Bila bergelar ibu bapa, bab keselamatan dan keselesaan anak sentiasa menjadi keutamaan. Tetapi tanpa disedari, masih ramai yang kurang memberi keutamaan dalam hal keselamatan anak di dalam kenderaan.
“Ala, pergi dekat-dekat je, leceh nak dudukkan anak dalam car seat..” “dia mengamuk dan menangis, saya ambil sekejap untuk pujuk dia”…dan bermacam alasan lagi diberikan.
Namun, malang tak berbau dan boleh berlaku bila-bila masa sahaja. Akibat kecuaian ibu bapa yang sedetik boleh menyebabkan nyawa anak melayang!
Suka atau tidak, penggunaan car seat mampu mengurangkan risiko kecederaan atau kematian di kalangan bayi dan kanak-kanak yang duduk dalam sebuah kenderaan.
Sebaiknya bila sahaja tahu akan menimang cahayamata, bajet membeli car seat wajib masuk dalam senarai barangan keperluan bayi yang hendak dibeli.
Jika anda lebih suka meriba atau memangku anak di dalam kereta, anda sebenarnya telah mendedahkan anak tersayang kepada bahaya. Ia memang sangat mengerikan dan akan membuatkan anda menyesal seumur hidup! Kenapa?
1.Anak boleh tercampak keluar dari kenderaan jika berlaku kemalangan.
2.Bayi mempunyai saiz kepala yang besar dan leher yang agak lemah. Jika berlaku perlanggaran kepalanya boleh terhantuk ke depan secara tiba-tiba dengan kuat dan mengakibatkan kecederaan pada tulang belakang bayi.
3.Pegangan ibu semasa meriba atau memangku anak tidak sekuat mana pun jika berlaku kemalangan. Anda mungkin akan terlepas pegangan pada anak semasa dihentam kuat dari belakang.
4.Berat badan anda mungkin boleh menghancurkan anak yang dipangku sehingga menyebabkan kematian semasa berlaku kemalangan.
5.Duduk bersama anak di tempat duduk hadapan adalah satu perbuatan yang berbahaya kerana beg udara boleh menyebabkan kecederaan serius kepada kepala dan leher si kecil apabila ia mengembang ketika berlaku kemalangan.
6.Tempat duduk belakang adalah tempat paling selamat untuk anak duduk (dalam car seat).
Bayi 3 bulan maut tercampak dari kereta!
Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan meninggal dunia selepas tercampak dari kereta dinaiki bersama empat ahli keluarganya yang terbabit dalam kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) berdekatan Bukit Beruntung pada 28 Mei lepas, jam 1 tengah hari.
Aril Rizqin Redza Shahril dipercayai tercampak bersama ibunya, Rafnah Mongudancgal, 35, di sekitar longkang di lokasi kejadian. Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan R Supramaniam, kereta mangsa dihimpit kenderaan lain hingga menyebabkan ia gagal dikawal dan terbabas ke dalam longkang.
Kereta yang hilang kawalan dan terbabas masuk ke dalam longkang menyebabkan bayi berkenaan dan ibunya tercampak keluar. Bayi tersebut disahkan meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh pada jam 2.30 petang.
Sumber: Harian Metro
Berita tersebut akan membuatkan kita mengalirkan air mata kesedihan, apatah lagi kepada ibu bapa bayi itu yang pastinya masih trauma melalui pengalaman ngeri meragut nyawa bayi mereka.
Jadikan kisah sedih itu satu pengajaran dan jangan biarkan ia berlaku kepada keluarga anda.
Apa patut dilakukan?
* Pasanglah car seat di dalam kereta jika anda mempunyai anak kecil. Kuncikan car seat pada kereta dengan betul sekiranya car seat anda mempunyai sistem ISOFIX. Jikalau tiada sistem ISOFIX maka ikat car seat dengan sempurna menggunakan tali pinggang keledar. Jangan sekadar meletak sahaja car seat di tempat duduk.
* Selepas meletakkan anak di dalam car seat, pastikan tali keselamatan tidak berpintal dan pasang kemas pada anak.
* Pilihlah car seat dan stroller yang digabungkan sekali penggunaannya. Lebih mudah diuruskan, jimat ruang dan jika bayi tertidur, anda boleh terus mengangkat car seat dan dipasang pada stroller.
* Pastikan anda hanya membeli car seat yang mematuhi standard keselamatan yang tinggi. Jika berlaku kemalangan, car seat tersebut mampu melindungi bayi daripada kecederaan.
* Jangan terpengaruh dengan tawaran harga car seat yang murah kerana sekarang memang banyak car seat murah tetapi tidak mematuhi standard keselamatan yang sepatutnya. Kebanyakan menggunakan plastik atau material yang mudah pecah dan serpihan tersebut boleh menyebabkan kecederaan teruk kepada bayi jika berlaku kemalangan.
Semoga dengan pelaburan wang ringgit anda untuk mendapatkan produk keselamatan bayi yang berkualiti, ia dapat mengurangkan risiko kecederaan dan kematian anak tersayang.
Untuk maklumat lanjut tentang car seat layari website www.mamours.com.my
Online Baby Store Malaysia: Baby products Mamours
Mamours, adalah butik bayi online di Malaysia yang menawarkan pelbagai produk bayi dengan jenama yang dipercayai. Keselamatan anda dan bayi adlaah keutamaan kami! Jom membeli-belah sekarang!
Untuk maklumat lanjut peraduan sila layari:
FB page mamours – mamoursmalaysia
FB page quinny – quinnymalaysia
Email: info@serimep.com.my
HP no: 603-78035523