Bila anak tak nak tidur, mulalah ibu pun nak jadi naga atau raksaksa hijau dah. Selagi jam tak tunjuk pukul 12 tengah malam, bukan main lincahnya anak bermain.
Sebaiknya latih anak kecil anda tidur awal bermula sewaktu usia bayi, ia jadi mudah untuk malam tidur dan siang berjaga dengan 1-3 kali nap siang ikut keperluan.
Menurut Kaunselor, Maznah Ibrahim, pattern tidur anak juga dipengaruhi oleh cara tidur ibu semasa mengandung. Jadi, usahlah marah anak tidur lewat jika kita sendiri jenis tidur lewat orangnya.
Berikut antara beberapa tip untuk pastikan anak mudah tidur yang dikongsikan Puan Maznah:
1) Biasanya, sibukkan anak-anak dengan kepenatan waktu petang melalui aktiviti fizikal, agar malam tidur awal, lepas Isya’. Matahari petang sebenarnya amat baik sebab beri / bantu rembes hormon gembira serotonin untuk manusia, elak depress. Jika Ramadan, saya selamba aja bawa anak-anak ke playground sebentar selepas kerja, dan tidak ramai orang pula. Bila penat petang, malam mudah ‘pengsan’, hehe.
Tidur selepas Isya’ juga baik untuk orang dewasa bagi bangun malam untuk ibadah sunat lain dan kerja rumah lain. Jika Ramadan, aktiviti masih boleh berjalan selagi anak minat dan ada tenaga.
2) Keynya tidur awal, untuk bangun awal. Kenapa penting bangun awal ? Sebab banyak aktiviti bermula selepas subuh, seperti ayat Al Quran, bertebaranlah kamu di muka bumi selepas solat (62:10). Sekolah juga banyaknya pagi. Malah tidur selepas subuh juga sangat tak baik untuk badan, otak dan kejayaan kerja yang melibatkan manusia lain di luar.
(Nap anak kecil 1-3 kali, ikut usia, manakala orang dewasa 1 kali untuk 27 min tidur tengahari = 33% kualiti tidur malam nanti * sumber rujukan OCOC Dr Rizal).
3) Malam tu mak teman sekali tidur si kecil. Lepas anak dah tidur kita bangun semula untuk selesaikan aktiviti rumahtangga. Anak kecil suka menurut cara orang dewasa, dan mahu ‘sama’. Jika mak ayah sahaja suruh anak tidur awal tapi mak ayah sendiri sibuk bergajet/ ber tv, (nampak belum selesai aktiviti lagi), anak juga mahu sama macam mak ayah. Jadi salah seorang mak ayah temani si anak sebentar. Anggap sedekah 1/2 jam berkualiti untuk bonding time dengan si anak, dapat selesaikan banyak isu masa yang lain.
4) Harus difahami, biasanya anak kecil ni jika bukan Ramadan pun dah biasa tidur lewat memang akan lewat lah. Maksud, ia latihan makan masa, bukan terus jadi di waktu ini anda mahu train. Kan mula dari bayi ? Jadi bagaimana nak strategi lagi.
5) Nak induce tidur awal tu, masuk awal ke tempat tidur dalam setengah jam, dan beri aktiviti santai sambil baring (atau aktiviti lain secara duduk * untuk induce body ke baring untuk tidur), terbaik ialah STORYTELLING kisah-kisah samada anda reka sendiri atau guna buku sahaja. Budak memang suka dengar cerita.. hehe.
So katakan nak dia tidur 930pm, anda dah macam ibaratnya ting ting ting announcement “masuk bilik tidur semua” (kul 9pm). Ia mula-mula mungkin akan drag masa aktiviti sebelum tidur smpai 1 hour, means pukul 10.30 pm baru semua tidur. Tapi tak mengapa, ia satu latihan masa untuk body clock baru nak dilatih.
- Cuma Ramadan ni, jika si abang besar ayah handle untuk tarawih bagai, mak handle anak kecil semua tu, mak tarawihindividu sahaja selepas itu.
- Pastikan bilik tidur gelap sepenuhnya dan tiada alat gajet sedang on untuk elakkan gangguan vibrasi / gelombang luar. Pasangkan alunan al-Quran. Contohsurah al-Mulk secara amat perlahan dan tak ganggu pendengaran.
Sumber: Maznah Ibrahim
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI