“Ibu Minta Maaf, Doktor Dah Pesan Tapi Ibu Degil” Fasha Sandha Keguguran

Share

Pelakon, Fasha Sandha mengalami keguguran dan berita ini di maklumkan olehnya menerusi akaun instagram pagi ini. Dia yang hamil pada bulan lalu redha dengan ketentuan Illahi walaupun masih bersedih.

Ibu mintak maaf suamiku tercinta , Rayfal dan Jemyma sayang.
Sebelum cuti beraya, doktor dah pesan,untuk banyakkan berehat, jangan terlalu lasak-lasak 

Ibu tak dengar cakap doktor untuk jangan banyak bergerak masa raya ni, ibu naik turun keretapi, naik turun kapal terbang, jalan laju2 , buat kerja ,sampai selalu terlupa ada baby kecil dalam perut ibu. Ibu terlalu aktif sampai lupa kandungan awal ibu perlukan ibu banyak berehat. Ibu tau ibu bukanlah ibu yang terbaik 

To my dear followers,
Thank you for all your well wishes on my pregnancy. I’m deeply saddened to tell you I’ve miscarried.

Doakan supaya kami kuat dalam melalui ujian ini.
@itsaidilaziz kita teruskan berdoa dan usaha, semoga kita ada rezeki lagi dimasa akan datang. InsyaAllah kita akan lebih kuat #aidilfasha

Terima kasih Allah kerana telah menumpangkan ‘Anak Syurga’ ini dalam rahimku, walaupun hanya untuk seketika.

Fasha dan Aidil yang bernikah pada 30 Mac yang lalu sebelum ini mengumumkan berita tentang kehamilanya kepada peminat.

Berita Tentang Kehamilan

Syukur Alhamdulillah
Kali ke dua nampak suami mengalirkan air mata semalam(kali pertama di hari pernikahan kami)

Rasanya terlalu awal untuk berkongsi kerana kehamilan ini terlalu awal, tak mengapa, Redha, semoga kandungan ini selamat sehingga melahirkan.

Ramai bertanya, apakah tips mudah hamil~ Ramai juga DM untuk mengadu dan bertanya tips untuk bahagia di peluang kedua, ada mengadu kahwin dah lama tapi belum hamil, ada juga DM mintak kekuatan selepas penceraian. 

Saya ingin kongsi pada semua, Jawapannya adalah ‘Doa’, Percayalah pada keajaiban Doa. Its Miracle.

Selepas Pada bulan pertama berkahwin, suami bertanya saya, adakah saya hamil, jawapan saya ~ belum lagi sayang. Dia kata dia nak cepat dapat baby sebab kawan2 di umur dia kebanyakan dan 2-3 anak. Oh.. dia nak mintak baby cepat?.Bila masuk bulan kedua, saya terus menukar pattern doa saya, saya tambah kan ayat lain dalam doa, dan saya berusaha, syukur Allah makbulkan dalam masa yang singkat.

Kepada yang telah lama berkahwin dan masih menunggu saat ini, cuba ikut cara ni, tukar dan tambah ayat dalam doa, Allah Maha mendengar. Kalau nak merayu, merayulah pada Nya. Syukur Alhamdulillah , Allah maha mengetahui. Kepada yang bertanya, macam mana nak dapat kekuatan dan bagi peluang pada orang baru, hmmm macam ni lah..Sy sendiri pun tak pernah terpikir saya akan kahwin kali ke dua sbb terlalu selesa menjadi ibu tunggal. Tiba2 je Allah buat kita terkenal tanpa dirancang, dan sama2 tersuka, dan dan selamat menjadi suami isteri.

Lagi satu, selalu kena ingat ‘ semua dalam dunia ni adalah ‘Pinjaman’, Allah yang bagi, dan Allah berhak ambil balik bila2 masa je, cuma kita teruskan berdoa agar Pinjaman Allah ni berkekalan sehingga ke Akhir hayat, Insyaallah.Gambar ni diambil semalam di studio adikku @pinography .

Terima kasih adik! @arymuzamer juga.Tahu tak , semalam satu studio menangis, I terkejut tengok, cuma tak sempat nak rakam je. Rugi tak letak camera di semua tempat ..  kenangan manis. Tahniah encik suami kerana berjaya menjadi ayah kepada 3 anak. (2 anak instant dan 1 anak kita), Insyaallah kalau ada rezeki dan dipermudahkan,due date pada jatuh pada 2 Feb 2020. Syukur.

Ini perkahwinan pertama buat Aidil dan kali kedua bagi Fasha. Fasha pernah berkahwin dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 dan bercerai, empat tahun kemudian.

Bersama Rizal (Jejai), Fasha dikurniakan dikurniakan dua anak, Putra Rayfal Ramli, 5 dan Putri Raysha Jemaima, 4.

Baca Selanjutnya:

Rata-rata netizen turut bersedih atas berita kehilangan tersebut. Mereka turut menasihati Fasha agar tabah menghadapi ujian dan mungkin akan ada rezeki lain pada masa akan datang.

Moga Tabah

InsyaAllah Ada Rezeki Nanti

Banyakkan Bersabar

Sumber: Fasha Sandha

 

 

 

Published by
NuFa