
Di saat anak-anak orang lain sedang bermain dan bergembira menikmati makanan yang sedap-sedap, masih ada keluarga yang diuji dengan kesusahan. Hidup dalam serba kekurangan bukanlah penghalang untuk merasai kebahagiaan.
Seperti kisah keluarga ini dimana kakak sulung yang masih lagi kecil mengambil alih tanggungjawab menjaga adik-adik selepas ibu meninggal dunia kerana keguguran. Walaupun tidak seperti keluarga lain, seolah-olah si kakak ni cukup matang dan memahami keadaan yang berlaku.

Senyuman di bibir kakak sulung ini benar-benar buatkan hati rasa sebak. Adakah suatu hari nanti anak kita pun mampu memikul tanggungjawab seperti ini?
Suap adik-adik makan
@salwanaidinAlhamdulillah. Merasa juga mereka daging qurban. ##qurban ##aidiladha ##fyp ##fypage ##malaysia♬ original sound – Salwa Naidin
Menerusi video yang dimuat naik oleh Salwa Naidin di akaun TikTok, memaparkan kanak-kanak berkenaan kelihatan teruja selepas mendapat agihan pek daging Qurban di Sabah.
Dalam perkongsian video itu memaparkan, kakak sulung itu terus membuka pek daging itu untuk memanaskannya lauk. Setelah masak, kanak-kanak perempuan itu menyuapkan adik-adiknya dahulu dengan penuh kasih sayang.

Alhamdulillah, dapat juga mereka daging qurban
Lebih menyedihkan lagi apabila mereka baru sahaja kehilangan ibu tersayang akibat keguguran. Menurut Salwa, mereka masih mempunyai ayah yang bekerja sebagai seorang nelayan dan ibu saudara yang menjaga mereka.

Video berdurasi 44 saat itu meraih lebih 23 ribu tontonan dan mendapat lebih 3 ribu tanda suka.

Di ruangan komen, rata-ratanya sebak melihat kasih sayang antara adik beradik ini dan seorang kakak yang dianggap sebagai ‘ibu’ oleh adik-adiknya.
“Ya Allah nangis tengok adik beradik ni”


Biasanya yang sulung sanggup berkorban demi adik-adik

Ramai yang mendoakan mereka sekeluarga dirahmati dan sentiasa dalam lindungan Allah dan ada rezeki lebih baik selepas ini.
Kredit: Salwanaidin
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Surah Taha & Ar Rahman Peneman Tidur. Bekas Isteri PU Abu Amalkan Ini Untuk Ubati Hati

Bulan lalu viral kisah pendakwah bebas menceraikan isterinya yang sedang mengandung. Ternyata ia telah mengundang kemarahan orang ramai dan ramai menyalahkan pendakwah berkenaan.
Terpanggil untuk mendapatkan penjelasan lanjut, satu sesi temubual eksklusif bersama Hijabista telah diadakan baru-baru ini.
Bagi Ain ‘Afini Latif, 23, dia sedar dirinya jadi bahan viral disebabkan kes berkenaan. Namun sebenarnya empunya diri cukup reda dengan apa yang berlaku. Tidak ada dengan pada pihak berkenaan sebaliknya mengakui dirinya tetap masih bersahabat dengan lelaki yang pernah dipanggil suami itu.

“Alhamdulillah saya sebenarnya sudah reda dengan apa yang berlaku. Saya anggap ini adalah sebahagian ujian yang Allah berikan pada saya. Tidak ada sedetik pun rasa untuk sedih. Saya anggap memang tak ada rezeki dan mungkin bahagian kita pada masa yang lain.
“Saya sangat beruntung kerana mendapat sokongan ahli keluarga. Mereka jadi kekuaran saya untuk menghadapi semua dugaan ini. Saya pegang satu benda je, parent saya tak deserve untuk tengok saya bersedih.
Bagi saya mereka sudah jaga saya dari kecil dengan penuh kasih sayang. Tak kan bila sudah besar ini kita nak mereka lihat kehidupan kita begini. Jadi tak ada masa untuk bersedih. Saya memang kena kuat hadapi segalanya,” ujar Ain.
Rawat Hati Baca Surah Taha & Ar Rahman
“Apa yang saya buat adalah dengan berdoa dan reda dengan apa yang Allah berikan. Setiap malam juga saya amalkan baca surah Taha dan Ar Rahman sebelum tidur. Saya amalkan sampailah sekarang. Bagi saya ayat itu memberi kekuatan berhadapan dengan segala ujian yang melanda.
“Dalam ayat itu Tuhan menyebut ‘Maka Nikmat Tuhan Mana Lagi Yang Kamu Dustakan’ dan inilah yang jadi pegangan pada saya selama berhadapan ujian ini. Saya akan baca sebelum tidur dan kalau tak baca pun saya akan pasang kedua-dua surah berkenaan.
“Biasanya saya akan baca surah berkenaan pada waktu malam sebelum tidur kerana inilah waktu terbaik kita sedang dalam keadaan rileks, tambahnya yang kini sedang sarat hamil 8 bulan.

Biasa berdikari
Biarpun tanpa kehadiran suami di sisi, tapi bagi Ain ia tidak jadi masalah padanya. Memandangkan sebelum ini dia lebih senang menjalani hidup berdikari.
“Buat masa ini saya memang ambil cuti dua bulan dari pengajian di UIAM. Insya-Allah lepas bulan September nanti saya akan masuk belajar balik. Saya terpaksa bercuti kerana ada masalan kesihatan sepanjang mengandung. Saya sebenarnya seorang yang aktif, bergerak laju dan buat kerja jenis cepat. Kadang-kadang saya tak sedar pun diri tengah mengandung.
Oleh sebab itu, baru-baru ini baby tak bergerak aktif. Bukan sebab saya stres disebabkan masalah peribadi. Doktor kata sebab keadaan saya yang terlampau aktif. Sepanjang mendapatkan rawatan kesihatan di hospital, ayahlah yang akan temankan saya,” tambahnya yang tidak ada masalah bergerak sendiri tanpa kehadiran suami di sisi.
Awal kehamilan hari itu saya ok je tak seperti wanita hamil lain yang sering dimanjakan suami. Tapi di akhir kehamilan ini ada juga terdetik perasaan itu. Tapi saya anggap tak ada rezeki dan mungkin bahagian saya nanti pada masa lain.

Mahu keluarga ada di sisi saat lahirkan anak
“Alhamdulillah segala persiapan untuk menyambut kelahiran anak ini sudah tersedia. Sebolehnya saya mahu keluarga ada di sisi saat mahu melahirkan nanti. Insya-Allah walaupun tanpa kehadiran suami di sisi, saya berjanji akan jaga anak ini dengan sebaiknya. Saya doakan anak ini nanti jadi anak soleh. Malah saya turut harapkan apa yang terjadi ini tidak pecah belahkan hubungan dengan ayahnya.
“Kami masih bersahabat baik. Ini semua dilakukan untuk kebaikan anak yang bakal lahir nanti. Kalau nak fikir salah masing-masing memang banyak tetapi saya pilih pendekatan untuk berbaik-baik dengan suami. Takkan kita nak tunjuk pada anak nanti perkara yang tidak elok. Bagi saya broken family tak semestinya berakhir dengan sesuatu yang tak baik.
Insya-Allah saya akan beri kasih sayang yang secukupnya dan tak akan berkurang walau sikit pun. Biarpun keluarga kecil kami tak complete, tapi hubungan dengan ayah tetap akan diteruskan,” tambah Ain yang memasang impian satu hari nanti untuk membuka sebuah kafe. Ini kerana dia mempunyai minat memasak dan kembali menulis dalam blog.
Sumber: Hijabista
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Abang Cekik Adik 9 Tahun Hingga Mati Bakal Direman, Kejadian Disedari Ibu Melalui CCTV

Polis akan memohon perintah reman pagi ini terhadap pelajar lelaki 14 tahun yang disyaki mencekik adik kandungnya hingga mati di rumah mereka di Kampung Bukit Piatu, di sini, tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit ketika dihubungi berkata, suspek dijangka dibawa ke Kompleks Mahkamah Melaka di Ayer Keroh, jam 10 pagi ini.
Katanya, siasatan kes dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Kita masih menyiasat motif suspek melakukan perbuatan itu,” katanya.
Dalam kejadian semalam, seorang kanak-kanak lelaki mati selepas dipercayai dicekik abangnya.
Kejadian disedari ibu mereka yang terlihat perbuatan suspek melalui sistem kamera litar tertutup (CCTV) di telefon bimbitnya sebelum menghubungi jiran untuk membantu memeriksa keadaan anaknya.
Mangsa ditemui terbaring di ruang tamu dengan kesan kecederaan di bahagian muka, hidung dan leher.
Ketika kejadian, suspek hanya tinggal berdua bersama adiknya itu manakala ibu bapa mereka keluar bekerja.
Suspek adalah anak sulung daripada empat beradik dan pelajar sebuah sekolah Arab yang disahkan tidak memiliki sebarang rekod disiplin.

Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perginya Seorang Suami & Bapa Yang Baik Tinggalkan Anak Kecil Lepas 26 Hari Demam, Rupanya Ada Kanser

Siapa sangka seseorang yang kelihatan sihat rupanya penghidap kanser dan dalam masa yang sama kanser yang dihidapi merebak dengan begitu pantas. Hilangnya seorang suami yang baik dan ayah yang penyayang, kekuatan dan ketua keluarga.
Isteri arwah, Puan Syarima Ghazali berkongsi rentetan kisah arwah suaminya yang hanya demam biasa pada mulanya dan akhirnya disahkan kanser sehingga meragut nyawa.

Julai lalu, Allahyarham telah disahkan menghidap kanser pankreas di mana ia telah merebak ke paru-paru, hati, tulang belakang dan rusuk dalam masa yang teramat singkat.
Arwah sempat mengingatkan orang ramai agar melakukan pemeriksaan kesihatan walaupun telah mengamalkan gaya hidup sihat supaya mampu mendapatkan rawatan awal sebelum ia merebak lebih pantas.
25.07.20 – 25.08.20
Sebulan dah awak pergi, rasa macam baru semalam cakap dengan awk. pesan arwah kat kawan kawan dia or anyone yg sembang dengan dia, Cancer is really no joking. Buat la check up frequent jangan jadi macam dia tak dak simptom apa apa tertiba dah merebak terlampau pantas.

He was 34YO with healthy life and too young for it. 26 days from his first night fever and he left us peacefully. Doc kata case dia rare. 1-2 orang dalam setahun.
04.06.20 – 11 malam tengah tengok tv sambil makan durian tiba tiba dia menjerit sambil mengadu chest dia cramp and sakit sampai tak boleh gerak. Dia terbaring depan tv. Esok pagi nya g clinik doc cakap muscle pain sebab workout or angkat berat. Dapat MC sehari. Lepas tu dia kata sakit tu dah takdak
26.06.20 – kami dua ambik cuti sebab nak dating makan dan jalan jalan kat Ikea sebelum balik kampung. Malam tu dia start demam panas. Esok pagi nya elok sihat. Malam demam lagi dan siang nya sihat. Rasa tak sedap hati takut Kuman or TB. Tak sangka ni dating terakhir 🥺
28.06.20 – kami balik KL terus suruh p klinik buat GL nak refer pakar. Esok nya dia p MSU Med Center and doc kata ok admit lah buat CT scan.
30.06.20 – ambil test covid tunggu result and admitted. Lepas tu petang pukul 4 baru buat CT Scan and the journey started. 2-3 jam lepas tu doc p kat dia cakap “orang yg datang ni sihat, cergas, active tapi reading scan haywire teruk”. Doc cakap nak jumpa semua family memberS. Esok tu doc bagitau apa yang dia nampak tak berapa nak ok. Paru paru and Hati dah nampak teruk. Cuma dia tak nak jump into conclusion sebab dia tak dak data nak support. Ayat last doc tu memang boleh terduduk “ill advise you to get prepare mentally and physically for the worst” Allahu 🥺

2.7.20 – semua family datang and masuk bilik meeting discuss. Masa tu doc bagi tau find out dia. No 1 TB, No 2 kuman infection, No 3 kemungkinan cancer. So dia nak proceed dengan biopsy cepat. Kami semua setuju. Lepas Biopsy lah keadaan dia mula start merudum sikit sebab dah kacau “rumah rosak” tu. 24 jam lepas biopsy dia ok balik sihat macam biasa makan lalu buat keja semua. Cuma malam ja demam. Cold fever. Pegang biasa tapi suhu 39c above.

04.07.20 – doc masih push biopsy result tapi dia tetap tak rasa happy dia deal dengan kawan dia doc pakar jantung kt Hosp Serdang buat appointment untuk diagnose further sbb ada reading hati keep dropping. Bilirubin and Hemoglobin.

06.07.20 – harini patut discharge. Dia sihat macam biasa. Pukul 1pm lebih kurang doc dtg bagitau result biopsy. Its confirmed cancer but still tak tau cancer apa. Kami dua terdiam. Doc keluar ja terus kami dua nangis. Dia kata “kenapa dia, Macam mana nanti ayg dengan anak anak”. Terus la drama air mata jadi. Lepas tu kami dua diam Layan perasan and then i told him insyaAllah abg kuat nak lawan. For us. Then dia tetiba ok. Lepas zohor packing nak balik. Masa nak tunggu discharge, dia kata nak lawat doc say goodbye. Kat bilik doc dia jalan pusing pusing lepas tu dia baring atas katil dia cakap. “Doc hati sy macam start sakit”. Doc kata probably ubat tahan sakit dah habis. At last tak jadi discharge and Sambung admit balik sampai esok ambulan bawak p serdang.

07.07.20 – Dia gerak dengan Ambulans ke Hosp Serdang, sampai sana doc tak boleh nak proceed further sebab Biopsy result keluar summary ja tak dak IHC study which is more detail about his tissue sample tu. Masa di Serdang Dr Ummi datang approach kami tanya kalau nak proceed chemo and fully funding dekat Nilai Med Center. Kami terus je cakap ok boleh sbb reading hati dia day by day drop cepat. While waiting NMC call or next week apointment dengan Serdang dia balik rumah. Tp sebab ubat nya tak se kuat drip di hosp dia memang nampak sakit dan lemah. Nak bangun duduk pun struggle tapi MashaAllah dia tak penah complaint atau merungut sakit tu. Demam setiap hari lepas Asar sampai Tengah Malam. 🥺

09.07.20 kami p Nilai Med Center (NMC) nak sign contract sebab doc kata Lung Ca mula mula. Masa buat blood screening balik doc panggil kami dua masuk dia kata from the reading this is not lung ca. We need to wait IHC sebab takut salah Chemo. Doc kata probably Limforma Ca. So kami pun balik dan sambung ubat tahan sakit kt rumah ja.

12.07.20 – 9pm masa tengah tido kan anak2 dia cakap kat mama (my mom) boleh tak tengok kan bebudak. Lepas tu dia panggil. “Abg rasa macam short breath jom kita p MSU Med Cen. Ketaq rasa terus bawak p Hosp masuk emergency and admited balik.

13.07.20 – Doc buat Ultrasound kata nampak hati ada bleeding sikit dorang cuba contact any hosp yang boleh tolong sebab dorang takdak ubat. Tapi lewat petang doc datang balik cakap bleeding tu tak significant so dorang nak buat endoscopy find out primary or main house cancer dia apa. Esok tu habis procedure doc datang bagi tau dorang tak jumpa apa apa sign dari mana cancer dia datang. Then we decided move him to Sunway Med Center

14.07.20 check in SMC. Terus kena masuk HDU sebab bacaan jantung tak cun. Esok nya lepas ultrasound doc cakap nothing serious boleh move ke ward. Doc pun terus buat tumor marker untuk other organ nak find out primary cancer dia. Tapi doc cakap Cancer hati pun include as one of his assumption sebab bacaan bilirubin terlampau tinggi.

16.07.20 doc run PET scan full body to still finding primary ca dia. Doc pun panggil bincang nak buat Chemo high dose 50 jam persession tp impact dia kalau dia tak free from infection and demam high risk sgt. Boleh bleeding otak, comma etc. Doc kata kalau tak buat chemo dia mungkin ada weeks ja. masa tu la terus rasa selfish nya aku nak push Sedangkan tau condition dia tak ok. Masa tu keluar bilik doc duk lama termenung sorang sorang terus fikir. Tak pa la redha kan ja apa yg berlaku. Kalau memang takdak harapan biar la yang paling mudah. Doc pun bagitau dia akan get support from Doc Palliative untuk tolong dia recover and less pain. Dengar ja Palliative terus terduduk dan paham yang dia macam tak dak harapan. tapi he is really a fighter. He never give up. Luaran dia macam tak sakit langsung.

17.07.20 my birthday and it so different. He texted me he said he crying and sorry he cant remember my birthday 🥺. I told him i just want to see his smile at me. Masa nak keluar dari ward doc masuk dan doc kata Pet scan report dah keluar. It is Pancreas Cancer. Dah attack Lung, Hati, tulang belakang dan tulang rusuk. Allahu Another shock news to us.

19.20.20 tergerak hati nak bawak anak anak jumpa dia. Request kat nurse nak bawak turun dia kat bawah lobby sbb sorang ja boleh masuk tengok kalau kat bilik. Dia pun kata kawan sekolah dia nak mai. Dia nampak happy and macam tak sakit pun. Boleh layan semua orang macam biasa.

22.07.20 sepatutnya chemo harini tp demam dia still happened. hati dia start rasa pain doc start bagi morfin untuk less his pain. . Kalau tengok perut dia macam orang mengandung. Hati dia membesar dari size s ke xxxl. Dia start jadi mengantuk. Tapi dia tak tidor pun dia kata bila dia tidor nanti dia macam termimpi bini dia datang la. Anak anak dia datang la 🥺
24.07.20 akhirnya chemo start harini. Semua infection berjaya kurang dan hilang. Hari ni tergerak Hati juga nak bawak satu family including bapak dia yang tak berapa sihat datang melawat dia sebelum chemo start. Alhamdulillah i managed to bring whole of his family member in a room. 1.30pm doc start chemo. He was really ok. 3 jam lepas tu tengah sembang dengan dia. Tetiba dia terbatuk. Pastu dia kata rasa nak buang kahak bagi la plastic cup kat dia dia ludah tengok seketol darah beku, terus panggil nurse. Lepas tu dia keep batuk keluar fresh blood 1/3 cup jugak. Doc datang rescue nak kurang kan batuk n bleeding, buat xray etc. Lepas tu doc kata kena transfer ke ccu sebab perlu monitor dia. Lepas tu doc panggil. Doc tunjuk lung dia seminggu lepas vs hari ni. Ca dah merebak terlampau cepat. Bleeding could probably datang dari situ. Masuk bilik dia kata doc cakap apa. Bagitau ja. Cakap la cancer kat lung dah merebak teruk. Terus minta maaf kat dia. Dia kata napa nak minta maaf, dia yg patut minta maaf tak dapat jaga kami dah. Terus cakap kat dia. Ayg redha abg. Kalau kata umur abg tak panjang insyaAllah ayg akan kuat jaga anak anak. 😭 Malam tu move CCU doc bagi stay teman dia. Dia ngadu depa kata tak boleh makan sbb takut bleeding lagi plus dia kena fasting esok nak masuk camera check bleeding tu dari mana.. Lepas tu dia kata dahaga nak air sejuk. Boleh tak ambik kan. Dia minum bersungguh. 2 botol kecik jugak dia minum. Dalam hati terdetik macam tanda orang nak p ja. Terus google. Lepas tu tanya kat dia ada nampak apa apa ka dia kata takdak la. Rupanya instinct tu betoi 😭

25.07.20 pagi tu nak procedure. Boleh masuk masa melawat ja. Balik la rumah dulu mandi semua dan datang balik 1pm. Masa tu adik dia ada teman dia. Doc kata bleeding tu takdak ape ape yg serious. Nanti nak transfer ke wad biasa balik. Dia suruh adik dia urut dia segala. Lepas tu dia cakap kat adik dia p ambik air sejuk coway kat dia. Bila adik dia patah balik ke bilik dia tengok doc dah ramai. Rupanya BP dia tertiba drop 😭. Masa tu la sampai terus p bilik tengok dia, dia cakap jangan sentuh dia sakit. Allahuuu. Lepas tu doc panggil keluar nak cakap.
Doc kata BP dia dah naik balik tapi dia worry jatuh balik. Dia kata better panggil all families member datang. Kalau setuju dia boleh comma kan tuk buy time or make him sleep. Tarik nafas dalam dalam terus cakap kat doc takpe la doc kalau umur dia tak panjang i dah redha. Tak perlu nak koma kan i cant let him suffer in pain anymore. Then Doc was right, BP dia memang drop balik. Tapi dia still sedar. Doc cakap kita move ke ICU and allowed all ppls in to see him.
Dalam 30 min doc and nurse prepare dia kat ICU and bagi kami masuk. Kami Minta maaf semua. Ajar dia mengucap banyak kali dia ikut. Sebak rasa sebab tak percaya akhirnya benda paling ditakuti 3 minggu lepas betol betol jadi. Dia kata dia nak jumpa mak dia. Semua nya smooth sangat. Cakap kat dia “abg sabar sikit ye mak dah nak sampai”. Bila mak dan anak anak sampai cakap dengan dia semua. Terus semua orang minta maaf kat dia jugak serentak. Dia siap cakap “sorang sorang cakap” ☺️. Dia still sedar sampai la nafas dia dah dekat dada. Allahu bila kalih ja tengok rupanya ramai sangat families and friends yang dah sampai and nak ucap selamat tinggal kat dia.

Ramai orang syg awak. Tengok la ramai orang datang tak putus putus sampai hari kebumi. 4.50pm he left us. Panggil nurse cakap dia macam dah takdak. Nurse kata can i call doc to check and declare.

Sy mungkin bukan isteri yang sempurna tapi sy beruntung ada suami yang sempurna buat sy. Walaupun sekejap tapi puas dapat jaga 3 mggu awak sakit. Terngiang ngiang awk ckp “abg rasa kuat bila ayg overnight sini, kekuatan tu luar biasa 🥺” semoga kasih sayang kita kekal ke syurga.

PS : Mami buat coretan ni untuk Dahlia dan Lily baca satu hari nanti. 💞
Muhammad Ashraq Salahuddin
04.04.86 – 25.07.20
Advance Pancreatic Carcinoma (Cancer)
Kredit: Syarima Ghazali

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


