Niat ibu yang mahu mengembirakan anaknya dengan membeli make up mainan bertukar episod sedih bila muka dan badan anak melecet.

Perkongsian dari Puan Fara mengenai penyesalannya sehingga anak jadi mangsa perlu dijadikan peringatan buat semua ibu bapa yang ada anak kecil.

Nak beli mainan tak salah tapi kena teliti dulu mainan itu sesuai atau tak pada anak kecil yang masih belum faham apa-apa.

Ibu Minta Maaf Sayang! Niat Happykan Anak, Akhirnya Kulit Muka Anak Melecet Akibat Make Up

IKLAN

Ya Allah tak tahu nak mulakan daripada mana. Terasa terlalu sedih, luluh hati ibu tengok kakak sakit. Sekarang umur kakak dah 3 tahun 5 bulan. Seingat ibu kakak baru demam tiga kali sejak dulu sampailah sekarang.

Ibu Minta Maaf Sayang! Niat Happykan Anak, Akhirnya Kulit Muka Anak Melecet Akibat Make Up

Ibu rasa ini lah sakit yang teruk buat kakak. Ibu minta maaf sangat-sangat kakak!

IKLAN

Ibu teringat setiap kali kakak tengok You Tube, mesti kakak minta ibu belikan make up mainan ni sebabnya nak pakaikan dekat anak patung kakak.

Ibu Minta Maaf Sayang! Niat Happykan Anak, Akhirnya Kulit Muka Anak Melecet Akibat Make Up

Sebab nak penuhi permintaan kakak, ibu belikan di pasar raya. Tak sangka pula lain yang jadinya. Kakak pula yang pakai dan kakak menderita sakit. Ibu minta maaf sayang!

IKLAN

Sekarang kakak sakit ibu tak sanggup tengok. Sedih tak boleh nak luahkan macam mana perasaan ini. Ya Allah sembuhkanlah sakit Anak ku Ya Allah amin amin amin.

Ibu Minta Maaf Sayang! Niat Happykan Anak, Akhirnya Kulit Muka Anak Melecet Akibat Make Up

Sekarang bila kakak panas habis melecet kulit muka. Lepas tu akan mengelupas. Badan pun turut melecet kerana bahan kimia tu dah masuk dalam salur darah kakak.

Sumber: Puan Fara

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI