Sarapan pagi adalah penting untuk semua orang apatah lagi ibu yang menyusukan anak. Ini kerana ia menjadi permulaan hari yang lebih bagus.
Kadangkala disebabkan kesibukan menguruskan rutin harian, ramai ibu menyusu terlupa makan sarapan pagi. Sebenarnya tak semestinya anda perlu masak makanan yang berat dan sukar disediakan.
Menu sarapan pagi yang mudah tetapi berkhasiat untuk ibu menyusu seperti dikongsi oleh Puan Siti ‘Aisyah ini boleh dicontohi. Tiada lagi alasan ‘skip breakfast’.
BREASTFAST MUDAH + BERKHASIAT BUAT IBU MENYUSU
Baru-baru ni ada ibu mengadu pada saya, pagi-pagi kerap “skip” breakfast.
Buat ibu menyusu, breakfast sangatlahpenting!
ELAKKAN skip breakfast!
Saya akan kongsikan menu breakfast yang simple untuk ibu.
(Ni kalau tak sempat nak buat & fikir menu “kompleks” macam mee goreng, nasi goreng, roti canai dan lain lagi)
MENU PAGI IBU MENYUSU
Biasanya diambil pada pukul 7-8 pagi.
1. Roti wholemeal
2. 2 biji telur + ditabur lada putih
3. Butter atau jem yang anda suka.
4. Air kosong @ teh hijau + madu
Pukul 10 pagi.
SUSU KURMA
1. 3 biji kurma dibuang biji
2. Rendam dalam air panas (supaya kulit luar kurma lembut dan senang keluar.
3. Lepas 10 minit, kupaskan kulit luar kurma. Isi kurma dalam bekas.
4. Tuangkan fresh milk dan guna mixer untuk blendkan susu fresh + isi kurma.
Terus minum! Moga bermanfaat.
Menu ini kaya serat, cukup karbohidrat, protein, iron dan segala nutrisi yang diperlukan oleh tubuh ibu menyusu di waktu pagi.
Untuk menghasilkan SUSU CUKUP + BERKUALITI.
Sumber: Siti ‘Aisyah