Bayi yang memiliki kulit gelap dikatakan terjadi disebabkan oleh ibu makan kicap ketika mengandung. Maka ramailah ibu-ibu mengandung yang tidak makan kicap ketika mengandung kerana bimbang anak yang dilahirkan berkulit gelap. Namun sejauh manakah kebenaran tentang perkara ini?
Ibu Mengandung Yang Makan Kicap Kulit Anak Jadi Gelap?
Masalahnya, benarkah makan kicap, anak yang dikandung itu kulitnya boleh menjadi gelap macam kicap itu? Tapi digalakkan pula ibu mengandung ini minum soya banyak-banyak katanya anak boleh jadi putih ikut soya itu sedangkan kicap itu juga asalnya dari kacang soya juga.
Menurut Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Obstetrik & Ginekologi, warna makanan yang diambil tidak akan mempengaruhi warna kulit bayi. Ini kerana sistem penghadaman di dalam badan tidaklah bersambung dengan rahim. Makanan yang dimakan akan dicernakan dicemarkan di dalam sistem penghadaman dan diserap ke dalam badan.
Mitos Atau Fakta
Molekul yang sudah tercerna inilah yang akan diberikan kepada bayi melalui uri(placenta). Penggunaan molekul makanan yang tercerna tersebut tidaklah akan mempengaruhi warna kulit bayi.
Warna kulit yang gelap adalah disebabkan kehadiran kompaun melanin yang terhasil daripada sel melanocytes. Ada sesetengah orang yang mempunyai masalah dalam penghasilan sebatian ini dan kulit mereka akan kelihatan sangat putih. Bukan kulit sahaja sangat putih, rambut dan kening mereka juga akan kelihatan putih disebabkan sebatian melanin juga banyak pada bahagian tersebut. Mereka dikatakan penghidap penyakit Albino.
JADI JELAS SEBENARNYA PERMAKANAN TIDAK MEMPENGARUHI WARNA KULIT BAYI. TAPI SEBENARNYA BERGANTUNG PADA PERWARISAN GENETIK – IAITU WARNA KULIT MAK ATAU AYAH BAYI TU SENDIRI.
Kesimpulannya, warna makanan yang diambil langsung tidak ada kaitan dengan warna kulit anak yang bakal dilahirkan.
Sumber: Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak Pegawai perubatan Obstetrik & Ginekologi
Kementerian Kesihatan Malaysia
Kredit foto (top image): Freepik
Artikel berkaitan: Ibu Mengandung Boleh Ke Makan Paracetamol, Ada Kesan Tak Pada Bayi Dalam Kandungan
Ibu Mengandung Boleh Makan Durian Kecuali Yang Ada Masalah Kesihatan, Banyak Kebaikan Untuk Tubuh
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI