
Ibu muda yang didakwa membunuh anaknya berusia satu tahun enam bulan dengan menekup bantal di muka bayinya di bawa ke Mahkamah Majistret hari ini.
Tertuduh, Umishahirah Khalid, 20, mengangguk faham sejurus pertuduhan dibacakan, namun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana ia di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Berdasarkan kertas pertuduhan, wanita itu didakwa membunuh dengan niat menyebabkan kematian ke atas anak lelakinya berusia satu tahun enam bulan antara 11 Januari kira-kira jam 5.25 petang hingga 12 Januari jam 11.30 pagi di sebuah kondominium di Vertex Tower, Cybersquare, Cyberjaya.
ARTIKEL BERKAITAN [Temui Ajal Ditangan Ibu! Bagi Alasan Jatuh Sofa, Rupanya Tekup Muka Anak Dengan Bantal]

Pertuduhan dibaca mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan, Nur Sabrina Zubairi di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman, manakala tertuduh diwakili peguam, Johan Radzi.
Dirujuk ke hospital sakit jiwa
Nur Sabrina membuat permohonan kepada mahkamah di bawah Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah supaya tertuduh dirujuk ke hospital bagi pemeriksaan dan pemantauan mental.
Beliau juga mencadangkan mahkamah menetapkan satu tarikh bagi sebutan serahan dokumen laporan forensik, kimia dan psikiatri hospital.
Mahkamah menetapkan 20 Mac depan sebagai tarikh sebutan kes.
Semalam media melaporkan, seorang ibu muda tergamak menekup dan mencekik anak lelakinya berusia setahun enam bulan sehingga mati.

Suspek berusia 20 tahun itu bagaimanapun ditahan bersama teman lelakinya di sebuah kondominium di Cyberjaya di sini, pada 12 Januari lalu.
Difahamkan, suspek bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta sedang dalam proses perceraian selepas hampir dua tahun mendirikan rumah tangga bersama suaminya seorang penganggur.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof dilapor berkata, dalam keterangan awal suspek mendakwa kononnya mangsa terjatuh dari sofa sebelum dihantar ke Hospital Cyberjaya untuk rawatan.
Kredit: Berita Harian
Anak belum lancar membaca? Belajar cara mudah nak ajar anak tanpa perlu rasa stres, daftar secara percuma di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-cepat-belajar/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sangka Hamil Rupa-rupanya Norsiah Hidap Kanser Hati Tahap Empat

Sangka hamil rupa-rupanya Norsiah hidap kanser hati tahap empat. Sepasang suami isteri di Kampung Bok Bak sedang melalui ujian kehidupan yang amat mencabar apabila kedua-duanya didiagnosis dengan penyakit kronik serius yang memberi kesan besar terhadap kehidupan seharian mereka.
Sangka Hamil Rupa-rupanya Norsiah Hidap Kanser Hati Tahap Empat
Norsiah Hashim, 35, pada mulanya menyangka dirinya hamil apabila perutnya membesar secara luar biasa. Namun, pemeriksaan perubatan mengesahkan bahawa dia sebenarnya menghidap kanser hati tahap empat, yang menyebabkan perutnya dipenuhi cecair.
Suaminya, Mohd Zaki Md. Isa, 36, pula berdepan dengan penyakit buah pinggang kronik dan perlu menjalani rawatan dialisis sebanyak tiga kali seminggu. Keadaan ini menyebabkan beliau tidak lagi mampu melakukan pekerjaan berat.

Menurut Norsiah, semuanya bermula apabila kedua-dua kakinya mengalami bengkak. Beliau kemudiannya mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, sebelum menerima diagnosis mengejutkan pada Julai tahun lalu.
“Saya tidak sangka penyakit ini datang dengan begitu cepat. Sekarang, perut saya membesar seolah-olah saya mengandung sembilan bulan,” katanya semasa lawatan Pengerusi Cancer Survivors Malaysia (CSM), Zuraini Kamal, yang hadir menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai dan barangan keperluan asas kepada mereka.
Akibat penyakitnya, Norsiah kini mengalami kesukaran untuk bergerak dan memerlukan bantuan tongkat untuk berjalan perlahan dalam rumah. Dalam masa yang sama, Mohd Zaki yang dahulunya bekerja sebagai pemandu di syarikat telekomunikasi, terpaksa berhenti kerja kerana keadaannya yang semakin uzur.
“Kehidupan kami kini bergantung sepenuhnya kepada bantuan daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) bagi menampung perbelanjaan harian dan kos perjalanan ke hospital,” katanya lagi.
Mereka juga terpaksa mendapatkan bantuan daripada kenalan dan jiran untuk urusan ke hospital kerana Mohd Zaki tidak lagi mampu memandu dalam jarak yang jauh.
Lebih menyayat hati, keluarga ini turut menghadapi cabaran lain apabila bapa Norsiah, Hashim Lahman, 72, mengalami masalah penglihatan dan pernah menjalani pembedahan pada tahun 2022.

Selain itu, kakaknya Siti Hajar, 40, merupakan seorang OKU yang pekak dan bisu, tinggal bersama mereka. Anak tunggal Siti Hajar, Muhammad Syukur Md. Zuki, 21, juga merupakan OKU pelbagai, dan kedua-duanya hanya bergantung kepada bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk kelangsungan hidup.
Semenjak Norsiah jatuh sakit, segala urusan rumah banyak dibantu oleh Siti Hajar, termasuk memasak dan menguruskan keperluan isi rumah.
Pihak hospital memaklumkan bahawa Norsiah memerlukan penderma yang sesuai untuk menjalani pembedahan bagi merawat kanser hati, namun sehingga kini, penderma yang sesuai masih belum ditemui.
Lebih membimbangkan, anak perempuan mereka, Nur Aira Medina, yang kini berusia empat tahun, turut menghidap penyakit sawan sejak kecil.
Sumber: Sinar Harian
Baca artikel lain juga: Ini Makanan Buat Pesakit Kanser Untuk Kekal Sihat
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bukan Senang Isteri Nak Kuruskan Badan, Jangan Asyik Kecam Dia. Suami Kena Support!

Hati wanita ni kental. Biarlah apa yang berlaku, kita tetap kuat untuk mengharungi setiap cabaran yang datang. Tapi, ada satu yang boleh buat kita jadi down. Bila suami sendiri yang mengata.
Sebenarnya, suami adalah teman paling rapat dengan isteri. Setiap kata-kata suami pasti mengguris hati lembut seorang isteri. Dalam penulisannya, Firdaus Shakirin ada bercakap tentang isu isteri yang sibuk ‘jaga badan’ untuk suami.

Artikel Lain: [Suami Isteri Selalu Bermanja & Saling Bercinta, Rahsia Kurus Paling Mudah]
Saya tak harap isteri kurus, solid mcm model…cukuplah klu dia sihat walafiat dan masih berada disisi…
Dah bertahun dah dia cuba nak kurus…ingat senang ke nak kurus ni?
“Mlm ni abg nk beli burger, awak nak?”
Xnak, kolesterol…
“Abg nak bli nasi lemak, awak nak roti canai?”
Xnak, byk minyak…
Bila kita dgn anak2 mkn, dia xmkn…bila tnya, jwbnya tgh DIET…tak tahan punya pasal, kluar la ayat,
“Awak gemuk pun xpe la yg ooii, jadi besar pun abg ok…asalkan sihat sudah…”
Terus mkn burger, terus makan roti canai…
Stress btol la tgok itu xleh mkn, ini xleh mkn…nak bli itu xnak, nak bli ini xnak…bwk kluar dinner, tp dia tak order…dah apehal…

“ABANG TAHU TAK YG MAKAN MALAM BOLEH MEMBUATKAN KITA GEMUK…?”
Dia tanya kita pulak…dia ingat kita kisah?
Klu nk jaga badan, buat utk kesihatan diri sendiri…jgn niat semata-mata sebab xnak pasangan LARI…badan solid pun kena tggal jugak dgn lelaki ni…
Dah nama pun lelaki…
Setiap lelaki berbeza…ada yg permintaannya nak isteri jaga badan, ada yg langsung tak hiraukan…asalkan SIHAT dan KEMAS cukup…

Nak gemuk tu senang ja, tp ingat senang ke nk kurus? Bagi yg sedang usaha utk kurus tu, teruskan usaha anda…utk kesihatan anda jugak…
Nanti bila dah kurus, jangan plak kluar rumah dgn pakaian menjolok mata…kurus utk pasangan, bukan org awam…
Kadang-kadang ada suami tu cukup supportive, dia sama-sama berdiet dengan isteri. Ajak isteri bersenam dan selalu bagi kata-kata semangat pada isteri. Siap belikan meal replacement yang sihat untuk isteri. Sebenarnya selepas melahirkan anak, agak sukar nak turunkan berat badan seperti zaman anak dara dulu, tapi ia tak mustahil untuk dilakukan.
Artikel Lain: [Tak Tutup Pintu Tandas Punca Suami Isteri Selalu Bergaduh, Tandas Tempat Tinggal Jin & Syaitan]
Paling penting, suami kena selalu sokong dan hargai usaha isteri untuk kekal cantik. Selain untuk kesihatan dirinya sendiri, kebanyakan isteri nak kurus dan cantik untuk suaminya juga.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Circle Kecil, Hati Tenang , Inspirasi Wanita Ini Buat Ramai Kagum!

Tahun baru biasanya sinonim dengan azam dan permulaan baru. Tapi kali ni, Puan Faridah Mohd Ali kongsikan sesuatu yang lain dari kebiasaan bukan tentang apa yang kita nak tambah dalam hidup, tapi apa yang kita perlu buang untuk hidup lebih tenang, kemas, dan fokus.
Dalam perkongsiannya di Facebook, Puan Faridah berkongsi perjalanan beliau meng-clearkan bebanan hidup dari contact dalam telefon, group WhatsApp, barang peribadi, hingga ke circle sosial.
Beliau percaya bahawa hidup yang minimalis dan tersusun akan memberi ruang untuk kita capai lebih banyak kejayaan dan kebahagiaan dalam hidup.
Mari kita tengok, apa yang Puan Faridah dah buat untuk memulakan 2025 dengan langkah yang lebih ringan dan bermakna


Dalam hidup ni, kita tak boleh kawal apa yang orang lain fikir tentang kita, tapi kita boleh kawal apa yang kita pilih untuk simpan dan bawa ke depan. Fokus pada impian dan nilai yang penting dalam hidup kita. Bila kita kemas fikiran, hati, dan persekitaran, insyaAllah kita akan rasa lebih ringan, tenang, dan bersedia untuk kejar kejayaan yang lebih besar. Let go, dan fokus pada perkara yang membawa kemajuan dan kebahagiaan.
Sumber: Faridah Mohd Ali
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!



