Kajian membuktikan ibu yang menyusu anaknya dengan susu ibu sepenuhnya lebih cepat berjaya menurunkan berat badan berbanding ibu yang tidak menyusukan bayi.
Seperti yang diketahui, sebagai ibu menyusu, anda memerlukan tenaga tambahan sebanyak 200 hingga 500 kalori untuk penghasilan susu berbanding dengan wanita normal.
Pada waktu ini, lemak berlebihan yang disimpan ketika hamil akan digunakan sebagai sumber tenaga bagi penghasilan susu ibu. Sebab itulah ibu menyusu lebih cepat kurus berbanding ibu yang tidak menyusu.
Tangguh diet sehingga bayi berumur dua bulan
Anda dinasihatkan untuk menunggu sehingga bayi berumur dua bulan sebelum memulakan sebarang diet.
Hal ini memastikan tubuh diberi peluang untuk menghasilkan susu dengan stabil dan tidak mudah terjejas ketika anda cuba berdiet.
Susukan bayi secara kerap
Kajian menunjukkan penyusuan secara kerap dan tanpa had yang diteruskan selama enam bulan dapat mengurangkan badan dengan lebih mudah.
Ambil kalori 1500 – 1800 sehari
Pastikan anda mengambil kalori sekurang-kurangnya 1500 – 1800 sehari ketika dalam proses penyusuan susu ibu.
Anda perlu tahu, kajian menunjukkan jika jika ibu mengambil kurang daripada jumlah yang disyorkan, ia boleh menjejaskan penghasilan susu.
Pastikan berat hilang tidak lebih 0.7kg seminggu
Kehilangan berat badan sebanyak 0.7kg atau 2.7 kg sebulan selepas bayi berumur dua bulan tidak akan menjejaskan penghasilan susu atau memudaratkan bayi.
Kurangkan kalori beransur-ansur
Pastikan anda mengurangkan kalori perlahan-lahan secara beransur-ansur. Kehilangan kalori secara mendadak boleh menjejaskan penghasilan susu.
Jangan gunakan produk penurun berat badan
Anda sama sekali tidak digalakkan untuk mengambil sebarang jenis produk ya g dikatakan boleh membantu mengerangkan berat badan ketika masih menyusukan bayi.
Lebihkan protein
Hal ini dapat anda lakukan dengan mengurangkan pengambilan lemak tatepi gantikan kepada pengambilan lebih protein.
Pangambilan protein untuk ibu menyusu yang disarankan ialah sebanyak 65gm sehari untuk enam bulan pertama dan kemudiannya 62gm sehari daripada umur bayi enam bulan hingga setahun
Lakukan senaman ringan
Dengan melakukan senaman ringan, ia boleh membantu anda membakar lemak berlebihan di samping memastikan otot-otot kekal kuat.
Ambil snek sihat
Ubah snek yang berupa pengambilan biskut atau makanan berkalori tinggi kepada sayuran hijau atau makanan yang kaya protein seperti tauhu, tempe, kekacang, bijirin atau soya dan makanan rendah kalori serta tinggi serat yang lain.