Selepas melahirkan, setiap ibu pasti ingin menyusukan sendiri bayi dengan susu ibu yang kita sedia maklum akan khasiat yang terkandung di dalamnya. Namun ada sesetengah perkara yang membuatkan ibu rasa cepat putus asa dan akhirnya memberikan bayi dengan susu formula.
Perkongsian oleh Dato’ Dr. Suriyakhatun untuk ibu-ibu baru yang akan menyusukan anak dengan susu ibu boleh dijadikan panduan. Menurutnya bakal ibu perlu mendapatkan ilmu penyusuan supaya tahu betapa pentingnya menyusukan bayi dengan susu ibu. Tambahnya juga jika perlu ibu-ibu boleh berjumpa dengan pakar laktasi jika mengalami masalah berkaitan penyusuan.
Ikuti perkongsian beliau:
Saya harap bakal ibu semua akan dapatkan ilmu menyusukan anak dengan susu badan.
Selepas bersalin memang susu yang keluar sedikit dan pekat. Anak baru lahir perlukan susu ini. Susu awal ibu ada kolostrum yang anat penting untuk imun bayi. Janganlah disebabkan tak faham perkara ini ibu berikan anak susu formula dalam botol. Langkah ini mungkin akan gagalkan penyusan seterusnya di samping memberi anak susu yang serba kurang berbanding susu ibu.
Bila anak di biasakan dengan botol dan puting getah yang mudah di hisap berbanding susu badan yang memerlukan tenaga hisap ysng lebih kuat, anak akan tolak susu badan selepas itu. Ibu yang tidak ada pengalaman akan cepat mengaku kalah dan beri susu botol seterusnya.
Sebenarnya anak perlukan aktiviti menyusu dari ibu sebab usaha menghisap susu ibu latihkan lidah dan ototnya untuk bercakap kelak. Otot muka juga terbina dengan baik dan bentuk muka anak susu badan lebih sempurna.
Susu badan adalah susu hidup yang ada prebiotik probiotik enzim hormon dan antibodi yang melindungi anak. Susu formula tidak ada semua ini.
Susu badan memang kelihatan cair berbanding susu formula namun ini yang anak perlukan. Jika ibu makan seimbang emosi stabil cukup rehat dan buang ait besar lawas tidak ada sebab susunya kurang khasiat.
Berjumpa dengan kaunselor laktasi jika ada masalah penyusuan. Jangan cepat give up.
Sumber: Dr Suriyakhatun
Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Akibat Kurang Kalsium Si Kecil 6 Tahun Ini Terpaksa Jalani Pembedahan Mencabut Semua Giginya!
Kalsium seperti yang kita ketahui memainkan peranan penting dalam badan manusia untuk menjaga kesihatan tulang dan gigi. Selain itu kalsium juga membantu jantung manusia berdegup dengan baik dan bekerja untuk menjadikan darah, otot dan saraf berfungsi dengan baik juga.
Kekurangan kalsium boleh menyebabkan kita kerap sakit pinggang, kurang nafsu makan, kerap gelisah, lesu, berpelung, kejang, sembelit dan sesak nafas, turunnya metabolismen, daya tahan badan dan insomnia. Kurang kalsium juga boleh mengganggu kesihatan gigi manusia.
Jangan main-main dengan perkara ini kerana ia telah dialami sendiri oleh anak kepada Atuk Limie Mohamad yang terpaksa menjalani pembedahan membuang kesemua gigi susunya akibat mempunyai masalah kekurangan kalsium dan masalah lain.
Semoga perkongsian daripadanya ini dapat dijadikan teladan kepada semua ibu bapa lain supaya jangan mengabaikan tentang penjagaan gigi dan pemakanan anak dari kecil. Baca kronologi perkongsian kisah anak kecil ini.
Alhamdullilah.. Hannan Selamat dah buang semua gigi.. Skrg dia dah separuh sedar… Doktor kejut gok.. biasa org lain tidur 3-4jam. Terima kasih semua sahabat berkat Doa Semua.
#Makluman pada yg share
Gigi rosak bukan sebab kuat makan coklat. Anak saya ni kurang calsium lepas susu ibu dia tak minum susu. Dan kuat milo dan malas gosok gigi. Kalau punca coklat 2 Org lagi abg dan kak dia akan terima nasib yg sama.
Pada semua yang PM saya. Maaf saya tak sempat nak jawab semua msg anda.Tp saya jawab bila free. Dibawah ni saya sertakan kronologi anak saya.
#Kronologi Pembedahan Gigi Hannan
Kerosakkan gigi Hannan bukan berpunca dari kuat makan gula-gula. Punca utama Hannan selepas 2tahun susu ibu. Hannan tidak lagi minum susu. Sebaliknya dia lebih suka minum milo. Dan lambat lepa.. kopi Abi dia pun dia minum. Kekurangan Calsium gigi bercampur malas gosok gigi punca utama kerosakkan gigi Hannan.
4 Tahun
Masuk umur 4tahun. Hannan pernah buat pemeriksaan gigi di klinik swasta. Doctor hanya bagi ubat tahan sakit.
5 Tahun
Berumur pertengahan 5 Tahun. Boleh dikatakan setiap minggu Hannan Sakit gigi sampai tak boleh tidur… skali lagi buat pemeriksaan klinik swasta. Kali ni kesan kerosakan lebih besar… gigi geraham dia telah rosak dan berlubang. Menyebabkan gusi bengkak. Pada masa yg sama.. gigi depan juga sudah rosak menyebabkan nafas berbau. Kami minta Doktor buang. Tapi dinasihatkan biar gigi susu tercabut sendiri. Dan doktor hanya bagi ubat tahan sakit yg mampu bertahan seminggu.
November tahun 2017 skali lagi kami ke klinik pemeriksaan. Masa ni gusi Hannan dah bengkak dan dia sendiri tidak selesa.. dgn selalu meludah mungkin sebab gusinya bengkak.Doctor nasihatkan kami pergi ke klinik kerajaan. Kerana umur hannan baru 5tahun dan ada risiko utk buat di klinik swasta. (Risiko blaje besor kikiki, Moga kite rakyat yang membayar cukai..kite cari Hospital kerajaan).
Permulaan kami pergi ke klinik gigi 1Malaysia. Utk buat pemeriksaan. (Doctor baru) . Doctor cadangankan bertahan dgn ubat tahan sakit dahulu.. utk cuba rawat gusi dan tahan sakit gigi. Keadaan masih tidak berubah. Hanya bertahan satu @ minggu sahaja.Selepas sebulan Kami pergi lagi buat pemeriksaan. Kali ni Doctor klinik 1Malaysia cadangkan tunggu sehingga umur 6 Tahun utk temu janji cabut gigi.
6Tahun
Kami kena datang skali lagi ke klinik 1Malaysia utk buat pemeriksaan dan temu janji. Alhamdullilah walaupun doctor lain.. tp rekod Hannan sudah ada.. hanya sambung kes.. dan buat temu janji dgn pakar utk rujuk ke hospital besar kuala terengganu. Pertengahan January kami dapat date utk temu janji di hospital besar. Datang utk pemeriksaan skali lagi oleh pakar. Dan pada mulanya dicadangkan utk cabut mana gigi yg rosak. (Cuma tinggal 3btg sahaja gigi depan yang elok). Skali lagi diberi tahu utk temu janji cabut gigi Hannan perlu tunggu 3 hingga 6 bulan. Erkkk lamanya… Tp sebenarnya perkara biasa kerajaan sebab kena selesai kes terawal.. Pihak hospital akan call bila tarikh yg ada.
Selepas 2minggu buat pemeriksaan pakar. Alhamdullilah dapat panggilan dari Hospital bagi date 21hb febuary boleh datang ke hospital utk pemeriksaan bius. Dan 22hb feb Hannan dapat date pembedahan. Alhamdullilah. Bagi tahu Hannan Esok nok cabut Gigi. Suka dia dgr…
22 Feb. 2018
10.45 pagi Hannan Dibawa ke bilik bedah.
11.15 pagi Hannan diminta doctor utk meniup belong (bukan belong sebenarnya bius yg diletakkan dimulut). Dlm 5minit Hannan mula tidur.. Dan saya diminta mencium anak dan dikehendaki tunggu diluar.
12.30 Saya dipanggil dan diberitahu pembedahan dah selesai. Hannan dikeluarkan dari bilik pembedahan. Semasa berbincang dgn doctor keadaan semasa Hannan. Tiba tiba dia buka mata dgr apa saya bincangkan dgn doctor.. eh! Terkejut… sepatutya dia masih tidur. Memandangkan dia sedar.. saya tanya dia “Sakit dok Hannan?” Dia hanya hilingkan kepala tanda tidak sakit. Perjelasan Doctor dia cabut semua gigi sebab 1. Gigi rosak teruk, 2.Gigi depan dia dah nak keluar gigi kekal dan dah bergoyang.
1.00pm Hannan di pindahkan ke Wad untuk rehat. Masa ni dia tak tidur.. cuma asyik salin kapas mulut utk buang darah.
1.30pm Nurse datang hantarkan Milo ais dan Ais kosong. (Lupa nak bagi tahu. Hannan kena puasa dari 12malam hingga selesai pembedahan. Air masak juga dilarang minum pada masa ni. Jadi dari 9.30 mlm sebelum hingga 1.30pm Hannan tidak minum dan makan).
1.30-4.00 Masih menunggu pengesahan Doctor utk pulang.
4.30 Alhamdullilah dibenarkan pulang dan Hannan berada dlm keadaan sihat seperti biasa.
Perjalanan Pulang. Permintaan pertama Hannan aiscream, dan saya ajak dia makan roti utk alas perut. Habis sebijik telur separuh masak dan roti sekeping.. berselera macam dok sakit.
Alhamdullilah Selesai masalah gigi Hannan.
Berkenaan bayaran
Saya update sedikit yg bertanya kos rawatan
Utk klinik swasta skali rawatan antara RM40-RM55.
Klinik 1Malaysia RM1.00 setiap kali rawatan.
Hospital Besar Pakar RM18.00 (jika kakitangan kerajaan Percuma @ Maybe RM1.00).
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jangan Mudah Putus Asa Bila Berdepan Cabaran Penyusuan. Info Ini Dapat Tingkatkan Keyakinan
Hampir semua wanita menyimpan hasrat untuk memberikan susu ibu secara eksklusif kepada si kecil sehingga usia enam bulan dan meneruskannya sehingga dua tahun. Dalam melengkapkan misi ini, tentunya banyak cabaran yang perlu dihadapi. Setiap cabaran yang dihadapi pasti akan ada cara untuk mengatasi.
Semua wanita bergelar ibu pasti mempunyai impian untuk menyusukan sendiri bayi. ia merupakan hadiah pertama paling berharga dan terbaik buat yang tersayang. Susu ibu dicipta oleh Allah SWT sebagai rezeki yang perlu disalurkan kepada anak melalui ibu.
Kebiasaannya, ramai ibu terutama yang pertama kali melahirkan anak seakan-akan hilang arah dan tiada panduan penyusuan sejurus selepas melahirkan bayi. Ada juga golongan yang bersungguh mahu menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu tetapi keliru apa yang sepatutnya dilakukan dek kurang sokongan dan ilmu penyusuan.
Sokongan suami dan keluarga
Ramai ibu beranggapan penyusuan merupakan suatu perkara yang mudah dan susu akan dihasilkan dengan banyak sejurus selepas melahirkan. Sedangkan realitinya tidak. Bukan mudah untuk menjayakan penyusuan jika tiada sokongan padu daripada suami dan persekitaran. Penyusuan bukan sahaja tanggungjawab ibu, malah tanggungjawab ayah juga.
Jika bersungguh mahu menjayakan penyusuan susu ibu, ibu bapa seharusnya mula membuat persediaan awal sebelum kelahiran anak. Persediaan awal ini adalah mencari maklumat dan memenuhkan dada dengan ilmu penyusuan sebanyak yang boleh. Perkara utama yang perlu diketahui adalah bagaimana dan bila sebenarnya susu mula terhasil dan sedia ada di dalam payudara.
Ketahui kewujudan kolostrum
Ramai ibu tidak menyedari dan tidak tahu, badan menghasilkan susu sejak dari peringkat awal kehamilan iaitu pada fasa memogenesis (sekitar minggu ketujuh atau kelapan kehamilan).
Seterusnya apabila kandungan masuk ke trimester kedua sekitar 16 – 24 minggu proses penghasilan susu untuk menghasilkan kolostrum (laktogenesis 1) bermula. Ini bermakna sejak dari kandungan lagi payudara telah menghasilkan susu! Hebat sekali ciptaan Allah SWT kerana Dia sediakan susu seawal usia kandungan 24 minggu. Pada waktu ini, ada bayi yang dilahirkan pramatang. Walaupun bersalin awal, ibu tetap mampu menyusukan anak.
Kolostrum merupakan susu pertama yang sangat berharga dan perlu diperoleh oleh bayi sebanyak yang boleh kerana di dalamnya terkandung banyak manfaat di antaranya zat antibodi (imunoglobulin). Selain itu, terdapat faktor-faktor pertumbuhan yang berfungsi untuk menyempurnakan pertumbuhan dan perkembangan manusia dari bayi hingga dewasa.
Susu tiada selepas bersalin?
Jawapannya tidak benar! Setiap ibu yang melahirkan anak sudah mempunyai susu. Penghasilan kolostrum sudah bermula sejak minggu ke-16 kehamilan. Cuma paras hormon yang berbeza membuatkan ada ibu yang mula keluar susu sejak sebelum melahirkan. Ada ibu lain hanya keluar susu pada hari kedua atau ketiga bayi dilahirkan.
Bagi meningkatkan paras hormon prolaktin, rangsangan daripada hisapan bayi sangat diperlukan terutama pada jam-jam pertama kelahiran. Oleh itu, anda perlu:
- Mendapatkan bayi secepat mungkin untuk disusui supaya proses pengeluaran susu lebih cepat berlaku.
- Bersedia dan susukan bayi dengan yakin tanpa ragu-ragu. Bila puting payudara dipicit ia seakan tiada susu, kerana fizikal kolostrum yang pekat dan sangat sedikit sesuai dengan keperluan dan saiz perut bayi yang sangat kecil.
- Warna kolostrum jernih pada awalnya dan kekuningan menyebabkan ia tidak kelihatan. Hanya rangsangan kerap pada payudara dapat membantu kolostrum diterima oleh bayi.
- Apa yang perlu anda lakukan hanyalah susukan anak sekerapnya termasuk sebelah malam.
- Lebih kerap payudara mendapat rangsangan, lebih cepat kolostrum keluar dan lebih banyak kolostrum diterima oleh bayi. Jadi, lebih banyak susu bakal terhasil.
- Jangan risau kerana bayi mampu bertahan selama enam jam walaupun tanpa makanan kerana bekalan makanan yang diterima dari plasenta mampu menampung keperluan jam-jam pertama kehidupannya.
- Bayi menangis bukan semata-mata kerana kelaparan. Banyak faktor penyebab yang lain. Susukan anak kerana hanya penyusuan dapat menenangkannya.
Pelekapan betul
Pelekapan betul membantu melancarkan aliran susu ibu serta penghasilannya. Hal ini perlu diberi penekanan dalam penyusuan di peringkat awal kelahiran. Teknik pelekapan yang betul mustahak untuk memastikan anak mendapat bekalan susu yang cukup untuk keperluan tumbesarannya dan mengelakkan payudara mudah melecet atau luka.
Adalah sesuatu yang normal jika anda mengalami puting melecet atau merekah pada minggu-minggu pertama kelahiran. Ia akan beransur pulih secara perlahan-lahan. Apabila puting mula melecet atau merekah, emosi anda tentunya mudah terganggu dan menyebabkan penyusuan menjadi tidak lancar. Sebaiknya belajar teknik pelekapan dan posisi terbaik sejak dari awal agar penyusuan dapat berjalan lancar dan menyeronokkan.
Pelekapan yang betul bukan hanya membantu anak mendapat susu yang cukup, ia juga memastikan anda menghasilkan bekalan susu mencukupi. Bagi mengelak masalah puting merekah, sebaiknya anda menyapu susu ibu setiap kali selesai sesi penyusuan. Susu ibu mengandungi vitamin dan ciri-ciri anti mikrob yang membantu memulihkan rekahan dan mengelakkannya berulang. Bantuan dan sokongan moral daripada suami dan keluarga amat diperlukan pada saat menyakitkan ini.
Pelekapan yang terbaik adalah apabila mulut bayi terbuka luas, dagu bersentuh dengan payudara, hidung tidak tertutup oleh payudara, bibir atas dan bawah melekap keluar. Bayi melekap di kawasan areola bukan bergantung pada puting semata-mata. Bagi memastikan penyusuan berjaya, anda perlu merapatkan bayi secara mengiring dan rapat pada tubuh. Pastikan perut anda dan bayi bertemu. Lengan anda mengampu belakang dan punggung bayi dalam keadaan yang selesa.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Lancarkan Susu Ibu, Mesti Berurut Selepas Bersalin. Banyak Kebaikan Lainnya Juga
Mana-mana wanita yang pertama kali bersalin, perlu tahu bahawa urutan adalah rutin yang sangat penting dalam amalan berpantang.
Sejak daripada dahulu hingga kini, urutan selepas bersalin masih diamalkan kerana banyak manfaatnya kepada anda apabila ia menunjukkan kesan positif.
Berikut adalah antara kebaikan dan kepentingan urutan selepas bersalin yang patut anda tahu.
Melegakan sakit badan
Proses kehamilan dan kelahiran adalah sesuatu yang memenatkan. Tanpa anda sedar, ia memberi tekanan kepada bahagian tubuh tertentu terutamanya bawah abdomen, belakang, dan pinggang.
Selepas bersalin, bahagian berkesan masih tertekan kerana ia digunakan sepanjang anda menjaga dan menyusukan bayi. Sesetengah posisi penyusuan jika tidak dilakukan dengan betul boleh menyebabkan ketidakselesaan badan.
Urutan akan membantu anda untuk lebih relaks selain melegakan kesakitan yang dialami.
Melancarkan perjalanan darah
Urutan lembut di seluruh badan mampu melancarkan perjalanan darah di samping membantu membuang toksin dalam badan.
Dengan teknik yang betul, ia berupaya mengeluarkan darah beku yang terperangkap di dalam rahim.
Mempercepatkan proses pemulihan
Urutan yang dilakukan di bahagian tertentu tubuh dapat membantunya sembuh segera. Dapatkan tukang urut bertauliah dan berpengalaman untuk mengelakkan sebarang risiko.
Melancarkan pengeluaran susu ibu
Urutan diyakini berkesan dalam mengatasi masalah berkaitan pengeluaran susu ibu.
Ada benarnya kerana apabila berurut, tubuh akan menjadi kurang stres dan secara tidak langsung membantu proses penghasilan susu ibu dengan lebih efektif.
Selain itu, sentuhan juga membantu rembesan hormon oksitoksin yang mencetuskan let down reflex, lalu menggalakkan produksi susu ibu daripada puting payudara.
Mencegah tekanan
Urutan dapat membantu anda berasa relaks. Selain sentuhan dan tekanan urutan lembut, aroma daripada minyak herba juga membantu anda berasa lebih tenang.
Apabila kurang stres, anda akan lebih yakin menguruskan bayi dan mampu menjaga kesihatan diri dengan baik. Dengan yang demikian, risiko meroyan dapat dikurangkan.
Membentuk tubuh
Urutan juga dapat membantu memecahkan lemak yang terkumpul semasa kehamilan. Malah dengan pemakaian bengkung, ia akan membantu mempercepatkan proses pemulihan dan membentuk tubuh agar kelihatan langsing.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI