Ramai ibu mengeluh tak cukup susu untuk anak dan biasa juga merasakan susu tidak cukup adalah persepsi.

Susu tidak cukup untuk anak ada banyak sebab dan ia berbeza-beza antara ibu-ibu. Antaranya:

1. Bayi tidak disusukan terus sejurus dilahirkan atas sebab kesihatan kerana bayi dan ibu terpaksa dipisahkan. Rangsangan yang kerap tidak dilakukan untuk stimulasi semasa berjauhan dengan bayi.

2. Menyulam susu formula antara sesi menyusu menyebabkan badan tidak menghasilkan susu yang cukup selari dengan keperluan bayi. Ditambah pula ketika bayi diberikan susu formula, sesi menyusu tidak diganti dengan sesi memerah untuk rangsangan. Anak pula kekenyangan dengan susu formula yang lambat hadam membebankan proses pencernaan.

3. Baby diberikan pacifier, pacifier telah menganggu sesi penyusuan yang mana bayi kurang berminat menghisap susu terus ke ibu.

Ibu Mengeluh Tak Cukup Susu Untuk Anak. Ini Antara Sebab Yang Ganggu Penghasilan Susu

4. Sesi menyusu yang sekejap-sekejap juga menjadi punca susu tidak dihasilkan cukup untuk bayi. Jika jarak antara sesi menyusu 1 jam, bayi menyusu lebih 10 minit untuk dapatkan susu yang cukup. Jika bayi menyusu kerap setengah jam sekali, 5-10 minit menyusu terus ke dada sudah cukup bayi mendapatkan susu untuk tumbesarannya.

IKLAN

5. Sesi menyusu di waktu malam tidak berlangsung dengan kerap. Hormon prolactin yang tinggi di waktu malam meningkatkan penghasilan susu yang cukup untuk bayi sekiranya berlaku rangsangan kerap terus ke payudara.

6. Setelah kembali bekerja, jadual memerah kerap tidak dipatuhi. Aturan memerah 3 jam sekali adalah paling sesuai dan rapatkan sesi memerah antara 2-3jam sekali itu yang lebih baik.

7. Tisu glandular yang tidak normal adalah keadaan yang jarang berlaku tetapi ia boleh berlaku dan perlu dapatkan pengesahan daripada doktor.

8. Ibu mengidap PCOS, thyroid, diabetes, hypertension atau masalah hormon. Namun, ia bukanlah punca utama susu tidak dihasilkan cukup untuk anak. Ramai yang ada masalah kesihatan masih mampu susukan anak cukup tempoh 2 tahun.

IKLAN

9. Terdapat saluran susu yang rosak ketika pembedahan yang pernah dibuat pada payudara. Namun pengesahan doktor perlu dilakukan.

10. Mengambil pil perancang yang tidak sesuai untuk ibu menyusu. Ibu menyusu yang memilih untuk menggunakan pil perancang hendaklah mendapatkan consultation daripada doktor dan elak membeli daripada farmasi.

11. Mengambil ubat tertentu yang mengandungi methergine, bromocriptine dalam jumlah yang tinggi atau herba seperti sage, parsley, peppermint yang boleh menganggu penghasilan susu kerana penerimaan setiap badan kita tidak sama.

IKLAN

Ibu Mengeluh Tak Cukup Susu Untuk Anak. Ini Antara Sebab Yang Ganggu Penghasilan Susu

12. Tongue tie pada bayi boleh mengganggu penghasilan susu kerana susu tidak dikeluarkan secara efektif. Tetapi bukan semua tongue tie/lip tie menganggu penyusuan.

13. Kesan ubat yang digunakan semasa proses kelahiran seperti epidural anaesthetic atau Demerol yang boleh memberi kesan pada keupayaan bayi menyusu. Dapatkan maklumat berkaitan sebelum bersalin untuk penyusuan yang lebih lancar.

14. Jaundice yang sudah menjadi perkara biasa berlaku pada bayi yang menyebabkan bayi lebih suka tidur dan sukar disusukan kerap. Perlu usaha kerapkan nap supaya bayi dapat di susukan dengan kerap.

Jadi bagi ibu yang rasakan ada masalah dalam penghasilan susu, dapatkan bantuan segera, usah bertangguh. Bayangkan wanita yang tidak pernah melahirkan pun boleh susukan anak angkatnya apatah lagi kita yang mengandung dan melahirkan.

Sumber: Ziela Juzaila

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI