Ibu nak anak dengar kata, ada masa kena tegas supaya tak ‘naik lemak.’ Dalam soal mendidik anak, ibu memainkan peranan penting yang banyak mempengaruhi cara didikan anak-anak membesar. Kebanyakan anak lebih rapat dengan ibu berbanding ayah.
Ibu Nak Anak Dengar Kata, Ada Masa Kena Tegas Supaya Tak ‘Naik Lemak’
Bukan bermaksud ayah tiada peranan dalam mendidik anak tetapi sikap semula jadi ibu yang lebih prihatin, penyayang dan lemah lembut membuatkan anak lebih cepat mendengar kata jika ibu yang menasihatkan.
Jadi ibu-ibu perlu ada sisi garang yang mempengaruhi cara didikan anak supaya menjadi orang. Selain suka memanjakan anak, ibu kena bersikap tegas supaya anak tak naik lemak dan pijak kepala ibu.
Sentiasa ingatkan anak untuk solat
Biarlah berbuih mulut ibu hari-hari bebelkan anak suruh solat kerana ingatan tersebut akhirnya akan menjadikan anak orang yang tidak meninggalkan solat. Mungkin pada awalnya dia bersolat kerana takut ibu marahkannya tapi bila sudah semakin matang, dia tahu itu tanggungjawabnya sebagai hamba Allah.
Jaga adab
Kalau tengok anak orang yang beradab, kita mesti cakap ‘pandai mak ayah dia ajar’, jadi penting bagi ibu untuk sentiasa berpesan kepada anak bagaimana menjadi manusia yang beradab dan berakhlak mulia.
Kawal anak dari tengok TV dan gajet
Ads
Ibu yang tegas dan sayangkan anak pasti tidak akan membenarkan anaknya menonton TV dan melihat gajet melampaui batas. Biarlah orang kata kita ibu yang garang dan tak kasihan pada anak tapi sebenarnya itulah ibu yang mahu anaknya tidak rosak dan menjadi orang!
Paksa anak tidur awal
Disiplin kena diajar supaya anak tak mudah buat perangai. Antara disiplin yang perlu dibiasakan pada anak iaitu kena tidur awal. Kadang kala ibu kena paksa anak untuk tidur awal. Tujuannya sudah tentu tak mahu anak kurang tidur dan akhirnya ganggu kesihatan tumbesarannya.
Jangan beri anak jajan setiap hari
Mungkin bagi sesetengah orang, ibu yang mengawal anak makan jajan kelihatan tak sporting tapi hakikatnya dia adalah ibu yang penyayang dan prihatin pada kesihatan anaknya untuk jangka masa panjang.
Beri mereka jam
Ads
Ajar anak menghargai masa dan menepati masa. Ia boleh dilakukan dengan cara memberi mereka sebuah jam. Orang yang berjaya adalah orang yang tidak suka membuang masa dan selalu menepati masa.
Jangan selalu belikan barang terbaru dan terbaik
Jangan manjakan anak dengan selalu membelikannya barangan terbaru dan terbaik. Memang kita sayangkan anak tapi sikap tersebut hanya akan membuatkan anak tidak menghargainya.
Mengaku salah bila buat silap
Jangan sekali-kali manjakan anak dengan cara melindungi kesalahan yang dia lakukan. Ajar anak untuk berani mengaku salah bila buat silap serta sedia terima hukuman atas kesilapan tersebut.
Ads
Ibu adalah orang yang paling rapat dengan anak. Biarkan mereka menjadikan ibu sebagai orang pertama yang menjadi rujukan dan tempat anak mengadu masalah dan berkongsi kegembiraan. Mainkan peranan penting dalam mendidik anak menjadi insan yang berakhlak dan berjaya di dunia dan akhirat.
Walaupun doktor cakap TIADA UBAT mahupun VAKSIN yang boleh cure atau prevent HFMD, ibu bapa boleh meningkatkan sistem imun badan anak untuk melawan virus tersebut dengan cara menjaga pemakanan anak.
Bagaimana caranya? Ok memandangkan kanak-kanak antara yang paling berisiko, sebagai ibu bapa kita ikhtiar dengan memberi anak makanan semulajadi yang kaya dengan pelbagai khasiat.
Citrus fruits. Semua pun boleh untuk boost immune system. Pilih je yang mana cuma makesure sehari tu janganla makan banyak sangat. Kang kene cherry berry pula. Tapi untuk anak yang ada ulcer dalam mulut better elakkan buahan citrus ni dulu. Sebab risau ulcer akan jadi lebih sakit.
Apa yang dikongsikan oleh ibu ini, Puan Chinatsu Hayami di Facebooknya, dia memang mengamalkan corak pemakanan sihat. Mungkin jika anak itu terkena juga HFMD, tempoh untuk sembuh agak cepat dan tak memberi mudarat pada anak. Ikuti perkongsiannya
Berries pun sama. Tak kisah any berries semua pun boleh.
BOOST IMMUNE SYSTEM supaya yang kena HFMD cepat sihat dan yang belum kena HFMD tak berjangkit, makanya ibu pun gigihla pi shopping beberapa jenis foods untuk boost immune system Qhaeera dan Qhaleef.
Yogurt. Ini sangat bagus especially untuk baby HFMD yang dah boleh makan tapi tak nak makan sebab mulut penuh ulcer. Yogurt sejuk boleh bagi reda sikit rasa tak selesa dalam mulut. Doc selalu suggest bagi makan aiskrim. Tapi instead of bagi aiskrim, yogurt lebih sihat dan lebih baik untuk tubuh. Plus dia ada live active cultures yang boleh boost immune system. Tapi untuk baby bawah 2 tahun kalau boleh beli je yang plain yang takde extra sugar. Then mix dengan any fruits untuk bagi rasa manis. Mimi suka letak cherry tak pun perah buah limau manis pun boleh atau campur madu. Tapi madu untuk yang dah setahun ke atas ye. Extra tips – untuk anak yang tak suka makan ubat, boleh campurkan sekali dalam yogurt. InsyaAllah diorang tak perasan dan habis makan
Walaupun HFMD biasanya berjangkit pada kanak kanak bawah 5tahun, tapi still kena jaga juga takut Qhaleef dan kita yang adult ni pun berjangkit sama.
Sayur terbaik untuk boost immune system. Bayam dan broccoli.
HFMD tiada ubat mahupun vaksin sebab doktor cakap virus dia pelbagai. So belum ada lagi 1 ubat mahupun 1 vaksin untuk hapuskan semua jenis virus tu one shot. Ubat yang diberikan biasanya hanya untuk meredakan ketidakselesaan pada pesakit.
Garlic. Semua pun tahu bawang putih adalah antibiotik semulajadi. Sangat bagus untuk melawan penyakit dan juga tingkatkan immune system. So kalau masak tu campur banyak banyak bawang putih
Makanya jomla pakat tingkatkan immune system kita dan anak-anak dengan makanan yang ada, serta jaga kebersihan. Bila immune system kuat, bukan takat HFMD je, penyakit dari virus lain pun susah nak hinggap. InsyaAllah
Halia. Kita selalu ingat halia ni untuk buang angin saja kan? Mimi la tu. Mihmih. Selain bawang putih, halia juga bersifat antibacterial. Sangat elok untuk melawan bakteria dan tingkatkan immune system. Boleh campur dalam masakan mahupun minuman. Untuk anak boleh buat sup atau air lemon halia
Lumrah dalam kehidupan, anak sulung terpaksa beralah dalam segala hal malah lebih mudah berasa tersisih dan cemburu apabila menerima kehadiran adik- beradik yang lain.
Hal ini kerana, ibu bapa akan memberi perhatian yang lebih kepada anak- anak yang lebih kecil. Jadi, sangat penting untuk ibu bapa memberi perhatian kepada anak sulung mereka, jangan sekali abaikan mereka.
Anak sulung pasti ada tanggungjawab mereka yang perlu digalas yang diberikan oleh ibu bapa. Banyak pengorbanan yang perlu mereka lakukan dan perlu beralah dengan anak. Ibu bapa perlulah menghargai setiap pengorbanan yang dilakukan oleh anak sulung dan anak yang lain.
Menurut perkongsian Dr Redza Zainol, Pegawai Kesihatan Pediatrik, anak sulung akan menghadapi pelbagai tekanan apabila mereka berhadapan dengan cabaran ini.
Antara cabaran yang seringkali anak sulung hadapi ialah:
1. Paling selalu dimarahi oleh mak ayah bila bergaduh dengan adik- beradik walaupun bukan salah dia.
2. Kurang dapat perhatian apabila ada adik baru.
3. Mak ayah terlalu berharap anak sulung menjadi contoh pada adik- beradik sehingga:
– Terlalu banyak peraturan ketat dikenakan pada anak sulung.
– Terlalu menekan anak sulung untuk cepat membaca, menulis dan mengira walaupun dia masih kecil.
Menurut beliau lagi, terdapat beberapa kesan yang boleh dialami oleh anak sulung disebabkan stress yang dihadapi.
Antara kesan- kesannya ialah:
1. Anak sulung suka memberontak
2. Jadi pemarah dan pendendam
3. Terlampau sensitif
4. Kuat merajuk
5. Suka berlawan dengan adik
Kesian anak sulung kita, antara ke semua anak kita, mereka inilah yang paling banyak terima kekurangan mak ayah masih muda.
Sebab itulah kita perlukan ilmu untuk mendidik anak sulung. Didiklah anak sulung sebaiknya kerana mereka adalah ketua dan pemimpin pada adik- adiknya.
Seorang bayi perempuan berusia 10 bulan disahkan meninggal dunia dalam kebakaran di sebuah rumah di Kampung Bangkahulu, Gemas di sini, kira-kira jam 11.30 pagi semalam (Rabu).
Timbalan Ketua Polis Daerah Tampin, Deputi Superintendan Ahmad Pilus Zainal, berkata Siti Nur Aini Zulimi dikatakan ditinggalkan sendirian dalam buai elektrik oleh ibunya yang keluar ke Pejabat Pos Gemas terletak kira-kira enam kilometer (km) dari rumah pada jam 10.30 pagi.
Minta tolong jiran lihat anak jika menangis
Katanya, ibu mangsa dikatakan ada berpesan kepada jiran untuk tolong melihat jika anak bongsunya itu menangis manakala lima anaknya yang lain dipercayai berada di sekolah.
“Tidak lama selepas itu, wanita terbabit menerima panggilan daripada jiran yang memberitahu rumahnya terbakar.
“Wanita terbabit bergegas pulang dan cuba memasuki rumah untuk mendapatkan anaknya namun dihalang oleh orang ramai berikutan api yang marak,” katanya ketika dihubungi.
Ahmad Pilus berkata, suami wanita itu berada di tempat kerjanya di Kem Tentera Syed Sirajuddin, Gemas ketika kejadian.
Katanya, kes disiasat oleh pihak bomba dan diklasifikasi sebagai mati mengejut.
Kredit Foto: Bernama
Melecur 30 peratus
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gemas, Mohd Farid Abu Bakar, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 11.38 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
Katanya, mangsa didapati melecur 30 peratus manakala rumah mangsa terbakar 60 peratus.
“Punca kejadian masih disiasat dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Tampin,” katanya.
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan jalan raya. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.