membengkak dan seterusnya terjadi vena varikos.
Umumnya, masalah urat bersimpul ini cenderung terjadi dan berkembang pada bahagian kaki.
Walau bagaimanapun, ia juga boleh berlaku pada vulva (lubang faraj) atau rektum. Vena varikos pada rektum juga dikenali sebagai buasir.
Kesan masalah vena varikos
Masalah urat simpul yang dialami boleh menyebabkan rasa sakit dan kesakitan pada kaki.
Kaki anda mungkin berasa berat atau lenguh, mengalami rasa berdenyut, sensasi terbakar atau kekejangan.
Bagi sesetengah ibu hamil dengan keadaan ini, ia mungkin tidak memberikan sebarang masalah. Pun begitu, situasi itu bukanlah sesuatu yang selalu terjadi.
Anda mungkin akan mendapati bahawa sebarang simptom yang dialami akan bertambah buruk pada hari tersebut terutamanya setelah berdiri terlalu lama.
Namun, menjelang keesokan pagi, anda biasanya akan berasa lebih baik kerana sudah berbaring dan tekanan pada urat telah berkurang.
7 tip melegakan keperitan kesan urat simpul bagi ibu hamil
Terdapat beberapa cara boleh dicuba untuk membantu mengurangkan vena varikos yang muncul semasa mengandung, atau sekurang-kurangnya memastikannya terkawal.
Darah sentiasa mengalir
Berikan peluang untuk kaki anda berehat dan tinggikan paras kaki ketika duduk. Semasa berdiri, letakkan sebelah kaki pada bangku rendah dan tukar kaki secara bergilir.
Regangkan pergelangan kaki sekerap mungkin dan hindari daripada posisi duduk dengan kaki bersilang.
Bergerak
Senaman adalah kunci untuk mencegah vena varikos.
Jadi banyakkan berjalan setiap hari, atau lakukan beberapa senaman intensiti rendah yang dapat meningkatkan peredaran darah.
Penyelidikan menunjukkan bahawa bergerak di dalam air sangat membantu, jadi anda boleh mencuba tip ini dalam kolam renang.
Kekalkan keselesaan
Pastikan anda memakai pakaian – termasuk seluar dalam – yang sesuai atau tidak terlalu kecil terutama pada bahagian atas kaki.
Jangan memakai tali pinggang atau stoking kaki dengan bahagian atas elastik yang terlalu ketat.
Hindari daripada memakai kasut yang sempit dan bertumit tinggi – untuk mengelakkan anda hilang keseimbangan.
Kekalkan berat badan seimbang
Sebagai ibu hamil, anda disyorkan untuk mengekalkan kenaikan berat badan semasa mengandung mengikut saranan doktor – biasanya antara 11 hingga 15 kilogram.
Pertambahan berat yang berlebihan hanya akan menambah tekanan pada sistem peredaran darah yang sudah banyak ‘bekerja’.
Posisi tidur
Untuk elakkan urat simpul, anda dinasihatkan tidur pada posisi sebelah kiri. Ini membantu mengelakkan tekanan pada saluran darah utama dan memastikan peredaran darah menjadi kuat.
Jangan meneran
Elakkan daripada mengangkat barang berat atau meneran ketika dalam bilik air.
Jika anda mengalami sembelit – salah 1 masalah biasa dialami ibu hamil – ia juga boleh mengakibatkan urat mudah kelihatan.
Ambil vitamin harian
Pengambilan vitamin setiap hari juga membantu mengatasi masalah berkaitan urat ini. Di samping itu, pemakanan yang seimbang ketika hamil juga dapat menjaga kesihatan urat.
Pastikan anda mengambil makanan dengan vitamin C.
Mineral itu akan digunakan oleh tubuh untuk menghasilkan kolagen dan elastin – tisu penghubung yang memperbaiki dan mengekalkan saluran darah.
Mencegah berlakunya vena varikos
Seorang ibu hamil yang mengalami masalah urat simpul, keadaan tersebut mungkin akan hilang tanpa rawatan apabila bayi anda berusia 3 hingga 4 bulan.
Bagi sesetengah wanita, keadaan itu boleh berlanjutan sehingga setahun.
Sementara menunggu keadaan urat pulih, anda boleh mencuba memakai stoking mampatan atau mengangkat kaki apabila berasa urat tidak selesa.
Anda boleh mendapatkan nasihat doktor jika mempunyai kebimbangan tentang keadaan vena varikos ini.
Pastinya mereka dapat memberikan penyelesaian terbaik untuk membantu menghilangkan gejala yang dialami.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.