“Ibu Nak Nangis Tapi Tahan Je” Aafiyah Dah Sekolah, Siti Nurhaliza Sayu Hati!

Share

Ibu mana yang tidak sayu hati melepaskan anak kecilnya yang sebelum ini sentiasa di bawah jagaan kini melangkah ke alam persekolahan.

Penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza turut merasai kesayuan yang sama bila mana melepaskan anak sulungnya, Siti Aafiyah ke sekolah pagi tadi.

Mahu membiasakan diri dengan persekitaran dan menimba ilmu, si comel Aafiyah yang kini berusia empat tahun sudah pun ke sekolah.

Menerusi Instagramnya, Dato’ Siti pagi tadi, penyanyi kesayangan ramai ini memuat naik sekeping gambar ketika menghantar Aafiyah ke sekolah.

Malah Siti turut berkongsi cerita kisah Aafiyah yang begitu semangat untuk ke sekolah malah bangun awal pagi untuk bersiap.

“Alhamdullillah, Harini first day Aafiyah masuk preschool. Malam semalam Aafiyah tidur awal, bangun tadi ayah kejutkan dia, kata nak masuk sekolah. Dia tak cranky pun.

“Bersiap cantik dan siap pose lagi depan ayah & ibu dengan baju sekolah,” tulis Siti.

Bahkan kata ibu cantik manis ini lagi, Aafiyah bukan sahaja dengan mood yang begitu baik untuk ke sekolah bahkan begitu bersemangat untuk bersama kawan-kawan.

Menurut kata Siti lagi, dia begitu gembira walau dalam rasa sayu melihat anaknya yang kini sudah pun besar untuk melalui dunia baru dalam hidupnya.

“Semangat betul dia nak ke sekolah. Subhanallah, sampai sekolah depan pintu kelas, dia terus masuk tak tengok belakang dah.

“Ayah ibu yang panggil minta salam. Ibu nak nanges tapi tahannnn jek,” kongsinya lagi

Dalam pada itu, Siti turut mendoakan agar perjalanan baru anak kecilnya itu dipermudahkan malah sentiasa terang hati untuk belajar.

“Semoga Allah SWT pelihara anak ibu dan Aafiyah menjadi hamba Allah yang terang hati, diberikan kelancaran dapat menuntut ilmu agama , dunia akhirat dan hamba yang memberi manafaat kepada insan lain .. aamin ya rabb. (Tq teacher Na bantu Aafiyah),” tulis Tok Ti di Instagramnya.

Rakan-rakan selebriti dan pengikut penyanyi kesayangan ramai ini turut sama mendoakan Aafiyah dipermudahkan malah memuji semangat yang ditunjukkan anak kecil itu.

 

Terdahulu, anak sulung Dato Siti, Siti Aafiyah dilahirkan pada tanggal 19 Mac 2018. Siti dan Datuk K turut sama menyambut kelahiran anak kedua mereka, Muhammad Afwa pada 19 April 2021.

Menarik: Kalau Tak Ada Kekangan Kewangan Ambillah, Elfira Loy Nasihatkan Bakal Ibu Ambil Epidural Waktu Bersalin!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM