Seorang bayi lelaki berusia 19 hari meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru di rumahnya di Kampung Kubang Bonggor Hulu Melor, Kelantan.
Kejadian menimpa Mohd Al Amin Rafael Mohd Rosli tersebut disedari ibunya, Miss Nuriah Mansur, 41, pada jam 9.45 malam.
Nuriah berkata, dia sebelum itu menyusukan anak bongsu daripada lima beradik berkenaan sebelum menidurkannya.
Suaminya, Mohd Rosli Deraman, 51, pula ketika itu berada di dalam bilik kerana menidurkan anak perempuan mereka yang berusia 4 tahun.
“Mohd Al Amin Rafael pula ada bersama saya dan saya memberikan susu badan kepadanya kira-kira pada jam 9 malam, selepas itu saya sendawakan dia dan bermain dengannya sebelum dia membuang air besar.
Ads
“Siap membersihkan najis saya menidurkannya dan kemudian pergi ke dapur untuk makan tetapi berasa tidak sedap hati lalu berpatah balik untuk melihatnya.
“Ketika itulah saya nampak dia yang tidur di atas tilam kecil di ruang tamu rumah dalam keadaan mulut yang ternganga. Semasa cuba mengangkat untuk diletakkan di atas riba, tangannya sudah terkulai,” katanya ketika ditemui di rumahnya.
Ads
Menurutnya, dia kemudian menghubungi pihak hospital dan doktor yang datang ke rumah mengesahkan anaknya itu sudah meninggal dunia lalu dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini.
“Semasa tengok najisnya sebelum itu saya sudah berasa pelik kerana berwarna kuning bercampur hijau. Sepanjang mengandungkannya saya berasa tidak sedap hati sehinggalah dia dilahirkan pada usia tujuh bulan seberat 2 kilogram melalui pembedahan pada 30 Julai lalu.
Ads
“Tiga hari lalu saya bermimpi dia menyusu badan dan merangkak sambil melambai-lambaikan tangannya ke arah saya seolah-olah sudah memberi petanda dia akan pergi meninggalkan kami sekeluarga,” katanya sebak.
Sementara itu, Mohd Rosli berkata, doktor memberitahunya punca kematian anaknya itu akibat kuman pada paru-paru menyebabkannya tidak boleh bernafas dan meninggal dunia.
“Saya diberitahui oleh doktor anak saya ini meninggal dunia kerana kuman pada paru-paru hasil daripada laporan bedah siasat yang dilakukan Unit Forensik HRPZ II hari ini.
“Kami sekeluarga masih terkejut dengan kematiannya namun reda dan percaya ada rahmat di sebalik ujian ini. Jenazah anak kami akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Pak Da Daud Jambu Merah, Melor,” katanya.
Perginya si kecil dalam satu kemalangan jalanraya, keluarga tidak sanggup memberitahu si ibu perkhabaran pilu yang bayinya Nur Auliya Inara sudah tiada.
Dalam kemalangan yang berlaku pada 14 April lalu, 4 sekeluarga terlibat dalam kemalangan jalanraya di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru. Seorang bayi perempuan, Auliya Inara berusia 10 bulan maut manakala tiga ahli keluarganya iaitu bapa, Mohamad Nirzaudy Haiqal, ibu, Wan Nur Izzaty Wan Mohd. Zaffar dan kakaknya, Nur Auliya Maisara, 2 tahun cedera.
Perkongsian daripada bapa saudara Allahyarham Auliya Inara, Mohamad Nirzuannudin Anuar, ini menyentap hati. Kesedihan keluarga diluahkan, apatah lagi apabila ibu Inara, Wan Nur Izzaty yang bertanya di mana anaknya setelah sedar dari koma dan bertarung nyawa dengan pendarahan yang teruk.
Bapa sedang bertarung nyawa di wad ICU dan masih koma. Dia seolah-olah berperang menentukan hidup dan mati.
Syukur ibunya sudah sedar setelah bertarung nyawa di ICU kerana koma akibat pendarahan yang teruk.
Apabila ibu Inara bertanya di mana Inara, kami semua tunduk & diam. Air mata tidak berhenti membasahi pipi.
Inara alami pendarahan kepala & terpelanting dari kereta hingga ke bawah flyover. Sungguh menyayat hati…
Sungguh kejam pembunuh Inara!!!Naik kereta mewah nampak rasa gagah.
Bapa Inara memandu kelajuan 80km/jam. Berapa kelajuan kereta si pembunuh yang melanggar hingga arwah terpelanting dari kereta & jatuh ke bawah flyover?
Terima kasih yang membantu. Semoga ibu bapa & kakak arwah sihat seperti sediakala. Alfatihah untuk anak syurga Inara.
Penyanyi terkenal, Alif Satar meluahkan rasa sebak apabila menerima sepucuk surat daripada dua cahaya mata perempuanya, iaitu Alisha Anugerah, 8 dan Ariana Mecca, 6.
Menurut Alif, ‘surprise’ itu diberikan kepadanya seusai dia pulang ke rumah dan mendapati anak-anak perempuannya itu belum tidur.
Menerusi perkongsian tersebut, Alif menunjukkan foto surat yang dituliskan anak-anaknya sebagai hadiah untuknya.
“Balik kerja lewat semalam, naik atas dan nampak anak-anak tak tidur lagi..“ayyy, awat tak tidoq lagi?”
“Kami buat kejutan untuk daddy, make sure you read it”.
“This is what they wrote. Berenang 4 kilometer kat laut aku gagah lagi matt, tapi ini barang boleh buat nangis 4 lautan bro♥️♥️ blessed!”
“Dear Daddy, here’s a gift From: Aaliah & Arinna
“I hope this will remind you of the time your loved ones was still alived, but i know you will meet them in paradise. I want you to know that your the best father anyone could ask for.
Love
AA, AM
Terharu dengan tindakan kedua anak perempuannya itu, Alif bersyukur dalam masa sama berasa sebak dengan titipan berupa pesanan dari anak-anaknya.
Kredit: Alif Satar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya kerana tinggalkan sekejap anak berusia dua tahun yang sedang menyusu botol dalam kereta kerana menghantar anak yang lain masuk sekolah, seorang ibu berdepan detik cemas.
Pegawai Bomba Kanan II, Mohamad Yunus Ali, beliau bersama anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Baling bergegas ke kawasan Sekolah Kebangsaan Tunku Putera di Baling, jam 7.52 pagi selepas dimaklumkan berkaitan seorang kanak-kanak terperangkap dalam Perodua Myvi.
“Kami berusaha sepantas mungkin bagi membuka pintu Perodua Myvi itu bagi menyelamatkan kanak-kanak dua tahun yang terperangkap.
Menurut Mohamad Yunus, ketika ditemui, kanak-kanak dikenali sebagai Yada itu sedang menyusu botol namun tidak menangis.
“Kami cepat-cepat berusaha membuka pintu selepas mendapatinya semakin gelisah,” katanya.
Mengulas lanjut mengenai kejadian itu, Mohamad Yunus berkata, kanak-kanak itu terperangkap apabila pintu terkunci daripada dalam selepas dia ditinggalkan ibunya.
“Kami ambil masa kira-kira lima minit untuk membuka pintu berkenaan dengan menggunakan peralatan khas.
“Syukur kerana orang ramai pantas menghubungi bomba memaklumkan kejadian,” katanya.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Baling, Penolong Penguasa Mohd Jamil Mat Daud berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 7.51 pagi dan tiba ke lokasi seminit kemudian.
“Tujuh anggota di kerah ke lokasi. Difahamkan, ibu kanak-kanak itu menghantar anaknya yang lain masuk ke sekolah dan kanak-kanak berkenaan ditinggalkan dalam kereta kerana sedang menyusu botol.
“Enjin kereta dibiarkan hidup namun pintu tiba-tiba terkunci secara automatik,” katanya.
Mohd Jamil menasihati ibu bapa supaya tidak leka dan meninggalkan anak kecil dalam kereta kerana ia boleh mengundang tragedi.
KPM umum tarikh sebenar SPM 2024, ujian bertutur Bahasa Melayu bermula 2 Disember. Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 akan bermula pada 2 Disember hingga 6 Februari depan.