Berat badan memainkan peranan penting dalam kehamilan. Obesiti atau kegemukan akan mengundang pelbagai risiko yang tidak baik kepada diri dan kandungan.

Menurut Dr Sharina Mohd Razali, Pakar Perbidanan & Sakit Puan Hospital Columbia Asia Bukit Rimau, wanita obes yang merancang untuk hamil boleh berjumpa pakar sakit puan atau primary care physician untuk mendapatkan nasihat yang tepat berkenaan berat badan optimum dan cara hidup sihat yang perlu diamalkan.

Ibu Obes Turun 5-7% Berat Badan Sebelum Mengandung Kurangkan Risiko Janin Cacat & Bayi Meninggal

TURUN 4.5KG KURANGKAN RISIKO DIABETES 40%

Kajian  yang dibuat di Sweden mendapati penurunan berat badan sekurangnya 4.5kg boleh menurunkan risiko mendapat kencing manis semasa hamil sebanyak 40% pada kandungan yang seterusnya.

Ads

Berat optimum yang perlu dicapai adalah BMI yang normal (BMI 18-24.9) BMI adalah berat dibahagi dengan ketinggian kuasa dua.

BMI yang lebih daripada 25 adalah dalam kategori berat badan berlebihan dan BMI lebih daripada 30 ke atas adalah ‘obes’. Terdapat tiga kategori obesiti iaitu Kelas 1 (BMI 30-34.9), Kelas 2 (BMI 35-39.9) dan Kelas 3 atau morbid obese (BMI lebih 40).

Ibu Obes Turun 5-7% Berat Badan Sebelum Mengandung Kurangkan Risiko Janin Cacat & Bayi Meninggal

Ads

PERSEDIAAN UNTUK HAMIL

Selain mencapai berat badan optimum dan mengikuti saranan pakar,  wanita obes yang ingin hamil juga perlu melakukan beberapa perkara sebelum kehamilan agar kesihatan ibu dan kandungan berada di tahap yang optimum.

  1. Mengambil asid folik 5mg atau lebih setiap hari sekurang-kurangnya sebulan sebelum kehamilan dan diteruskan sehingga trimester pertama.
  2. Mengambil Vitamin D sekurang-kurangnya 10microgram sehari sepanjang kehamilan dan diteruskan sehingga selepas kelahiran bayi dan sepanjang tempoh penyusuan susu ibu.
  3. Menurunkan berat badan. Wanita disarankan menurunkan sekurang-kurangnya 5-7% dari berat asal untuk memastikan proses kehamilan yang sihat dan kurang berisiko.

Ibu Obes Turun 5-7% Berat Badan Sebelum Mengandung Kurangkan Risiko Janin Cacat & Bayi Meninggal

Ads

 

BAHAYA OBESITI SEMASA HAMIL

Obesiti berbahaya kerana boleh mengundang pelbagai risiko buruk kepada kedua-dua ibu dan bayi. Justeru ia perlu dicegah bagi mengelakkan berlakunya komplikasi.

RISIKO KEPADA IBU

  • Keguguran secara berulang (recurrent miscarriages)
  • Diabetes semasa mengandung (gestational diabetes)
  • Praeklampsia  iaitu tekanan darah tinggi semasa mengandung yang merbahaya dan boleh mengakibatkan sawan, strok dan kegagalan organ-organ lain.
  • Venous thromboembolism iaitu darah beku pada salur darah yang bolehmengakibatkan kegagalan fungsi pernafasan dan membawa maut
  • Kelahiran secara induksi.
  • Kelahiran secara pembedahan Caesarean.
  • Komplikasi bius.
  • Jangkitan pada luka pembedahan caesarean atau episiotomi.
  • Kesukaran memulakan penyusuan susu ibu.

Ibu Obes Turun 5-7% Berat Badan Sebelum Mengandung Kurangkan Risiko Janin Cacat & Bayi Meninggal

RISIKO KEPADA BAYI

  • Stillbirth  atau bayi meninggal dalam kandungan.
  • Kecacatan kongenital seperti spina bifida dan jantung berlubang
  • Kelahiran secara pramatang.
  • Macrosomia iaitu bayi bersaiz besar.
  • Kematian neonatal.
  • Risiko bayi menjadi kanak-kanak obes dan mendapat penyakit metabolik.

Ibu Obes Turun 5-7% Berat Badan Sebelum Mengandung Kurangkan Risiko Janin Cacat & Bayi Meninggal

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI