Meroyan atau postpartum depression tidak boleh dipandang ringan. Ibu yang mengalaminya boleh tergamak mengelar leher anak sendiri.
Bayi berusia 5 hari, menjadi mangsa ibunya yang sedang bergelut dengan kemurungan selepas bersalin. Hiralbahen Bhavsar, 29 bertindak mengelar leher dan lengan bayinya dengan pisau.
Dia yang telah ditahan pihak berkuasa sebelum itu telah menghubungi polis dan memberitahu mengalami sakit dada dan suami, Jaymin cuba untuk membunuhnya. Bagaimana pun, ahli keluarga yang lain menafikan penglibatan suaminya dalam cubaan membunuh.
Di saat lelaki itu digari polis, kemudian Hiralbahen keluar dari bilik tidur dan mengakui “Bukan, bukan dia yang membunuh. Saya yang membunuh. Saya telah membunuh anak saya.”
BAYI DITEMUI DENGAN KESAN KELAR PADA LEHER DAN LENGAN
Dalam siasatan yang dijalankan, polis menjumpai mayat bayi di dalam bilik dengan kesan kelar pada leher dan lengan. Apabila ditanya mengapa membunuh anak sendiri, dia menjawab dia tidak mahukan bayi itu dan ambil keputusan untuk membunuhnya.
AMBIL ‘SESUATU’ DARI DAPUR & KEMBALI KE BILIK
Suami Hiralbahen, Jaymin memberitahu polis, isterinya itu telah membawa bayi mereka yang menangis ke bilik semasa dia sekeluarga menikmati makan malam. Bagaimana pun, dia melihat isterinya keluar dari bilik yang terletak di bahagian hadapan rumah itu tanpa bayi mereka, mengambil sesuatu daripada dapur dan kembali ke bilik berkenaan.
Apa yang ‘menyeramkan’ beberapa jam sebelum bertindak mengelar si kecil, Hiralbahen telah memuatnaik gambarnya bersama anak dan suami di FB. Bagaimana pun, gambar berkenaan telah pun dipadamkan.
ORANG SEKELILING TIDAK MENYANGKA IBU ALAMI MEROYAN
Jiran-jiran keluarga ini tidak menyangka Hiralbahen menderita postpartum depression atau meroyan kerana dia kelihatan normal dan berkelakuan seperti biasa. Seorang ibu yang sihat tidak akan berbuat demikian kepada anak sendiri.
Ibu ini telah pun didakwa dengan kesalahan membuh dan pemilikan senjata untuk tujuan yang menyalahi undang-undang.
Sumber: Metro.co.uk
Artikel berkaitan: Doktor Jelaskan 11 Tanda Ibu Alami Meroyan Yang Orang Sekeliling Kerap Pandang Remeh
Pa&Ma ingin berkongsi info mengenai post partum depression atau meroyan yang terjadi kepada ibu selepas bersalin. Ibu sendiri, suami dan ahli keluarga perlu peka keadaan ini.